Persoalan yang tiada jawapan

Saturday, 5 September 2015

Assalmmualaikum & Good day..

Since bulan Ramadhan lagi hampir setiap hari topik aku dan suami adalah kematian..
Satu demi satu berita kematian yang terjah ke telingaku..
Namun yang paling memberi kesan adalah kematian cik ann kerana serangan asma..Al- fatihah buat cik an..
Meski kami tiada pertalian yang saudara tetapi layanan yang rapat buat aku bagaikan sukar menerima kematian beliau..baik hati budi insan ini buat kami..
Aku teramat2 terkesan sehinggakan aku mggambarkn yang aku akan pergi mungkin kerana asma attack juga..
Pelbagai persoalan aku timbulkan sehingga suami rimas nk jawab..
Namun peristiwa aku di masukkn di Icu baru2 ni buat aku terkesan.. YA NANI AJAL MAUT TAK CEPAT TAK LAMBAT SESESAAT...dalam apa jua keadaan kita akan pergi... itu Janji yang pasti..
bila terjaga di Icu.. menitik juga air mata ni..
Ya Allah sakitnya berulang lagi..
Menjadikan rekod icu sebanyak 5 kali..
YaAllah kai bangunkn aku lagi..
jujur aku takut..
Aku tak tahu banyak mana amalan aku..
Ya Allah andai aku kau panggil kembali
Peliharalah suamiku,keluargaku dan mereka yang aku tinggalkan..
Sesungguhnya peliharaanmu yang terbaik ya Rabb..
Ya Allah..
Mudahkan urusan kuburku.. hisabku.. kebangkitan kembaliku dan langkah kakiku di atas titian siratMu..
Ya Allah jujur aku takut..
Pelihara aku dalam rahmat Mu..

Titisan air mata menemani lagi..
Satu demi satu wajah kesanyangan kembali.. meski jauh terpisah dua alam yang berbeza aku masih tetap merindui..

Andai aku pergi maafkan kesalahanku
Halalkan makan minim dan hutangku..
Kirimkn aku doa kalian..

Satu bnda yang aku belajar..
Sayangi semua keliling kita n hargai serta maafkn mereka.. kita tidak sempurna begitu jua mereka..

Sekian terima kasih

Jaga perkataan!!

Saturday, 29 August 2015

Assalmmualaikum & Good day

Maaf andai post ini akan mengguris hati sesiapa.. sekadar perkongsian untuk renungan bersama...

10/8/2015.. aku di masukkan ke wad kerana asthma attack.. oksigen pun mase tu 87% ( normal 95% ke atas)

Lagi sekali aku dapat serangan asma pada 25/8/2015 jam  12mlm...
suami pun bergegas bw aku ke unit kecemasan hospital yang berdekatan..
Ye aku akui unit kecemasan tempat paling havoc sekali di hospital..
Dan pada malam itu dari asthma bay hanya kelihatan seorang nurse u29 dan nurse kup u32 di ruangan bilik doktor..
Seperti biasa unit tersebut hanya ada dua doktor yg bertugas di ketika itu..

Aku yang tengah semput ni berusaha minta di berikn nebulizer .. sebab mmg aku da biasa amik neb pun.. dan pada ketika itu , doktor sedang attend kes kecemasan di red zone..

Nurse bagi aku neb smbil tanya biasa ambil nebulizer yg mana satu..

Mase ni aku tak terkilan lagi.. aku faham dia risau nk bg ubat tnpa arahan doktor..
N dia pun tau aku nurse..( bukan aku demand treatment tp dengan sejarah 4x icu dan 3x operation ) sebab tu dia fikir aku arif dgn apa yg aku nk kottt...

Ok lah neb pertama da diberi but still not relieved symptoms masa tu.. aku da x blh bercakap..
Aku mnx tolong suami panggilkn nurse..3x suami aku panggil dan jawapan yg diberi

Jawapan panggilan 1: sabaq sat saya ada dua tgn n dua kaki

Jawapan panggilan 2: dalam tu(redzone) da nak mati da tu

Jawapan panggilan 3: dia nurse kan!?

