DAGING MASAK SOS TIRAM

Wednesday 31 July 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam Nani tak tau nak masak apa untuk berbuka.. Suami tinggal  kat Teluk Intan, kawan serumah kerja shif petang balik pukuln9 mlm nanti.. jawapnya berbuka sorang2 ler...

Dalam duk memikir nak masak apa tu Nani keluarkan daging dari peti ais  terus terasa nak masak  daging masak sos tiram.. simple je resepinya.. cubalah anda pasti takkan kecewa hehe ( confident je kononnya)
Ok bahan2

1.. watak hero: daging ( bergantung korang nak masak berapa ramai nak makan... ) Nani mkn sorng jadi masak sikit je..
2.. Sos tiram dlm3 sudu besar (depends on daging... jgn byk nanti masin)
3. Bawang merah kecil 2 biji dihiris
4. Bawang besar potong bulat2 untuk hiasan
5. Cili merah potong ikut kreativiti untuk hiasan.
6. Air 1/4 cawan.. nak bg dahing lembut
7. Lada hitam yang ditumbuk halusssss sikit je.. nak senang guna serbuk lada hitam yang ada dijual dikedai2
8. Minyak masak 2 sudu besar
9. Kicap 2 sudu kecil

Cara2
1. Panaskan minyak..
2. Tumiskan bawang merah kecil sampai naik bau..
3. Masukkan daging..
4. Masuk sos tiram..
5. Masuk air untuk bagi ada kuah sikit dan lembutkan daging.
6. Tabur lada hitam sikit...
7. Masuk kicap..
8. Bila daging da lembut masukkan bawang besar n cili
9. Then tutup api n hidang....
Tara.... siap da...

Maaf ye tak dapat upload gambar sebab tab probs.. hu2

Selamat mencuba...

Sekian , Syurga Firdaus Kegembiraanku...

TODAY IS EXPIRED DATE...

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

KRINGGG, KRINGGG!  Nani tengok ler HP sapa yang call petang2 ni... lepas tu nani tersengih sorang2 sebab yang call tu suami Nani... Dalam hati terdetik 'mesti rindu aku ni' hikhik hik

Nani   : Assalammualaikum abang.
Suami : Waalaikumsalam, sayang  kalau abang tak salah hari ni lesen sayang mati kan?
Nani   : Eh, ye ke abang? tak pasti.. nanti sayang check balik..
Suami : Ye lah sayang check dulu k.. kalau da expired esok pergi buat tau... ok lah sayang hati - hati balik kerja nanti apa2 mesej abang ok.. nanti malam abang call lagi.. Assalammualaikum
Nani  : Waalaikumsalam, baik abang, ok abang pun baik2 kerja tu ok.. Bye..

Hahaha tak sebut rindu pun sekali mau peringatkan lesen da mati.. Sekali betul daaa lesen da expired.... Alhamdulillah suami ingatkan, kalau tak melayang ler duit kalau kena saman... hahahaha

Sekian 

Syurga Firdaus Kegembiraanku

NIKMAT MANA YANG INGIN AKU DUSTAKAN

Wednesday 24 July 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN...

Semalam Nani dapat chat dengan 1st patient yang buat BT (BRONCHO THERMALPLASTY) mcm Yang Nani buat tu...  Nice to know her.. at least Nani tau Nani tidak berseorangan.. masih ada insan turut marasai apa yang Nani rasa... Rasa yang tak terungkap bila kita berkongsi pengalaman dengan insan lain yang alaminya juga...

Bila direnung betul kata adik lina tu.. BT bagaikan peluang kedua... Nani duk sorang2 kat rumah semalam dan berfikir sejenak... terlalu banyak Allah mudahkan hidup Nani.. betul kata orang apa sahaja keputusan hidup yang kita ambil hari ni menentukan perjalanan hari esok..

Nani anak ke3 dari 7 orang adik beradik.. kehidupan keluarga kami sederhana.. mempunyai seorang ibu yang sangat cekal dan tabah.. tanpa mak Nani mungkin  takkan jadi kuat macam yang kwn2 selalu cakap...

