TIPS AJAR ANAK" SANTAI TAPI SAMPAI".

Wednesday 6 May 2020

          Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) disebabkan wabak Covid-19 ini 

kita  semua belajar mengenai Penjarakkan Sosial, Cara Pencucian Tangan,dan juga ibu 

bapa mula menjadi GURU di rumah . Semua ini merupakan PERTAMA KALI bagi kita 

semua.Kaknii juga tidak terkecuali. Meski anak baru berusia 4 tahun. Mula- mula anak 

dapat kerja sekolah dari cikgu tu kaknii da rasa seronok sekurang-kurangnya anak2 ada 

aktiviti nak dibuat. Tapi hari demi hari kaknii mula perasan anak kakni tidak kenal ABC, 123 , 
tidak kenal warna dan bentuk. Mula- mula tu cuba untuk pujuk diri "Takpa anak baru 4 

tahun" Minggu pertama ajar anak ABC kakni da mula stress. Bukan mudah mengajar budak-budak 

rupanya walaupun mengenal abjad sahaja. Jadi Kakni tukar cara kepada "SANTAI TAPI SAMPAI".


TIPS 1: PERUT KENYANG SENANG HATI

Berikan anak- anak makan sebelum memulakan sesi pembelajaran supaya anak- anak mempunyai 

tenaga dan dapat memberikan tumpuan ketika belajar.


TIPS 2: POSISI

Posisi  kedudukan jika boleh sebelah dengan anak atau hadapan mereka supaya memudahkan proses 

EYE CONTACT  dan anak- anak pun rasa bagai disayangi kita bila dekat dengan mereka.


TIPS 3: TENANG

Ibu bapa perlu tenang ketika sesi pembelajaran.  Anak- anak akan tenang bila ibu bapa tenang. 

Jagaan emosi itu penting supaya anak- anak tidak hilang fokus.



TIPS 4: PUJIAN

Berikan pujian setiap kali anak- anak berjaya menguasai task. Sekiranya anak- anak tidak 

berjaya elakkan kritikan tapi tukarkan ia kepada sesuatu  yang positif. Contohnya 

 " Wah, cantiknya tulisan Amin, kalau Amin tulis macam ni lagi cantik!"

" Gud Job"

" Sorry, Please try again" ( macam suara game tu... )


TIPS 5:  SATU DEMI SATU

Tunjukkan langkah demi langkah dengan jelas dan  teratur kepada anak- anak supaya penerangan 

tersebut jelas dan dapat difahami.



TIPS 6:BERHENTI SEBELUM BOSAN

Kalau boleh  sebagai ibu bapa ni kita nak cepat- cepat siapkan tugasan. Maklumlah nak terkejar

masak lagi buat kerja rumah lagi.  Jadi perlu untuk kita tetapkan tempoh pembelajaran satu- satu 

tugasan Tidak perlu lama bagi sesuatu tugasan tu memadai setakat anak boleh fokus sahaja. Jika 

anak sudah menunjukkan kurang minat sebaik sesi pembelajaran dihentikan  untuk mengelakkan 

anak berasa tidak seronok belajar dan merasakan stress setiap kali di ajak belajar.


TIPS 7: PLAY AND LEARNS

Lumrah sifat kanak- kanak tu sukakan bermain. kalau boleh selagi tak penat tu duk la main tak

 berhenti. Jadi gunakan kelebihan itu sebagai cara untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok.

Ia juga boleh dilakukan sebagai latihan pengukuhan buat anak- anak .

Contoh: ketika anak sedang bermain kereta mainan.

" Wah banyaknya kereta adik, ada berapa semua ni? Jom kira"

" Umi nak kereta warna Merah boleh?"

"Cuba kira, kereta ni ada berapa biji tayar?"



Sampai sini dulu perkongsian kaknii.. Kaknii juga masih belajar menjadi ibu dan ini merupakan proses belajar yang tidak akan pernah habis. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Kaknii dan yang membaca...  












PART 1 : My breast feeding journey

Saturday 11 February 2017

Assalmmualaikum dan salam sejahtera

Hai korang...

Lama dah kaknii tak hupdate blog ni..