But then nurse datang bagi juga aku neb sambil cakap.. saya bagi ni risiko tanggung sendiri...

End up dia terpksa tolak aku dgn strecher ke resus room.. thanks nurse!

Maaf ...
Aku akui aku jururawat.. but aku tak demand treatment.. di ketika itu memang aku memerlukan perhatian sebelum korang end up intubate aku...
Dan bukan sebagai kakitngan kesihatan aaku nk treatment awal.. di ketika itu nurse tu x attend kea kecemasan pun..
Perkara yang buat aku nk tegur..
Tak kira lah orang tu nurse ke doktor ke pengarah hospital sekalipun jika dia memerlukan rawatan kau kena bagi tanpa perlu prejudis..
Ate kalo aku nurse aku blh treat sndiri bodoh lah pi kecemasan tunggu lama2..
Tolonglh kwan.. kerja ni palg senang hang nk kutip reward pahala kenapa kau nk sia2kn hours bekerja kau tu dgn dosa kering macam ni..
Jaga percakapan..
Hari ni mungkin ko bagi layanan macam ni kat orang lain.. esok lusa kau jgn pertikaikan kenapa kau dilyn mcm ni pulak..
Ni nasihat untuk kita semua.. baik aku atau korang jaga perkataan kita.. tu semua akan dihisap..
Ye kita manusia xlepas dr buat salah bukan bermaksud tak mampu untuk dibaiki kan..
Apa2 pun terima kasih semua kakitangan yang rawat aku malam tu.. Allah juga yang mampu membalas kebaikan kalian ...

Salam keamanan!!!

Dessert Gold: Kedai Produk Muslim Taiping

Saturday, 22 August 2015

Assalmmualaikum & Good Day..

Pengumuman buat orang2 Taiping.. kamunting.. dan sekitarnya...

Buat kalian yang mencari produk2 buatan muslim toksah duk pening kepala... pakat mai kat kedai ni...
Banyak produk2 yang ada.. harga berpatutann

Saya da rasa piza home made die.. memang sedapp.. rencah ayam tandoori pun menjadi tau hehehe.. sonang nak buat..

Mai2.. jom kita support produk orang kita...

Lokasi: berdepan kolej komuni kamunting...

Bawah ni sebahagian gambo untuk share dengan u olls ala2 teaser gitewww...










Lamo den tak masuk wad

Monday, 10 August 2015

Back to normal routine...
I almost forgot haha
My last admission on August 2013..
Juz only frequent
Emergency department visit until yesterday...
August 2015..
Alhmdulillah at least i got 2 years free from admission.

I almost forget how to prepare my things...
It bring me back to 2012 where im was at husm..
I always ready with a bag i called it" bag msuk wad" n most of my frens knew it haha kalah org bersalin woiii...

Again when nurse ask give ward orientation..  i smile n said to myself.. lama xdgr sume ni..

But i was crying when my husbnd told me  mak almost come to penang when she knew im in resus room but decide to come tomorrow...
Coz i still remember the moments doc said they want to put tube in my mouth (intubated)
is the moment that i only can read syahadah juz in heart...
N remind to myself if x sempat jumpa mak n adik bradik ni la janji aku pada Pencipta.. harap mereka redha...

I was told mak..
When i get chance to said..
Mak nani syg mak
Mak nani mnta ampun
Mak nani mnta halal
Mak jd pape kat nani jauh dr mak
Mak redha n doakan nani tau...
Nani syg makkkk

Even sometimes mak always said
Mak tau nani kuat...

Itu da ckup buat aku lap air mata..
Coz i know anything happen to me mak aku kuat as usual insyaAllah..  Allah jaga mak.. Allah jaga nani kat sni mak jgn riso

Again when doc ask me a lot of question about my past history aku tergel bila aik da dua tahun tak admit knapa malm ni admit?
Selmba aku jawab..
Pasai lama x cek in hahaha
Bila doc tnya awat kat bwh td oksigen rendah..
Sy nk oksigen depa bagi nebulizer mana sma ha haha
Hampeh hg knakn aku eh hahaha..
Ate da tnya rope itu...
Nama pun mmg severe brittle asma.  Aiyooo


Ok ckup r entri ni aku melalut ke laut...
Dr 4 pg tdi tjaga sedut gas.. amik darah...
N cucuk ubat... jom Allah gerak tahajud.. x blh tdo ingt kat suami cekkk...  blh bgn ka dak tu satgi...