Daripada umur 14 tahun Nani disahkan menghidap asma dan menggunakan ubat inhaler.. padahal masa sekolah rendah Nani aktif main bola baling bola jaring dan macam2 benda lagi.. hidup Nani mula berubah sejak tingkatan 2. Asyik muka Nani je masuk bilik sakit kat sekolah tu. Kehadiran ke sekolah memang terjejas .. sampaikan masa PMR dan SPM pun dapat asthma attack masa periksa.. tapi ALHAMDULILLAH dapat juga buat mak senyum dengan keputusan periksa..

Then Nani dapat tawaran Matriks aliran sains dan Asasi undang2 di UITM... Nani terpaksa tolak atas sebab2 tertentu.. dan Nani pilih belajar Diploma Kejururawatan di KUIS ..  ni lah keputusan paling besar dalam hidup Nani yang telah merubah segalanya...

Ternyata pilihan untuk tolak IPTA dan memilih untuk belajar di IPTS mempunyai hikmah yang cukup besar...  Permulaan Nani belajar dulu menggunakan PTPTN.. ketika di Sem2  USM telah datang di kolej Nani  buat temuduga untuk BIASISWA... Alhamdulillah rezeki Nani  USM telah taja bukan hanya baki semester tapi USM telah taja dari sem 1 yang Nani guna PTPTN tu.... SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH ... ALLAHUAKBAR!

Rezeki Nani terus kerja dengan USM dan ALHAMDULILLAH USM juga yang tanggung kos pembedahan Nani... sebanyak Rm 27,ooo.. Mungkin andai Nani di institusi lain Nani da di buang kerja... 4x intubated di ICU bukan pengalaman manis bagi Nani... MALU ... SAKIT.. itu yang Nani rasakan ... ye lah  Nani malu setiap kali habis shif malam confirm muka Nani ada di kecemasan ambil nebulizer... SAKIT bila jarum di cucuk di merata tubuh kita.. meskipun nani seorang jururawat  nani tetap tak boleh lari .. ini semua lumrah kehidupan..

Saat doktor cakap Nani tiada harapan untuk sihat dan terpaksa buat light duty... SEDIH!
KECEWA!  Sebab Nani sayangkan kerja Nani... Nani nak tolong ramai lagi pesakit kanser..
Didikan mak, semangat mak dan semangat yang Nani pinjam daripada bekas2 pesakit yang Nani jaga dulu banyak bantu Nani jadi manusia yang kuat dan tabah... 

Alhamdulillah masih ada sinar untuk Nani... akhirnya Nani end up dengan menjalani BT.. Yup diakui air mata tak berhenti mengalir dan harapan Nani masih tetap ada untuk hidup sihat... terlalu banyak Nikmat yang Allah bagi pada Nani...

Saat Nani rasa sunyi , Allah kurniakan Nani seorang suami untuk menemani perjuangan Nani... LALU NIKMAT ALLAH YANG MANA SATU INGIN NANI DUSTAKAN INGIN NANI TIDAKKAN?  TIADA SAMA SEKALI , SEMUA YANG BERLAKU ADALAH ATURANNYA ... SYUKUR YA RABB...

Brekkkkkk, PULAS STERENG!

Tuesday 23 July 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hai! Apa khabar semua? Bagaimana dengan perjalanan Ramadhan kalian? Adakah dimanfaatkan? Adakah telah disia2kan? Opss... jgn bagi jawapan di sini... tapi jawablah pada hati anda sendiri.... andai telah dimanfaatkan... ALHAMDULILLAH SYUKUR.... TAHNIAH BUAT DIRI ANDA... tapi... andai telah disia2kan... opss tekan brek... dan pulas stereng cepat! Masih belum terlambat anda nak  memanfaatkan Ramadhan...

Apa? Anda tak tahu nak buat apa?  Guys, wake up.... kebaikan sebesar biji sawi pun dikira tau pahalanya.. malah pahalanya mungkin lebih besar dari biji sawi tu...

1) Zikir...... yg ni senang je sambil mengadap FB pun boleh buat kn?