Just some sharing of my experience...

Selalu kaknii dapat soalan macam ni

1) selalu menyusu sorang2 ke menyusu dua-dua sekali?

2) cukup ke susu nak bagi kat kembar?

3) malam anak kerap bngun menyusu ke?

Jujur cakap dari  awal tahu mengandung kaknii da set nak mnyusuan anak sendiri.. apatah lagi bila tahu kembar...

Usia kandungan 6 bulan kaknii da  beli breast pump da...

Da search da apa makanan banyyakk susu..

Tapi kesilapan kaknii , tak search apa faktor susu akan drop!!

Ya hat ni kaknii ngaku kaknii tak pandai. Hihi

Once baby2 lahir sorang di nicu sorang di wad nursery hospital penang...

Ada nurse datang ajarkan menyusu...

On the first day kaknii dapat pi tengok anak di wad nursery...

SubhanAllah seronok mase tu tengok azeem sampai tak perasan baju basah susu da start keluar banyak ... rupanya sebab happy tengok anak

Susu akan produce lebih banyak.... ( ni pelajaran pertama kaknii:nak produce susu kita kena happy)

Masa melawat petang  azad dah dipindahkan dari nicu... subhanAllah berganda2 happy makanya petang tu dapat bagi direct feeding pada anak2... masa ni baru bagi sorang2 menyusu..

On day 4 of babies life....

Bermula perjalanan cerita penyusuan kaknii... hihi panjang pula mukadimah.. :-)

Kaknii dapat discaj.. anak2 masih di wad nursery kerana azad memerlukan 

pemantauan lebih. Selama  2 hari  kaknii berulang kepala batas ke hospital 

Pulau pinang dengan luka czer  huhu sakitnye jangan ditanya... gigih berulang tempuh jem pi balik pun tak pa .. asalkan  anak dapat susu kaknii


 On day 9 of babies life...

Azad dan azeem dah boleh discaj...

Salam perkenalan kaknii dan suami tak tidur huhu

Sejam sekali anak bangun nak menyusu...

Bila nangis dua2 kaknii da mula rasa stress sebab kaknii tak pandai bagi 

menyusu dua2 dan badan da letih yang amat sangat..

Suami memang banyak mainkan peranan  ...suami akan bangun sama2

Dan tolong tenangkan KAKNII

Dari hari ke sehari KAKNII makin stress ...

Mana taknya...

Lepas sorang.. sorang lagi pula menyusu smpaikan kaknii tak tidur pun

Dan kami duk ulang alik hospital penang, klinik kesihatan, hospital bukit mertajam dan hospital seberang jaya... hah korang nampak tak gandaan stress tu... huhuhu

Kalau tak pandai manage memang boleh meroyan!!!


Kaknii dapatkan nasihat dari kawan2 kerja dan kawan2 belajar dulu... macam2 tips diorang bagi...


Dalam banyak2 tips tu kaknii baru perasan yang ada beberapa perkara kaknii terlepas pandang untuk maintainkan penghasilan susu...


1) minum air yang banyak..

Bukan 3liter ye.,, kak nii dulu minum beriye 3 liter.., rupanya tak cukup  dikk oiii nk menyusu dua orang anak lelaki... badan da jadi kering kontang..., tipsnye., sebelum dan selepas menyusu kena rajin2 minum air...


2) banyakkan makan nasi

Kaknii pantang sendiri jadi semua benda buat sendiri... bila badan dah rasa letih lebih prefer tidur... hakikatnya badan yang letih perlukan tenaga yang dihasilkan daripada makanan.... kerana ketika menyusu banyak kalori yang dibakar... makanya makan pun suami yang suapkan smbil susu anak dulu huhu...

3) Rehat yang cukup

Yang ni kaknii sush nak dapatlah hihi....mungkin hampa yang ada orang jaga masa pantang dapat rehat sikit hii


4)jaga jadual pam susu..

Yang ni tipps paling penting yang buat kaknii tepu dahi bila tahu!!