B... mohamad azrul.

I luv u as usualll
Tq lah sush payah pujuk suruh cek in gak...
Sok mai bwk pisang..
Potassium low ni sbb sdit gas byk sgtt

BELAJAR TERIMA KESALAHAN

Wednesday, 8 April 2015

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ENTRI INI AKU HANYA INGIN BILANG
HENTIKAN PROVOKASI
BERHENTI MEMUSUHI
AKU MANUSIA
 KAU MANUSIA
 YA KAU BERSIFAT PROTAKTIF
TERLALU MELINDUNGI
SEHINGGA TANPA SEDAR 
KAU MENCAMPURI

BERHENTI BERFIKIR HATI IBUMU AKU SAKITI
AKU JUGA PUNYA IBU
 IBUKU JUGA PUNYA EMOSI
HATINYA JUGA TELAH KAU SAKITI
 AIR MATA IBUKU JUGA JATUH KE BUMI

2 TAHUN TEMPOH HIJAU
 MENTAH BAGAIKAN ANAK KECIL
YANG HANYA BISA MENANGIS KETIKA LAPAR
MUDA SANGATTT
BARU SANGATTT
 UNTUK KAU DAN AKU MENGALAH

 BODOH LAH AKU JIKA KERANA KESENANGAN
KERANA DI AWAL GARISAN TELAH AKU MKLUMI
BODOHLAH AKU JIKA TERUSAN MINTA DILEPASKAN
SEDANGKAN KAU TAHU ADA  CARA LAIN 
 YANG PASTI MEMIHAK KEPADA AKU
 TAPI MENGAPA TIDAK AKU GUNAKAN
 KENAPA AKU MASIH CUBA SETIA BERDIRI

TUDUH LAH APA SAHAJA
 KATALAH APA SAHAJA
 GALILAH SEGALA SALAH
 CANANGKAN CANANGKAN CANANGKAN
JANGAN KAU FIKIR AKU BUTA IT
 TIDAK BISA MEMAHAMI ISI TERSIRATMU
SETIAP BAIT KATA DA BISA RUNTUHKAN TEMBOK AIR MATA INI
BUKAN SEKETIKA 

INI BUKAN YANG PERTAMA
SUDAH BANYAK KALI
 KAU LUPA ATAU KAU MAHU AKU INGATKAN
MAHLIGAI INI DI BINA ATAS PILIHAN KITA
 TAPI MENGAPA AKU YANG BERTAHAN SEORANG DIRI
 AKU BERKORBAN SEORANG DIRI
 BILA KU MINTA SEDIKIT SAHAJA
PENGORBANAN DARI MU
 NAH BAGAIKAN PELURU BERPANDU AKU DIHUJANI
ITU KAU PUN TAHU

 GILAKAH AKU JIKA INI YANG AKU INGINKAN
MENGAPA AKU BERSUSAH PAYAH MEMANDU SEJAUH ITU
MENGAPA AKU SUSAH PAYAH MEMENATKAN DIRI AKU
 SEDANG ITU TANGGUNGJAWABMU
TAPI APA ?
KERANA AKU SEDANG PERTAHANKAN MAHLIGAI KACA INI 
 AKU BIMBANG MAHLIGAI INI TERHEMPAS

NAH...
AKHIRNYA KINI TERJAWAB
BERBALDI AIRMATA 
TAKKAN BISA SAMBUNGKAN MAHLIGAI INI
SUDAH HANCUR
SUDAH PECAH
SUDAH TIADA GUNANYA