2) Baca Al- Quran.. ingat pahalanya bukan untuk 1 ayat tapi every single words tau.... Walaupun ngaji menggunakan Ipad berwudhuk jugak tau... memang tak berdosa mengaji takde wudhuk tapi tak beradab ler dgn Al quran bila mengaji tak berwudhuk

3) Sedekah... time hgpa pi masjid cer rerajin buh rm1  -rm2 dalam tabung tu... untung tau.. sbb kot2 depa guna duit tu besaqkan masjid tahun depan kita pun dapat pahala gak...

4) solat.. haaaa yg ni yg WAJIB buat... rasa mcm puasa tu sia2 je bila kita sibuk duk kejar yg sunat tp yg WAJIB tak dibuat...

5) Jaga Aurat... yg ni hgpa tau norh.. tak payah explain la norh? 

* kawan2 jangan disia2kan Ramadhan ini kerana belum pasti kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang.. jadikan Ramadhan ini starting point untuk kita berubah... ingat.. TERUS TEKAN BREK DAN PULAS STERENG.... doakan saya juga ya.... SALAM  RAMADHAN

BERAKHIRNYA PENANTIAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

18/7/2013:  hari pembedahan Nani yang terakhir.... juga bermakna berakhir la juga penantian Nani... jujur cakap penat sangat nak ulang alik penang ke Selangor. Then in between every operation tu bila sihat Nani kerja dan bila Nani tak sihat doctor bagi mc.. kiranya seingt Nani  dalam tempoh ni Nani baru kerja 6 hari...

Bila mc lama tu Nani  rehat di rumah mak di Taiping atau rumah mak mertua di Teluk intan...  apa2 pun Nani bersyukur sangatt sebab akhirnya semuanya da berakhir.. sekarang ni Nani teruskan follow up dengan Hospital Kepala Batas..

After 3 session yang last ni la paling Nani rasa teruk sangat...  sebab asthma attack makin kerap n post extubate ari tu tekak nani luka teruk... jd  kena la makan bubur kanji n air sejuk2... Alhmdulillah masih dapat mkn kn?...

But now i feel much better... dan semangat gila nak pergi kerja... da lama sangat tak kerja... hehe...

Doctor kata bukan bermaksud pembedahan ni awak akan sihat sepenuhnya tapi insyaAllah  kualiti hidup Nani akan dapat ditingkatkan... Nani faham tu jadi sekarang nak kena jaga diri baik2 sehingga betul2 baik ...

Last but not least,  berjuta2 terima kasih kepada semua :
- ahli keluarga , saudara mara, suami, FAMILY KAMY
- kakitangan IPPT  dan USM,
- kwn2 sekerja...
- kwn2 serumah...
- kakitangan wad 8b hospital serdang
-  respiratory team of Hospital Serdang  ... Dr Jamalul n the gang
- respiratory team of Hospital Kepala Batas especially Dr Kumaresh

DOAKAN NANI TERUS SIHAT YE SEMUA... salam ramadhan

WASIAT RASULULLAH SAW ( PART2)

Tuesday 16 July 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
ENTRI ini sebagai perkongsian ilmu dan peringatan bersama...
RASULULLAH SAW BERSABDA.. " Allah menciptakan Malaikat di bawah Arasy. Malaikat tersebut bertasbih dalam seluruh bahasa. Apabila pada malam jumaat Allah memerintahkannya untuk turun dari langit ke bumi dan melihat penduduk bumi sambil berkata:
" WAHAI ANAK2 YANG BERUMUR 20 TAHUN, janganlah kalian terpedaya oleh tipuan dunia,"
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 30 TAHUN, carilah rezeki Allah dan pergunakanlah akalmu."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 40 TAHUN, berbuatlah baik dan berusahalah  dengan bersungguh-sungguh."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 50 TAHUN, tidak ada lagi uzur bagimu."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 60 TAHUN, apa yang telah engkau siapkan untuk bekal akhiratmu,"
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 70 TAHUN, sudah dekat waktu panen bagi orang yang menanam tanaman."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 80 TAHUN, Taatilah Allah di bumiNya"
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 90 TAHUN, telah tiba waktunya untuk sampai pada akhir perjalanan maka persiapkanlah bekal."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 100 TAHUN, Hari Kiamat telah datang kepadamu, tetapi kamu tidak menyedarinya,"
Kemudian Malaikat itu berkata, " kalaulah bukan kerana orang tua yang rukuk, para pemuda yang khusyuk , dan anak2 kecil yang sedang menyusu ibunya, pasti azab telah ditimpakan pada kalian sekeras- kerasnya."
Sekian.. Syurga Firdaus KegembiraanKu....

