Hapuskan air matamu

Friday 22 November 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Just sharing my experienced...

Jika anda melawat adik berdik , saudara mara atau rakan taulan yang sakit.. pls..pls.. pls... dont cry in front of them...  di suatu ketika dahulu aku pernah merintih... aku pernah mengenakan syarat kepada rakan2ku... andai aku sakit.. please jangan datang melawat atau kalau nak datang juga jangan titiskan airmata kalian depan aku...

Aku pernah meminta jasa baik kawan2 supaya jangan dihubungi ahli keluargaku andai aku di masukkan ke wad.. taiping dan kubang kerian bukan  jarak yang dekat bagi mereka yang tiada kenderaan...aku risau keselamatan mereka diketika perjalanan itu nanti..

Aku pernah meminta supaya aku tidak ditidurkan , supaya tidak dimasukkn tiub padaku.. tapi andai keadaan mendesak aku minta pastikan aku terjaga kembali... kerana itu terlalu sakittt bagi aku...

Kenapa banyak sangat syarat yang aku kenakan? Tiada lain difikiranku... aku tidak mahu keluarga yang lama tak ku temui melihat aku dlm keadaan sakit.. aku tidak mahu melihat mereka bersedih.. aku tidak mahu ibuku bimbang, aku tidak mampu melihat air mata kesemua ahli keluargaku.. JUJUR AKU LEMAH!

Air mata yang tumpah hanya kerana melihat aku dalam kesakitan akan bisa melemahkan semangatku... ! Tolonglah maniskan mukamu.. teruskan senyummu.. agar aku tau kamu menyokong aku.. air matamu hanya menyakitkan aku lagi.. aku memerlukan sokonganmu...
JUJUR... jangan tangisi ujian untukku.. please pray for me.. tidak mudah melupakan kesakitan.. namun itu semua tidak mematahkan semngat aku dalam menjalankan tanggungjawab harianku.. dan kesakitanku bukn penghalang kejayaanku... itu ujian yang harus aku tempuhi.. jadi pls... HAPUSKAN AIR MATAMU...

BERINGAT LER KITEWWWW

Thursday 7 November 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA......

Hai semua pembaca.... harap2 anda semua sedang berbahagia di bawah RahmatNya... Apa? Ada yang sedang berduka...? tak pa menangislah andai itu mampu tenangkan hati anda.. da puas tangis gi amik wudhuk dan buat solat sunat Taubat pastu baca ayat2 Al-Quran.. Insya Allah hati akan tenang... Kalau rasa  bosan keluar ler dari rumah tu.. asyik terperuk je.. cer bawak2 berjalan menikmati alam ciptaan Allah ni.. terlalu banyak untuk dikagumi... bukan hanya awan dan rumput hijau yang luas terbentang je... tapi juga boleh kita nikmati perjalanan angkatan semut2... heeeeee

Sejak 2 menjak 3 menjak dan 4menjak ni.. Nani agak sibuk dengan proses kemas mengemas .. maklum lah bukan mudah nak memindahkan sesebuah klinik...  dari pejabat atas, pantri, bilik rekod dan bilik-bilik rawatan banyak yang perlu di kemaskan... 

Dalam duk sibuk  ni lah hangpa boleh tau sejauh mana kuatnya semangat kerjasama dikalangan kawan2 hgpa.. siapa dia kawan yang boleh hulurkan bantuan masa hgpa duk tak larat terkontang- kanting bagaikan sotong kepenatan... Alhamdulillah kawan-kawan Nani semuanya bekerjasama bagaikan WONDERPETS.. thanks guys... sebab tolong kita...

Tapi diakui lah dalam duk mengemas tu 4x mak cik kena asthma attack.. terpaksa jugaklah pergi hospital... gilos tak sosak dado.. makcik bertapo dalam guo bilik rekod tu.. duk mengemas dokumen dari tahun 2006... mase tu pun mak cik duk bercinta nak amik SPM  lagi haha...

Tapi tu lah kan... bukan mak cik tak sedar diri... kalau ada sesiapa follow (ececeh perasan tahap gaban) blog mak cik ni mesti tau tahap kesihatan makcik ni tak do lah excellent sangat tapi takdelah worseeee sangattt kiro atas pagar laei... mak cik tau depa kat tempat kerja makcik da sedio maklum da mak cik punyo sejarah penyakit.... 4x jadi penghuni ICU 3x masuk dewan bodah... Dengan alasan ni mak cik buleh jewww bergoyang kaki sambil mengengupdate blog....
        Hah tapi mak cik tak suko macam tu bukan ape.. dulu2 mak cik da pernah da tengok macam mana orang lain penat-penat buat kerja berat2 kita je buat kerja ringan... padahal makan gaji sama.. OPPS DONT JUDGE ME.. ini hak masing2 kan...? lagipun Alhmdulillah Allah da bagi peluang makcik lebih sihat dari dulu jadi mak cik nak guna sebaik mungkin.. terlalu Besar nilai pengorbanan yang perlu dibayar untuk sihat walaupun tak sepenuhnya yang penting lebih better, mak cik syukur.. ALHAMDULILLAH... lagipun duit gaji mak cik untuk mak dan Adik2 makcik jadi mak cik nak yang berkat..  jumlah yang banyak atau sedikit bukan ukurannya yang menjadi ukurannya adalah keberkatannya...

         Ok kawan2.. dalam hidup ni kita jagan terlalu perasannnn dan jangan terlalu merendah diri tahap orang boleh pijak2 dan henyak2 kepala kita.. cukup sekadar bersederhana... 

Jadi sentiasa ingat ini tau...

Jangan dibanggakan KEMUDAANmu ... kelak Usia TUA pasti menggamit mu

Jangan disangka kamu sentiasa SIHAT .. kerana KeSAKITAN itu akan kau rasa

Jangan dibanggakan dengan KEKAYAANmu.. kelak Kau pasti tersungkur di Lembah KEMISKINAN

Jangan terlalu suka dengan KELAPANGAN yang kau miliki... Kelak kau akan menangis kerana KESEMPITAN

Jangan terlalu senang denga HIDUPmu.. kelak kau akan susah ketika MATI menjemputmu..




     Kesimpulannya bersederhana lah kita dalam kehidupan kita... kerana kita ni bukan makin muda... tapi usia makin meningkat.. ok korang boleh kata apa ada pada angka? Mak cik no comment.. tu hak korang nak bercakap... kita juga pasti akan didatangi penyakit.. ala mesti korang pernah rasa sakit kepala.. xpun sakit sembelit nak membuang kan? Hahahaha... buat yang kaya tu beringat ler... gunakanlah kekayaan tu ke jalan yang betul masih banyak orang yang perlukan bantuan.. kalau semua orang kaya bantu yang miskin mesti Malaysia jadi negara tiada angka miskin... di saat lapang gunakanlah masa sebaiknya letakkanlah masa untuk temujanji dengan Allah.. jangan hanya ingat Allah ketika susah je...last but not least , dimana ada permulaan pasti ada pengakhiran.. begitu juga kehidupan kita.. ya MATI itu pasti.. tapi kematian bagaimana yang kita harapkan pastilah kita semua inginkan pengakhiran yang baik kan? Renung2kan selamat beramal..

Maafkan saya jika penulisan ini ada menggores hati sesiapa dari segi cara penyampaian atau penulisan.. ini hanya penulisan untuk bacaan santai...  segala komen membina diterima dengan hati terbuka.. segala kritikan juga diterima tapi jangan sampai buka aib sendiri ye... SEKIAN
******
SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAAN KU*************