TAHNIAH BUAT KAMU
ORANG SAKIT MEMANG MENYUSAHKAN
MENGAPA PILIH AKU JIKA KAU TAHU 
KAU TAK MAMPU
 BERHENTI TUDING JARI PADA AKU
BUKA MATA BUKA HATI
 KAU NILAILAH 2 TAHUN YANG HIJAU INI
 ANDAI PADA MU HANYA BEBANAN 
MAKA AKU REDHAKAN JALAN INI
IYALAH YANG TERPAKSA 
ITU KAMU
 BUKAN AKU

PESANAN AKU
HENTIKAN PROVOKASI
KAU BELUM MERASAI
HENTIKAN PROVOKASI
KERANA IA KAU LUPA TUNDUK KE BUMI
INGAT 
KAU MASIH BELUM BERSUAMI
ANDAI SATU MASA KAU RASAI
BAGAIMANA BILA ORANG KETIGA MENCAMPURI
BARU KAU TAHU SAKIT DAN PEDIHNYA
 BILA PENGORBANAN TAK DIHARGAI
BERHENTI MENUDING JARI
 KAU DAN AKU MANUSIA DI DUNIA INI
KITA TIDAK SESEMPURNA NABI

AKHIR KALAM
ANDAI 2 TAHUN INI
AKU BUKAN PENYERI
AMPUN DAN MAAF YANG AKU PINTA
DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI
SEGALA PENGORBANAN KAU AKU HARGAI
SEMOGA DIBALAS ILAHI
SEGALA CACI MAKI
AKU TELAH LUPAI
SEMOGA BAHAGIA BERSAMA JODOHMU NANTI
AKU TIDAK MEMBENCI
KAU TAHU AKU
 BENCI BUKAN SIKAPKU
JADI TOLONG JANGAN SAKITI HATI AKU DAN IBUKU LAGI
SALAM
 
 
 
 
 

Anak2 tolonggg yeee!!!

Sunday, 15 February 2015

Assalmmualaikum dan salam sejahtera

Ini sebagai pengajaran untuk hangpa dan aku..

Semalam cucuk duit di maybank taiping..
Datang sorang pak cik belakang aku mnta tolong periksa akaunnya kot2 anak da msuk duit ...
Katanya ank die jnji nak masuk

Warghhh sedih sangattt!!!
Check baki ada rm7.30
Sayu bila pakcik tu cakap.. Tak pa lah depa sibuk lagi tu tak dan nak masukkan...

Allahu rabbi... Memang sedih
Aku terus terpana.. N terpacak depan atm tu sambil tengok pak cik tu pergi...

Cepat2 lari ke kereta cerita kat suami..
Meleh da airmata jangan cerita..
Aku memang ratu air mata cerita2 macam ni..
Masa di atm tu aku hanya bawk kad.

Trus tepuk dahi
Apasallah aku tak bagi duit yang aku cucuk tu sikit... Adoyai..

Suami aku pun dua tiga kali pusing pekan taiping cari pak cik tu sebab memang aku nk jumpa sangat.. Mana tau kot2 tak makan lagi ka..

Puas pusing memang kami tak jumpa..

Hampa sangat rasa...

Semoga Allah lindung pak cik tu

WAHAI ANAK2
BERAPA SEN PUN GAJI KORANG..
PLEASE PLEASE PLEASE
BAGI PADA MAK AYAH
DAN BILA DAPAT GAJI
INGAT!!!!!
BAGI MAK AYAH DULU
HANGPA DULU BELAJAQ
KALUT SURUH MAK AYAH BANK IN
LA LA TU JUGAK
LA ZAMAN HANGPA PULAK BANK IN
LA LA TU JUGAKKK UNTUK MAK AYAH...
HANGPA DUK JAUH
HANGPA TAU KA MAK AYAH HANGPA TU MKN KE BLM?
HANGPA TAU KA DEPA TU DEMAM KE TAK?

TOLONGGGGG YE ANAK2..
CUKUP BUAT MAK AYAH TUNGGU HANGPA BALIK
DEPAN PINTU RUMAH!!
JANGAN BUAT MAK AYAH HANGPA TUNGGU KELAPARAN
DEPAN ATM BANK..