WASIAT RASLULLAH S.A.W (part1)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri kali ni cuma Nani nk kongsikan sikit pembacaan Nani petang ni... Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya...

Sabda RASULULLAH S.A.W
" Ada 6 perkara baik tetapi 6 perkara lainnya lebih baik daripadanya"

1) Keadilan itu baik TETAPI keadilan yang dijlnkan oleh seorang pemimpin itu lebih baik.

2) Sabar itu baik TETAPI sabar yang dilakukan oleh orang fakir itu lebih baik.

3)  Wara ( sifat hati2 dalam agama) itu baik TETAPI wara yang dilakukan oleh seorang ulama itu lebih baik.

4) Sifat dermawan itu baik TETAPI kedermawanan yang dilakukan oleh orang kaya itu lebih baik.

5) Taubat itu baik TETAPI taubat yang dilakukan oleh seorang pemuda itu lebih baik.

6) Malu itu baik TETAPI malu yang disandang oleh seorang wanita itu lebih baik.

# ###########################################

1) Seorang pemimpin yang tidak adil seperti awan tanpa hujan.

2) Orang fakir yang tidak sabar seperti lampu yang tiada sinarnya.

3)  Seorang ulama yang tidak memiliki sifat wara seperti pohon yang tiada buahnya.

4) Orang kaya yang tidak dermawan seperti tanah yang gersang.

5) Pemuda yang tidak mahu bertaubat  seperti sungai yang tiada airnya.

6) Wanita yang tidak mempunyai sifat malu seperti masakan yang tiada garamnya.

***** Sekian.... Syurga Firdaus Kegembiraanku...

Catatan 16/7/2013

Monday 15 July 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Pejam celik pejam celik da sampai da untuk operation yg ketiga a.k.a yg terakhir... juga masih di wd yang sama, katil yang sama dn juga Hospital yang sama..

Teringat Nani mula2 datang untuk yang pertama dulu takut sangatttt menangis tak berhenti... Alhamdulillah ramai yang support masa tu...
Masa tu 27/5/2013....

Hari ni 16/7/2013...nani datang lagi untuk buat operation yang sama... harpnya lancar seperti dua2 prosedur sebelum ni.. doakan ok...

Cuma Nani masih takut setiap kali dibawa ke dewan bedah... tipu lah tak takut... Nani takut ditidurkan dan tak bangun2 hehe sume orang kalau disituasi Nani akan fikirkan perkara yang sama... tapi sume tu Allah yg tentukan kita hanya perlu berusaha selagi mampu dan jangan mudah menyerah dan putus asa... kita kena sentiasa tanamkan dalam diri kita Allah sayangkan kita sebab tu kita di uji ...

Mungkin kadang2 kita lalai dan adakalanya kita melupakan Dia... jadi bila kita diuji kita pasti akan ingat pada Dia... Allah rindu nak mendengar rintihan hambaNya... mudah-mudahan sakit kita menjadi kifarah dosa2 kita...

Ok lah, doctor datang nk cek.... hee jumpa lagi.. sekian

#coretan Nani...

Saat hati hiba
Saat hati berduka
Saat hati gelisah
Saat hati gundah gulana

Tenangkan hati dengan zikrullah
Bajai hati dengan Kalamullah
Teruslah berpegang utuh pada tali Allah

Kekuatan tidak hadir bila kita tunduk terus menyerah
Sebaliknya kekuatan semakin kukuh bila kita berdiri, bangkit dan terus melangkah..

Sekian, Syurga Firdaus Kegembiraanku....

