Rindu bertamu..

Wednesday 30 April 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

Terlalu lama menghentikan hobi menulis kerana  kekangan  waktu dengan segala  tugasan ...

Kesibukan yang aku alami rupanya tak mampu menghilangkan  rindu pada arwah pak ndak... azli abd. Rahman yang telah kembali kepada Sang  Khalik pada december 2013...

Masih teringat panggilan telefon yang aku terima dari pak ngah jam 2 pg.. berita yang pak ngah khabarkan betul mampu menyedarkan aku dari lena.. aku sepatutnya pulang awal kempenang kerana aku bekerja pagi esoknya dan suamiku juga sepatutnya pulang ke teluk intan.. tapi kami tangguhkan kerana nenek aku mendapat serangan jantung dan memerlukan rawatan segera di hospital..

Tanggungjwab yang pak ngah berikan untuk aku menkhabarkan berita sedih itu pada atuk dan nenek bukan 1 tanggungjwab mudah.. aku takut nenek dapat serangan jantung lagi...

Aku gerakkan semua ahli kluarga.. dan tanpa fikir panjang aku dan suami buat keputusan untuk ke kelantan.. arwah meninggal di kelantan.. di kampung isterinya..

Saat sampai kampung nk bgtau nenek atuk memang kelu lidah.. aku cuma mampu kata .. " nek , atok, siap jom kita ke kelantan sekarang"
Pada mulanya nenek enggan ikut sebab pelik dengan  ajakan aku... akhirnya aku akur terpaksa khabarkan yang  pak ndak da tak de...
Mmg sukar untuk mereka terima..

Dengan 2 buah kereta kami bergerak dari taiping ke kelantan... suatu negeri yang pernah aku diami selama 2 tahun untuk mencari rezeki dan menimba pengalaman.. sepanjang perjalanan nenek n atok menangis , smbil mengaji dan berzikir...

Bukn mudah nak menguruskan segala urusan di kelantan memandangkan arwah tiada rekod perubatan di sana.. Allah lebih mengetahui segala aturan perjalanan kehidupan..,  tak aku sangka ramai saudara mara dari perak dan selangor datang...sejauh ni mereka sanggup datang.. malah  jiran2 arwah dan rakan sekerjanye juga trut datang dari KL ...

Setelah terkumpulnya semua ahli keluarga baru lah segala urusan berjalan lancar... pantas segala proses...   nampaknya Arwah nak jumpa semua orang sebelum pergi...

Atok dan nenek memang sakit lps arwah pergi.. hampir stp hari aku kol tanya dan hujung minggi balik tgkkn mereka., akhirnya mereka kini redha dengan pemergian anak mereka...

Pak ndak.,, nani xkan lupa pesan pak ndak seminggu sebelum pak ndak pergi.. semoga rohmu tenang di dalam dakapan kasih sayang Ilahi...

Al-fatihah... AZLI ABD.RAHMAN