YA Allah
Libdungi n kasihlah kedua ibubapa kami
Apa jua dugaan yang Kau bagi pada keluarga kami
Kami redha ya Allah
Kami insaf akan kejahilan kami

Sekian terima kasih

BROKEN FAMILY? NO EXCUSESSS

Assalmmualaikum dan salam sejahtera..

Tajuk macam hangat dari oven kan...?

Ada betul dan ada x betulnya..

Nani nak tulis isu ni sebab.. Tadi makan kat kedai sorang2.. Sebelah nani ad satu kumpulan laki peremouan bercampur.. Amboi salam pun ada gaya sndiri tau hahaha... Aku tau hgpa pernah buat ni sesama bff perempuan hgpa kn .. Maksud nani bagi perempuan lah haha

Terdengar lah segala cerita depa sembang.. Esokk kan sekolah.. Jadi si A tnya budak perempuan ni.. Hg nk pi skolah tak esok.. Si perempuan pun jawab.. Maleh aku pi skolah sok .. Ngantok wei.. Mak pak aku bukn tau pun sorang sibuk dgn bini muda .. Mak aku tu pulak tunduk ja.. Xtau nk mlwan pa pak aku buat...

Erk nani sentap tiba2.. Sebagai pengajaran ye cerita ini bukan buka pekung di dada...

Hmm terimbas kenangan lalu..
Tak malu aku akui aku dari broken family
But i salute to my mother..
Very2 tough women..
A superwomen
For us.. 7 siblings..
Its not easy to raise us alone..
Without a good financial support..
Seriusly.. After divorce
My mom become realyy2 down..
She quit from job ( embroidery factory salary rm450/month)
Alhamdulillah
Becoz mak dlu terlalu garang..
Hari2 kena marah
Kami 7 beradek jadi x betah bila mak senyap dan sedih...
Aku berpegang pada..
Ikut hati mati!
Ikut rasa binasa!

3 orang dikolej swasta
2 bersekolah
2 adik lelaki kembar aku yg baru habis spm decide untuk bekerja sara kami yang belajar

YaAllah
Masa tu ikatan adik beradik yang kukuh ni lah bagi semangat untuk aku dan kakak2 yang tengah sambung belajar
Nyaris aku berhenti belajar

Allah itu maha kaya
Janji Allah itu pasti
Pada mereka yang bersabar
Syukur USM bagi aku biasiswa
Jadi aku tanggung kos rumah dan perbelanjaan adik yg skolah..

Kesemua adik beradik
Kami saling ingtkan
Apa pun jadi
Kita mesti ber7
Mak perlukan kita!

Itu yang tertanam dlm otak masa tu
Jujur aku akui tiada yang cuba memahami
Alhamdulillah Allah datangkan aku orang2 yang sentiasa jadi tulang belakang aku saat aku terkapai2.

So all remajasss
Broken familt bukan alasan!
Itu bukan petaka
Tapi ujian untuk ajar hangpa hargai hubungan adik beradik!

Masa ni lah nk berbakti pada mak n adik2..
Percayalah rezeki itu akan murah...!

Sekian,terima kasih

Life update:1/2/2015 part 3

Sunday, 1 February 2015

Assalmmualaikum dan salam sejahtera...

My last post for today..

Kawan2.. Pembaca yang dikasihi sekalian.. Boleh tak nk mnta kawan2 follow sy di ig.. Suka_haticollections..

Ok basically ig ni about my life n my bussines..

So far alhamdulillah produk yg sy jual ialah
1) felt craft(2014)
2) sambalsuperfas ns( 2014)
3) shawl by qisana hijabs( 2014)
4) sambalketukbynas(2015)

Untuk bussiness
* cod minima order 5.. Only on friday kepala batas penang n kwasan setempat
Untuk area lain blh discuss later ok..:)

* untuk postage hari pos only isnin n rabu...

Jika berminat boleh order ye.. Hehe..

Last but not least nk promote 2 ig..

1) feecamella..
*seriously.. Harga memang berpatutan n cantik sgttt.. Boleh follow they olls tau...