Catatan di 6 ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera

15/7/2013:
Nani da memulakan perjlanan ke Nilai,Negeri Sembilan.. Stay dirumah mak sedara Nani sebelum masuk wad esok pagi....

Sahur tadi Nani da start makan ubat yang Doc bagi.. 50mg tab prednisolone... GRRRR pahitnyeeee... ada lagi 2 ari untuk makan ubat .... Excuse me, misi pun manusia yg ada deria rasa..

Hati nani tengah tak sedap ni tak taulah kurang bahan apa... apa2 pun terima kasih kepada insan2 yg tak jemu bagi kata semangat pada Nani..

Pengalaman  awal Ramadhan ni amat2 Nani hargai...
1.... dapat gak sahur n buka puasa dgn mak n adik2
2....  berpeluang sambut Ramadhan dengan suami, mak mertua, adik2 ipor n  opah
3....  nak tau tak... bez sgt nani dapat tolong suami n mak mrtua n adik2 ipor meniaga roti jala kat bazar Ramadhan...

# to all penduduk Teluk Intan yang berdekatan Kampung Bahagia jemput2 ler singgah gerai ROTI JALA SUMBER REZEKI TAMAN CECILY... gerainya dibelakang .. ROTI JALA YANG DIJUAL 4=RM1... kuahnya DURIAN N KARI...   nak tempah pun boleh gak...

Kepada pelanggan2 yg da merasa roti jala sumber rezeki.. jutaan terima kasih atas sokongan dan kesabaran kalian .. harap kalian tak jemu dgn roti jala sumber rezeki ok? Sokongan anda da berjaya menaikkan semangat staf2 di SUMBER REZEKI UNTUK MENINGKATKAN PENGHASILAN ROTI JALA SEIRING DGN PETMINTAAN ANDA.. bermula dengan 9kg, 10kg, 11kg, n kini 14kg / hari... Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi....

Ish da berceloteh pun hati masih gundah gulana mungkin berdebar kot sebab ni prosedur terakhir ..... DOAKAN nani ye....

Salam Ramadhan....          SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU

Esok puasa...

Monday 8 July 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Ramadhan menjelang lagi.....! Tak sabar rasanya nak sambut Ramadhan.... sebab tahun ni berbeza dengan tahun2 sebelum ni ... nak tahu kenapa?

Ok, tahun ni berpuasa

 1) sebagai isteri kepada seorang suami yang sangat sabar..Mohamad Azrul...
2) my last operation will be on the day 9 of Ramadhan..insyaAllah hope kali ni bjln lancar                     seperti sebelumnya...
3) tahun ni kena masak sendiri sebab tahun2 sebelum ni Nani  asyik berbuka di wad.. maklum ler masa tu bujang duk pulak  negeri orang nun jauh di sana jadi wajiblah kerja shif ptg... 
4) nani merasa berbuka / bersahur di banyak rumah.. rumah  Nani sekarang ni ada di      teluk intan (rumah mak mertua),   taiping (rumah bondaku) , penang (rumah sewa)

Ok kawan2 selamat meunaikan ibadah puasa... ingat ye puasa bukan bebanan tapi adalah rawatan terapi untuk merawat fizikal dan rohani kita..

Dalam setahun ni macam2 yang kita makan ... tak berhenti2 organ kita duk buat kerja... jangan tak tau... bukan perut je bekerja ye bila kita makan tapi semua organ terlibat. Ye r cuba byang...

Mulut kunyah mknn , lalu kat esophagus. Masuk kat perut.. organ lain tlg rembeskan enzim untuk kecilkan n cernakan makann kita... semua yang da dikecilkan tu dibawak pulak oleh salur darah pi slruh tubuh sbg  untuk digunakan anggota bdan kita .. n all this system dikawal atur oleh otak..... ( faham tak.? Maaf ler berrrteterabur nota Nani bagi ni...)

Jadi di Bulan Ramadhan ni ler kita nak servis balik semua sytem badan kita.. ok... n bulan Ramdahan ni digalakkan kita melakukan banyak AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR tampung balik yang mana terkurang....

InsyaAllah diharap tempoh sebulan ni dapat mentarbiahkan kita bersama....
Salam Ramadhan...