Masa anak dengan kaknii, anggapan kaknii kita tak payah pam sebab anak da direct feeding kang pam habis pulak susu.... huhuhu... cetek ilmu mase tu ... hakikatnya kalau jaga jadual pam susu insyaAllah lebih banyak susu dapat dihasilkan. Bila tau je tips ni... setiap kali menyusukan anak. Kaknii akan pam sebelah lagi atau apakai milk collector.. mase bulan pertama nak catch up balik production susu memang nak nangis!!! 2 jam pam 1 oz je!!!! Huhuhuhu


Masa anak umur sebulan setengah kakni bawa ke klinik kesihatan untuk check up... kebetulan doctor tu pun mengandung anak kembar. Bila tau pasal sakit kaknii dan berpantang sendiri doc pun suggest bagi anak formula milk untuk naikan berat badan kembar.... tapi die tak cakap lah jenama apa...


Kaknii terus cari kat farmasi... susu untuk baby prem... again air mata tumpah lagi... rasa down sangat bila kena bagi anak susu formula... aptah lagi harga sebotol rm 80++ dengan pampers yang kerap  sehari sorang 10 keping.... boleh nangis bucu katill wooo....


Again  kaknii dan suami positifkan diri...

Takpalah bagi anak susu formula sat sampai susu kaknii ada balikk... 