2) sumber_rezeki
* jika anda pening nk fikirkan side menu untuk jamuan atau knduri  blh follow ig ni ye..
Roti jala die mmg ummphhh perghhhh sedappp

Ok sekian.. Slm ukhwah

Life update: 1/2/2015 part2

2) GATHERING KAMY
Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ni akikah bby comel from keluarga KAMY ( kamaruddin alang mat yassin)

Dapat berkumpul separuh pun da havoc.. Ada semua lagi havoc..

Di kesempatan ini saya mohon doa kalian semua untuk salah seorang saudara KAMY .. Beliau disahkan mengidap denggi.. Platlet becomes down.. Pls pray for him.. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat beliau..  Semoga platlet semakin meningkat.. Tringt kata Raja Shamri..  Mnx tolong pada Allah kerana dia yg menggerakkan hati kita.. Jadi sy mohon doa dari kalian untuk kesembuhan beliau..

Last but not least jemput tgk gambor2 bawah ni kot ada kawan hgpa boleh ler like n read my blog always k..tq.. Slm ukhwah

Life update:1/2/2015 part 1

Assalmmualaikum dan salam sejahtera...

A lot of story to write here!..

1) BESDAY MAK

Hari ni birthday mak..

Yup kami adik beradik tidak dapat menyambutnya dengan mak..

Alhamdulillah mak da maafkan.. Tau mak sentap.. Mulut je kata xpa.. Heehe sygggg makkk muahhh cikit..

Will repeat again on CNY  skali dwngan akikah cucu mak ye.. Senyum mak i tau.. Lagi senyum nti dapat hadiah dr kami.. Tgggu ye makkk...

Kami semua saynggggg makkk sgtttt betul mak.. Buktinya ni da bgtau kat satu dunia ni..

I translate..

Listen here!!!!

I LUV MY MOTHER A LOT2... NORMAH ABD RAHMAN.. THE STRONG WOMAN BEHIND US..
ITS HARD TO TELL MY FELLING MUM.. I WILL ALWAYS REMEMBER THE MOMENT U ASK ME TO BE STRONG .. TO BE A FIGHTER OF BRITTLE ASTHMA.. BERKAT YOUR DOA MAK.. NOW.. ALHAMDULILLAH NO MORE ICU ADMISSION.. U KNOW RIGHT .. ICU IS NIGHTMARE PLACES FOR ME FOREVER N EVER.. PLS ALLAH GIVE MY MOTHER UR LUV .. PLS TAKE A GOOD CARE OF HER... REALLY MISS U MUM.. ALWAYS.. ;)

WAH  translate aku mcm x kne je.. Haha x ksh lah.. Selamat hari lahir mak.. Sweet 17 lagi tau haha

Ikhlas

Tuesday, 20 January 2015

Assalmmualaikum dan salam sejahtera

Nowadays, wah giteww.. Banyak aku tengok ibu ayh yg da ada kesedaran agama kat ank2 ni.. Boleh beza rasanya budk2 kecik zaman aku dlu ramai kot yg xpakai tdung sbb prinsip dolu2.. Biar die seksi masa ni skurang2 dia da pernah pakai skirt..

But in this century, giteww... Budak2 kecik ramai da pakai tdung.. Prinsipnye ajar dari kcik senang dia tau da hukum jaga aurat.. So besar pun dia akan terbiasa..

Hah nampak x?.. Kesedaran mak ayah nak didik anak2 jadi hafiz hafizah( penghafal Al Quran) memang aku sokong sgt2..  Betul korang.. Aku x tipu.. Virus byk sgt skg ni..  Kalo dlmn x kuat mcm mne la ank2 kita ni nk jd insan yg hebat.. ?

Aku tertarik dgn prinsip ayah Arwah Ammar(,student malaysia yg meninggal masa muharam dulu tu pernah jadi fenomena tu)

Prinsip ayah die dln kedua2 buku ahmad ammar ialah..

Kalo jadi doktor jadi yg ummatik.. Kalo jadi jurutera jadi yg ummatik.. Hg jd pimen pun jadi yg ummatik..

