Jaga perkataan!!

Saturday, 29 August 2015

Assalmmualaikum & Good day

Maaf andai post ini akan mengguris hati sesiapa.. sekadar perkongsian untuk renungan bersama...

10/8/2015.. aku di masukkan ke wad kerana asthma attack.. oksigen pun mase tu 87% ( normal 95% ke atas)

Lagi sekali aku dapat serangan asma pada 25/8/2015 jam  12mlm...
suami pun bergegas bw aku ke unit kecemasan hospital yang berdekatan..
Ye aku akui unit kecemasan tempat paling havoc sekali di hospital..
Dan pada malam itu dari asthma bay hanya kelihatan seorang nurse u29 dan nurse kup u32 di ruangan bilik doktor..
Seperti biasa unit tersebut hanya ada dua doktor yg bertugas di ketika itu..

Aku yang tengah semput ni berusaha minta di berikn nebulizer .. sebab mmg aku da biasa amik neb pun.. dan pada ketika itu , doktor sedang attend kes kecemasan di red zone..

Nurse bagi aku neb smbil tanya biasa ambil nebulizer yg mana satu..

Mase ni aku tak terkilan lagi.. aku faham dia risau nk bg ubat tnpa arahan doktor..
N dia pun tau aku nurse..( bukan aku demand treatment tp dengan sejarah 4x icu dan 3x operation ) sebab tu dia fikir aku arif dgn apa yg aku nk kottt...

Ok lah neb pertama da diberi but still not relieved symptoms masa tu.. aku da x blh bercakap..
Aku mnx tolong suami panggilkn nurse..3x suami aku panggil dan jawapan yg diberi

Jawapan panggilan 1: sabaq sat saya ada dua tgn n dua kaki

Jawapan panggilan 2: dalam tu(redzone) da nak mati da tu

Jawapan panggilan 3: dia nurse kan!?

But then nurse datang bagi juga aku neb sambil cakap.. saya bagi ni risiko tanggung sendiri...

End up dia terpksa tolak aku dgn strecher ke resus room.. thanks nurse!

Maaf ...
Aku akui aku jururawat.. but aku tak demand treatment.. di ketika itu memang aku memerlukan perhatian sebelum korang end up intubate aku...
Dan bukan sebagai kakitngan kesihatan aaku nk treatment awal.. di ketika itu nurse tu x attend kea kecemasan pun..
Perkara yang buat aku nk tegur..
Tak kira lah orang tu nurse ke doktor ke pengarah hospital sekalipun jika dia memerlukan rawatan kau kena bagi tanpa perlu prejudis..
Ate kalo aku nurse aku blh treat sndiri bodoh lah pi kecemasan tunggu lama2..
Tolonglh kwan.. kerja ni palg senang hang nk kutip reward pahala kenapa kau nk sia2kn hours bekerja kau tu dgn dosa kering macam ni..
Jaga percakapan..
Hari ni mungkin ko bagi layanan macam ni kat orang lain.. esok lusa kau jgn pertikaikan kenapa kau dilyn mcm ni pulak..
Ni nasihat untuk kita semua.. baik aku atau korang jaga perkataan kita.. tu semua akan dihisap..
Ye kita manusia xlepas dr buat salah bukan bermaksud tak mampu untuk dibaiki kan..
Apa2 pun terima kasih semua kakitangan yang rawat aku malam tu.. Allah juga yang mampu membalas kebaikan kalian ...

Salam keamanan!!!

No comments:

Post a Comment