Tawa dalam tangisan kami laki bini masa ni....

~~~~~~  to be continue~~~~~~~







DILEMA

Thursday 20 October 2016

D.I.L.E.M.A

JANGAN PERTIKAIKAN TANGGUNGJAWAB AKU

AKU DA CUBA BUAT SEBAIK YANG AKU MAMPU

TAK MUDAH MENJADI AKU

JIKA MAHU CUBALAH BERDIRI DI TEMPAT AKU

TAJUK CERITA SAMA

JALAN CERITA BERBEZA

UNTUNG SAHAJA

AKU MASIH MAMPU BERTAHAN DI DAHAN

ANDAI TEMPANG KAKI KU

PASTINYA BARU KAU BUKA MATAMU

AKU JUGA TAK MAMPU MENJADI KAMU

KERANA AKU DILAHIRKAN SEBAGAI AKU

AKU DAN KAMU

BERBEZA TIDAK SERUPA

BERHENTI PERSOALKAN KEPUTUSAN AKU

INI HIDUP AKU

INI JALAN AKU

Happy birthday 1 month old

Tuesday 16 August 2016

Alhamdulillah da sebulan lebih dah amanah Allah ini
Saat dengar suara mereka ketika lahir
Tak berhenti bibir mengucap syukur
Saat pertama kali ku lihat mereka
Pecah lagi empangan mata
Ujian demi ujian  terpaksa aku dan suami tempuh
Demi dua nyawa ini...
Nyaris ku gugurkan ..
Keputusan meneruskan juga kandungan
Jauh menenangkan aku
Meski tahu risiko yang aku ambil
1000 dilema aku tanggung
Aku takut andai keputusan meneruskan kandungan adalah keputusan mementingkan diri
Namun jauh disudut hati
Andai aku  gugurkan
Adakah Allah akan menjawab doaku lagi?
Akhirnya aku putuskan
Bertahan setakat aku mampu
Mungkin itu adil buat aku
Allahuakbar
Syukur Allah membantu ..
1000 kekuatan Allah bagi
Aku berpegang pada prinsip
Nyawa aku Dia yang bagi
Andai ditakdir perjuangan terhenti
Redhalah Nani!
Andai perjuanganku mampu kugagahi
Bersyukurlah Nani!
Saat ku lihat mata mereka
Empangan pecah lagi...
Inilah zuriat yang selalu kubisikkan
Bertahan bersama aku...
Berjuang bersama aku..
Ternyata
Allah bantu aku melalui doa dan kata2 semangat kalian semua...
Terima kasih atas doa dan sokongan kalian selama ini...
Semoga Allah balas dengan 1000 rahmatNya

Mak dan anak kangaroo...

Monday 15 August 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Hai semua...
Jangan tanya mana nani jumpa kangaroo ok hihi...
Actually this is about kangaroo mother care...
Sebelum ni nani hanya pernah ikut kawan buat research ni masa degree last year... tapi tak amik port sangat ( ooohhh ruginya diriku... rasa macam nk ketuk je kepala ... tak manfaatkan peluang betul2)

untuk pengetahuan kalian ,
Anak2 nani dilahirkan pada 36 minggu 2 hari iaitu borderline antara premature dan term...
Maka anak2 nani jatuh kategori premature...
Berat masa lahir? Yang 1st twin : 1.78kg.... yg 2nd twin: 1.69kg...
( berbeza dengan yang scan huhu)....
After few days , kebiasaanya berat bayi akan turun...
Anak2 nani turun ke 1.72kg dan 1.65 kg...

Selepas 2 hari operation, nani da boleh discaj... tapi anak2 tak boleh lagi... makanya di sebabkan tiada katil untuk ibu room in , nani terpaksa berulang alik setiap hari dari kepala batas ke hpp...
Sakit tempat operation? Jangan ditanya... boleh menangis di belakang pintu wooo...
Serius sakit dengan jalan yang tak rata ... huhu...
Pi pagi balik petang...
Pi hantaq susu dan buat kmc...

Hangpa nak tau apa itu kangaroo mother care?

Hah , hgpa tau kan anak kangaroo kan duk dalam poket mak dia...
Mcm tu juga dengan teknik ni.
Mak kena pakai baju butang supaya senang nk pegang anak tu nanti..
Haip ni bukan pegang biasa tau..
Tapi pegang ada kuasa magis.,. Ngeh3...
Sungguh haih tak tipu...

Pengalaman jadi mak kangaroo...

Pertama: 

perasaan nani memang amat terharu bila dapat dakap anak nani, n touch skin to skin for few hours.., ( bukan minit2 na nak buat teknik ni.. at least 2 jam)...
Terharu tu sampai menitik air mata lagi... ( i am not drama queen .. this is nature feeling of mak2 i think haha) .,,
Bila dapat peluk n tatap muka anak tu, terdetik di hati nani...
Ni lah anak2 yang nani selalu cakap... " nak tolong kuat dengan umi, kita bertahan sampai bersalin tau, umi nak tengok korang, umi  nak jaga korang" setiap kali  cakap ni sambil usap perut mesti ada tendang kiri n kanan hihi...

Selain tu, nani rasa selesa sangat sebab warmth ... hihi sampai tertido2 nani buat kmc.. lebih 2 jam pulak tu haha...

Kedua:

Susu badan mase ni keluar mcm paip air... serius.. penuh collector... baju sampai basah lah mase tu...

Ketiga:

Happy bila berat badan anak naik...
Untuk pengetahuan hangpa.. 3 hari nani berulang alik dr kpla batas n buat kmc pada 1st twin stp 2jam +++... beratnye naik dr 1.72kg >1·74kg >1·76 kg
Then untuk 2nd twin nani berpeluang buat mase hari ke 4 , da dapat katil... mase tu beratnye da 1.69kg... nani buat dari 7 malam smapai 230 pagi... dan smbung 6 pg esoknya sehingga 12 tgh hari...
ALHAMDULILLAH NAIK KE 1.77KG...

Hang mesti pelik awat pulun sgt nani buat kn... hihi...
Sebenarnye doc target berat nk discaj 1.8kg.. so kerana itu  nani buat yang 1st twin  dlu mse  tak dapat katil lagi ... dengan harapan 1st twin dapat balik dulu... masuk hari ke 4 yang 1st twin duk bawah lampu xdapatlah buat kmc kat dia.. nani buatlah kat adik.. mmg nanimpulun xdapat msuk bilik nak tdoq... sebab jadual mnyusu di wad adalah stp 3 jam.. ate kalo da soranh mnyusu 1 jam lbh.. nyusukan  2 org plak tu.. makanya menempek lah nani kat kerusi tu tak balik tdoq kat  katil... jadi alang2 baik buat kmc..

2.30am smpai 6 am tu pun pi tdoq sbb misi suruh.. die kesian tgk nani... hihi.. anak2 die bg ebm nani je...
Tapi tak pa.., SANGAT2 BERBALOI... :) :) :)

Boleh dak pak buat kmc ni?

Awat tak boleh plak.. jadi KFC lah.. kangaroo father care... mase 3 hari nani buat kmc 1st twin tu.. suami nani buat kfc pada 2nd twin... tu yg brt naik dr 1.65 ke 1.69...
ALHAMDULILLAH.. lega suami sanggup tolong...

Akhir kata... sesiapa yang anak kena tahan sebab masalah berat baby tak cukup tu .. nani galakkan hgpa buat KMC nimselain bg susu badan... berbaloi2... kita hanya usaha.. yang menentukan hasil usaha kita itu adalah yanh MAHA PENYAYANG di atas sana....

Sekian, terima kasih sudi baca :)

Baby AF... :)

Friday 22 July 2016

Assalmmualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua, seperti yang pernah dijanjikan , nani akan ceritakan detik perjalanan pengalaman nani menamatkan penantian 3 tahun ini....

11/7/2016 (isnin)

Pagi yang terasa lesu..
Bagai tidak percaya hari yang dinanti hampir tiba...
Hari ini nani perlu masuk wad 2 hari awal sebagai persediaan sebelum bersalin melalui pembedahan ( LSCS)...
Pagi2 nani da bertolak dari kepala batas dengan suami dan adik ipar nani, Aqilah namanya hihi...
Nani dimasukkan ke wad HRW (high risk ward) di bangunan ACC.. Alhmdulillah selesa wadnya.. stafnya pun ok, baik semuanya...

Macam biasa setiap kali doc's round masalah kesihatan nani lebih ditumpukan berbanding kandungan nani...
Doktor terkejut dgn sejarah kesihatan nani, tp doktor masih bagi kata semangat kerana nani da bertahan sehingga 36 minggu berbanding 28 minggu yang di jadualkan untuk keluarkan baby... Alhmdulillah kekuatan pinjaman Allah ...

12/7/2016 (selasa)
Hari ini kebosanan dan kegusaran melanda..
Mana tidaknya.. org kiri, kanan, dan depan katil nani pakat pi czer hari ni... tengok depa balik dr dewan bedah , nani yg seriau huhu...
Hari ni pakar buat round n again ramai lagi berkumpul lama2 dekat nani..
Air mata ni mudah sgt tumpah walau da diseka huuuu...
Tiba2 doktor pakar tanya, sy ada tjumpa dr ravinder die bgtau awak x blh baring flat betul ke? Huhu ya ... itu kenyataanya... aku rasa sesak nafas jika baring tnpa bantal huhuhu... mereka pun suruh aku baring tanpa bantal ... buktinya mmg xmmpu tahan... huhu.. bukti lain masa buat ctg aku tpksa jerit pnggil misi dr dlm bilik tu sebab aku x blh nafas da bile kena baring tanpa tinggikan kepala dgn dua bntal... huuu
Aku menangis sebab cara doktor cakap tu mcm kes aku ni truk sgt2 huuu ( walaupun hakikatnya mmg truk)...
Ptg doc bius mai buat assessmen...
Malam aku makan selagi mampu sebelum jam 12 tgh mlm nk kne puasa huhu...
Sebelum tidur, dr S yg akan buat operation aku esok mai nk scan tgk kedudukn kepala baby... Alhmdulillah dua2 kat bawah...

13/7/2016(rabu)
Jam 6 aku da ready da mndi n solat... 630am jururawat masukkn tiub kencing... suamiku n adik ipar pun da smpai dari kepala batas.. huhu kesiannya kat diorg pg2 da kena mai huhu...