Ni .. Nk dakwah xkra tempat x kra orang.. Ilmu tu kalo kita simpan rugiii xleh amal dah kalo kita mati.. Jd sebarkan supaya ada yg amalkan pahala dia mengalir bila kita mati...

Aku bukn hafizah.. Aku bukan ustazah.. Insan biasa ja..

Baru2 adik aku tanya mcm mna nk hafal al mulk.. Aku punya ngeynyehh la dlm hati duk kata "Alhmdulillah adik aku nk gak hafal Al Quran..."

Aku sebgai kak bagi lah tips2 menghafal ajaran ustaz2 aku dolu2 .. Skali adik aku jawab sja buat preparation sbb kalo buat slh kna denda Bacall Surah Al-Mulk.. Hmm patotlah hg takat 10 ayt jem dah dikk oiii.. Niat tu  xbtoi.. Ni  nak habaq bagi..  Ikhlaskn ... Bulatkan niat kerana Allah baru lah hati hg senng nk trima ayat2 tu.. Kak hg bg 1000 cara pun kalo niat x btol hg sush nk ingt..

Ok peringatan kita bersama..

Niat kna betui.. Salah niat kita Ruuuuuugiiiii

Sekian.. Terima kasihh

Apa erti sebuah persahabatan

Friday, 16 January 2015

Asalmmualaikum dan salam sejahtera

Apa ni nilai persahabatan pada anda?

A : jom kita bentuk grup whatsaap wei boleh kita sembang2 .. Terasa dekat je walaupun kita terpisah oleh benua..
Mulalah wujud grup "skpa o6, gurlz hot, motorkit n so on.."
Then 1 day Ada yg left.. Da semua ahli ada tnda soal di kepala masing2..
Gossip pm plak sesama ahli.. Nk rungkai tanda soal tadi ni...
Ok now  F got answer..which actuallyberlaku slh faham  antara  G dengan H kerana isu kecil...( nti aku listkn definisi aku ttg isu kecil"

Conlusion.. Apakah nilai persahabatan sebenar boleh diukur dengan hanya isu2 kecil atau
adakah hgpa rasa bila hgpa x puas hati kat seseorang tu hgpa left grup n join or build another grup may solve the problem.. Or
May be u think by eliminate "that person" all of u may be happy n juz ignore "that person" in reality..

Ps.. Masa kamcing ni nk habaq hang tu lah kawan donia akhirat hg.. Tapi bila  ada isu2 yg timbul hgpa mula nk buat tindakan2 diatas..

Rapuhnya nilai persahabatan.. Baru di uji hgpa da eliminate kwn hgpa.. Uhhhh sungguh x adil.. As a fren ifffffff hgpa rasa tindakan dia tu masih boleh ditarik ke jalan yg betul tarik lah.. Kata sahabat sejati donia akhirat.. Takkan donia hgpa nk suka sama2 kat akhirat esok hgpa nk syurga sorg2?

Pada aku.. Whatsapp grup kwan2 ada bgusnya sbb kalo hg nk kabo sesuatu mende xperlu nk text 125 org sahabat hg tu.. Only with 1 mcj all of ur frens may get the info.. But.... Gunakan teknologi dengan akal n hati.. Jgn ikut emosi..

Oo apa isu2 kecil yg aku nk definisikn tu..

For me
Isu kecil adalah sesuatu yg x mengganggu gugat iman aku n akal aku..
Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang  menjaga aib saudaranya..

Ya. Kita ada hati n perasaan ada rasa bnci n suka.. Ckuplah hgpa da left grup tp in reality hgpa tegur sapa lagi kwn hgpa tu kn manis gitewww...

Ok lah kalo hgpa kata suka hati lah kalo sy da x suka dia .. Geli saya tgk die tu... Nk mual je..
( hamboi benci sungguh)
For those muslim u know kita xboleh putuskn tali persaudaraan kita..
U juz withdraw n tgur bila perlu shaja..
X boleh juga.?
Stand in front of mirror make sure the mirrow can reflex u head to toe.. Then ask urself.. Do i a good muslim ? If i A good muslim i can forgive him/her.. Becoz everyday lps solat hgpa duk doa " ya Allah ampunkn aku.. Ibu bapaku"...

For those non muslim.. I believe .. U believe on rewards jika berkelakuan baik.. No religion in this world ask to be bad person.. So xrugi maafkn orang.. Hgpa xkn sakit hati.. Jus lepaskan je semua kebencian.

Betul.. Lagi bnyak anda membenci lagi bnyak penyakit.. Lama2 hati jadi hitam like liver cirrhosis.. Dont dont dont

Sooooo.. Apa nilai persahabatan pada anda?

PosLaju Kiosk Bertam...

Assalmmualaikum dan salam sejahtera..

Pengumuman ringkas,

Untuk penduduk bertam , kepala batas atau kawasan2 yg sewaktu dgnnya..
Jika anda rasa nk mudah menggunakan perkhidmatan pos laju , di sini saya ingin promote perkhidmatan pos laju yang disediakan di kiosk bertam..

Buka sehingga jam 7 malam..

Sampul dan kotak trut di jual..

Harga masih sama seperti di pejabat pos..

Tempoh penghantaran sama seperti pos laju di kepala batas sebb pos laju kepala batas jugak yang ambil barang ni..

Tiada beza dengan perkhidmatan pos laju di kepala batas..

Cuma kelebihannya:
Tidak perlu risaukan kesesakan lalu lintas
Tidak perlu risau q yang pjg..

Dimana tempatnya?
Sila lihat gambar di bawah ye..

P/s.: iklan ni tak dibayar sy promote sebb saya puas hati dengan perkhidmatan pos lajunya

Ingt pos laju sahaja... Bukn untuk urusan lain ye..

Pastikan awak keluar!

Thursday, 15 January 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni saya hanya mengemas semua novel yang da lama terbiar x tersusun kemas.. ( actually hajat hati nk letak dalam kotak siap2.. Incas nk move out sonang keje mak cik) hehe

Then kekhusyukan mengemas terhenti tiba2 apabila aku terjumpa sesuatu yg bisa buat air mata ku ini mengalir.. Senyuman tetap mampu ku ukir.. Kerana ini adalah titisan air mata syukur...

Syukur Pada Mu Ya Rabb... Indahnya perancangan..

Aku memang suka kumpul kad- kad  dari majalah kartun.. Suami aku adalah peminat majalah gempak yang tegar ..

Aku masih ingt kata2 semangat dari beliau dulu

" sayang pastikan awak buka mata cepat2 lepas operation kalo awak nk kad buku gempak.. Dan pastikan semangat awak kuat supaya boleh cepat sihat n balik, once awak dapat balik baru saya bagi awak kad ok.. "

Actually bukan kad itu sahaja yang special tapi kata2 belakang kad tu yg aku nk sgt tau ...

Alhamdulillah setiap operation aku kuat.. Kekuatan pinjaman Ilahi.. Dan aku dapat 6 kad untuk ketiga2 operation aku dulu..

Warghhh skg aku baca  ayat belakang kad pun aku nangis lagi.. Same feeling like 2013..

Alhamdulillahhh

Interviewwww.....

Thursday, 1 January 2015

Assalmmualaikum dan salam sejahtera...

Cuti semmmmm!!! Heee

Pengisian dengan

-membaca novellll
- buat felt craftt..
- interview.. Kih2... Ceq maluuu

Ok x dak lah interview apa pun.. Just sharing experience before n after Bt.. But ni pengalaman berharga buat aku...

Sedikit sebanyak ni boleh jadi pembakar semngat buat insan2 senasib...

Terus terang aku x bangga.. Tapi aku bersyukur aku dipilih melalui ujian ni...

Ni sedikit sebnyak gambr sepanjang rakaman...

Last but not least... Thanks  a lot to..
-Irene atas kata semngat yang awak selalu bagi
- team respiratory taiping.. HUSM... penang.. Serdang.. Atas rawatan yang diberikan
- many2 thanks to team respiratory serdang for BT...
- thanks USM for financial support...
- suami.. N family n kwn2 terima kasih menjaga saya n memahami karenah pengguna steroid ni.. Huuu luv u olls till jannah