SELESAI SUDAH...

Wednesday 2 March 2016

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....


ALHAMDULILLAH, hari ini dapat semua result exam semester akhir... lega sangat ... sebab 2 tahun penat lelah tamat juga hihi..
meski bukan dalam kategori anugerah dekan , aku tetap bersyukur kerana 2 tahun ni penuh dengan dugaan dan ujian..

masih aku ingat , tujuan asal aku sambung belajar sebab nak gunakan sijil degree untuk minta kerja lain.. selain memenuhkan masa  sebab tinggal jauh dengan suami, jadi balik kerja sibukkan diri dengan tugasan dan belajar... dan juga sebab lain kerana masa itu aku dikhabarkan oleh doktor aku tiada harapan nak dpat ank sendiri.. so aku tak tau nk buat apa.. terus minta izin suami nak sambung belajar, Alhamdulillah suami izinkan..

di awal semester aku agak kekok sebab , da lama tinggalkan buku hihi... malah aku tak faham apa itu APA format dan macam  mana nak buat hihi.. 
tapi sebenarnya syok sangat sebab aku dapat explore benda baru...

bila da mula praktikal , hidup jadi kelam kabut...
isnin- jumaat kerja, sabtu & ahad praktikal pula di HPP.. agak stress dengan kehidupan masa tu.. Alhamdulillah kawan- kawan banyak bagi sokongan.. 
untungnya aku, kawan2 semuanya dari pelbagai peringkat usia... dan amat2 sporting.. mudah bekerjasama dengan mereka .. tak kira kaum  tak kira pangkat tak kira pengalaman kerja.. seriously mereka mmg AWESOME!!!!

perkara wajib sepanjang belajar ialah, share jawapan past year paper di whatsapp...
bincangkan isi assignment, makan roti bakaq telur goyang kat HPP, makan2 setiap kali paper last setiap semester.. and of course  masa presentation support each other tanpa bertanya soalan supaya semua dapat balik awal...

kenangan yang paling tidak boleh lupa , masa presentation case study RENAL, siap bawa punch binding tu ... nak binding kertas kerja dalam kelas... dan kena REDO case study ICU hahaha....  dan presentation MENTAL , presentation paling sempoi... hahaha masa praktikal RENAL sempat lagi kami mencicah pelam kat luaq  wad kui2...

 antara orang yang kami selalu tertunggu2 nak present mestilah kak VIjaya sebab dia present mmg best giler n lawak.. dengan gaya tangannya, berjalan keliling kelasnya.. dan siap mengantok siapplah dia tnya soalan hahaha....

dalam suka ada duka, aku memang beruntung dikelilingi kawan2 yang supportive giler... macam2 kisah yang kami alami sepanjang 2 tahun ini.. terlalu singkat masa belajar sehingga terkejar2 masa nak buat assignment  dean bayar yuran..


TERIMA KASIH SAHABAT OUM, kalian banyak membantu aku dalam menghadapi hari2 sukar... terima kasih atas sokongan kalian.. Semoga persahabatan kita berkekalan selamanya... Nani sayang korangggg....

ANG PAIK KUAN
BALKHIS BINTI ABU BAKAR
CHOO AI NEE
ELIAN CHONG LI MING
JAMIEE CHONG
JULIANA BINTI ZULKIFLI
LEONG YIT SIEW
LING SZE SZE
LOR FEI TING
MAS AZMILA BINTI MOHD JAMIL
MILAH BT MOHD YUSOF
MINA WONG
NOORAZURA BINTI MUHAMAD ADNAN
NORULL AIDA BT ISMAIL
NURULHUDA BINTI AHMAD
ROZANNA BINTI MHD. RODZI
SIM KAH YIN
SITI HAJAR BINTI SHUIB
T.SANGGARI A/P TORESINGAM
TAN LI CHIN
TENG JOO CHEAN
VIJAYALETCHUMY A/P THANGAVEL
NUR SYAZNI BINTI JAMIL RASHID

tidak lupa juga special thanks to , mak, umi, suami tersayang, kakak2, abang2 ipar,  adik2 dan adik2 ipar , serta rakan2 kerja.... terima kasih atas sokongan kalian sepanjang nani melalui 2 tahun ini... nani sayang semua insan sekeliling nani...