730 am misi da start tolak aku nak naik ambulans ke dewan bedah utama hospital di bangunan lama berhampiran icu kerana kes aku da disediakan back up icu..

Dalam OT ROOM..
Haish debarnye jangan di cakap la ... nengok deme yg pakai baju sama kaler jer.. dgn face mask lagi.., mmg kecut perut aku... walaupun ni kali ke 4 masuk dewan bedah seram tetap ada...
Dalam OT room .. dr pakar bius knlkan diri dia n bgtau aku supaya jgn risau.., ada dlm 3 org doktor bius, n 2 org doktor obstetrik (Dr S  dan Dr D)... Alhmdulillah tak perlu bius penuh walaupun masa bagi bius separuh tu aku da sakit dada n lemas.. cepat2 doktor bius tinggikan posisi kepala aku meski tau ada komplikasi kalau tak baring flat... hmmm xpa lah yg penting x kna bius penuh dah.. aku serik!!!

4jam dalam dewan bedah.. aku tak berpeluang tgk anak2 aku.. hnya dgr suara shja... anak2 terpaksa di tolak segera kerana ada masalah...

Balik wad semula...
Aku masih tak dpat tgk anak2 aku... misi arahkan suami tgk anak2 di wad neonatal sebelah bangunan aku.. kerisauan aku terjawab bila suami datang dan bgtau anak2 kembar seiras n aktif meski yg abang pakai oksigen... baru je seronok dgr mai doktor paediatrik nak amik darah... katanya 1st twin terpaksa dimasukkan ke NICU... Tapi kat HOSPITAL MANJUNG!!!!
ALLAH...manitik lagi air mata ni.. dah lah aku tak dapat tgk anak2 aku.. lps tu nk hntr ke MANJUNG sebab nk kena pakai mesin ventilator...
Ya Allah dugaan apakah ini?
Suami cuba tenangkan aku... walaupun tahu hakikatnya aku takkan tenang selagi aku tak tgk sendiri.. aku sampai request kat doktor pindahkan aku n 2nd twin ke manjunh juga.., huhu permintaan yang mustahil!!!

Penutup episod awal...

Alhamdulillah.. dalam kekalutan nk prepare ke hospital manjung... ada rezeki untuk anakku ditempatkan di NICU hospital penang juga kerana ada seorang bayi yang da di extubate dan akan ditransfer ke wad lain... Alhamdulillah syukur...

Fobia menanti hari esok

Monday 27 June 2016

Esok jumpa doktor bius untuk assessment dan discussion...

Entahlah...

Kepala otak ni da start fikir mcm2...

Adakah diorg akan bg bius spinal atau sepenuhnya tidur...

Esok aku akan dengar lagi penerangan komplikasi2 yang boleh terjadi sepanjang pembedahan atau selepasnya...

Which aku da tak nak dengar

Sebab aku masih fobia...

Orang boleh kata czer je pun...

Tapi orang takkan faham pengalaman aku...

5x aku dimasukkan ke ICU with intubation yang bermaksud aku ditidurkan n bernafas dengan pertolongan mesin...

3x aku jalani prosedur di dewan bedah dengan bius penuh bermaksud juga intubation n bernafas dengan mesin...

Sakit! Perit!

Aku hilang daya sangat2...

Malu bila orang melawat dalam keadaan aurat aku tak terjaga elok!

Belum lagi aku masukkan pengalaman aku fobia di kenakan ketamin atau

bernafas dengan mesin CPAP/ BIPAP

Di mana keadaan aku mampu dengar dan lihat apa orang keliling aku

Lakukan tapi sayang nak gerakkn tgn pun aku rasa lemah...

Mampu melihat tp tidak berdaya bergerak...

Korang faham ke perasaan tu?!

It was nightmare to me...

Tak cukup dengan itu setiap jam doktor akan amik darah ABG...

90 degree on artrial...

Terlalu sakit ! When they prick every hour.... especially when arterial line cannot function well...

Please to medical staff especially doctor or MA whoever taking ABG pls use the small needle like for insulin not blue needle ! Seriously the small needle less pain than blue and u still can get ABG without giving nightmare to your patient...

Apatah lagi aku manusia yang terlalu banyak alahannya termasuk glove hospital...

Hmmmmmmmm

Seriously aku amat takut dan fobia... apatah lagi bila da terjaga aku rasa

Macam Allah bagi lagi aku peluang untuk hidup...

Bila baca ni akan ada yg cakap da tau fobia lah takut lah yang pi gedik mengandung tu kenapa...

Takpa satgi aku smbung kat post berikutnya...

Nani tak minta banyak dari kalian...

Bukan simpati yang nani minta...

Tapi doa kalian yang nani harapkan...

Mana tau ada antara doa2 kalian yang  Allah terima untuk bantu nani...

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah...