KEKUATANKU

Tuesday 19 February 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci” [Riwayat atTirmizi]

Entri ini sekadar perkongsian bersama anggaplah ini hanya coretan dari seorang insan yang memerlukan kekuatan . Jangan ditanya mengapa , jangan dipersoalkan apa-apa cukup hanya sepotong doa untuk menguatkan hati ini.

Masa zaman sekolah dulu, Ustaz dan Ustazah selalu cakap, hidup, mati, dan hari Akhirat adalah RAHSIA ALLAH..  Semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz. 

 Surah Al Hadid, Ayat 22
'Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

Ustaz dan ustazah pun selalu cakap kalau kita tahu bila kita akan meninggal dunia mesti masa tu baru kita nak taubat.. Sedangkan kita dijadikan di muka bumi ni sebagai Khalifah Allah untuk kita beribadah kepadaNya. Andai kita tahu bila kita akan pergi mesti semua berlumba-lumba nak buat kebaikan.


Dulu aku selalu terbayang macam mana  perasaan seorang yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.. aku pun selalu tertanya apa perasaan pesakit aku bila nak get ready untuk melakukan pembedahan. yup, tugas aku sebagai jururawat nampak macam mudah, kerja 7 jam gaji tinggi macam lepasan guru yang berijazah . Hakikatnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul amat berat.. kami bukan sahaja menjaga pesakit tetapi juga nyawanya, rohani dan jasmaninya.. Auratnya, solatnya serba serbi kami perlu ingatkan. kerana mereka berada di bawah jagaan kami.



Aku  cukup takut saat kecemasan bila tiba2 pesakit berhenti bernafas dan kami terpaksa melakukan CPR, masukkan Tiub untuk buka salur pernafasan pesakit.. semua tu mngerikan aku.. tapi kerana tugas aku terpaksa.. ini semua demi kebaikannya..



Aku sayangkan tugas aku, pada aku tugas jururawat tu terlalu mulia sebab kita dapat membantu orang dari semua aspek kehidupan. Tugas ni akan bertambah menarik bila kita dapat membina hubungan yang baik dengan pesakit dan keluarga mereka bagaikan keluarga sendiri secara tak langsung sayangku pada ahli keluargaku semakin bertambah.. aku semakin menghargai jasa ibu dan ayahku.. betapa besarnya impak tugasku pada kehidupanku..



Namun benar seperti apa yang dikata, langit tidak selalunya cerah,  dalam keseronokan aku dengan kerjaku pada May 2011 untuk pertama kalinya aku dimasukkan ke ICU dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Aku ditidurkan. Pada saat tu, aku di Kelantan dan keluargaku di Perak. Saat sedarku kawan-kawanku dikelilingku, mereka meniupkan kata semangat kepadaku  dan hanya minta aku berehat. Aku keliru dengan apa yang berlaku mungkin kerana kesan ubat menyebabkan aku tidak dapat ingat apa-apa.

Keluargaku dan saudara maraku datang ke Kelantan selepas mendapat panggilan kecemasan dari Hospital. Besarnya pengorbanan mereka.
hampir 2 minggu aku ditahan di wad dan dalam tempoh tu 2x aku dimasukkan ke ICU. dalam tempoh aku di wadkan tu juga adik lelakiku yang muda setahun dari aku menjaga aku, bukan mak tak nak jaga tapi sebab kesihatan mak tak mengizinkan lagipun aku akan lebih sedih kalau mak yang jaga aku. terlalu besar pengorbanan adik lelakiku itu, kerana terlalu banyak cuti jaga aku dia diberhentikan kerja. ( Semoga Allah kurnikan kebaikan buat adikku)


Bermula dari saat tu bermula detik kehidupan aku dihospital . ICU bagaikan rumah kedua aku.  Disebabkan masalah kesihatan, permohonan aku untuk berpindah ke cawangan Pulau Pinang diluluskan dan aku semakin dekat dengan keluargaku. Semangat aku untuk teruskan hidup semakin luntur. jika dulu aku beri kata semangat  kepada pesakitku untuk teruskan hidup tapi kini aku yang ingin mengundur. Aku rasa hidup aku bagaikan sudah tiada makna. Hampir setiap hari air mata  jadi peneman. hampir setiap hari aku ualang alik ke hospital dan setaip kali itu aku kena cucuk , sakit dan traumanye aku hanya Allah yang tahu. Penat sangat nak makan ubat setiap hari, jemu!



Alhamdulillah Allah bagi aku support system yang kuat, aku ada Allah, mak, kakak2 dan adik2.. Allah juga kurniakan aku sahabat yang baik.. 



SYUKUR PADA MU YA ALLAH KERANA MENGIRIMKAN INSAN-INSAN MULIA INI PADAKU...



Setelah 4x kali aku keluar masuk ICU dan setelah pelbagai ubat yang diberi akhirnya Doktor memberikan aku 2 pilihan yang terakhir..

PEMBEDAHAN / CUCUK UBAT SELAMA2NYA.. Dan pastinya kedua2 pilihan ni melibatkan kos yang besar.
 saat aku di beritakan hal ni. airmata aku tumpah lagi.. mak aku menangis.. kawan serumah aku menangis . saat ini, aku buntu. Ikatan pertunangan yang baru diIkat tak sampai sebulan hampir aku putuskan. Mood kerja hilang entah kemana.. aku tak  sanggup nak balik kampung pandang muka mak dan adik2. SEDIH! SAKIT! PERIT!


Setelah beberapa minggu baru aku dapat fikir dengan tenang dan jernih.. kata2 semangat dari ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat2 dan tunangku banyak membantu aku .. 



mak dan adik beradik tak putus2 doakan aku dan bagi kata semangat, rakan sekerja aku sanggup daftarkan aku kat GYM  diorang cakap.. kalau nanti doktor nak operation kau tunjuk kau  boleh lari  mesti doktor tak jadi bedah sebab paru2 kau da ok  haha  , Tunang aku always said.. Ingat Allah berkuasa atas segalanya semuanya Allah yang tentukan  InsyaAllah Allah  akan bagi yang terbaik..

  ALWAYS PUT TRUST ON ALLAH! 
sahabat2 aku sentiasa ada untuk happykan aku.. pendek kata aku rasa bertuah dikurniakan mereka... ALHAMDULILLAH..


Akhirnya aku terpaksa jualkan motor kesayangan aku ( gila tak sayang! harta pertama yang aku ada.. sudah habis bayar pula tu) tak pe lah kot2 ade rezeki nanti aku beli motor NAZA BLADE pulak kn? hehe.. yang penting kesihatan aku.. duit hasil jual motor tu boleh buat back up money sepanjang aku nak kena berulang alik dari penang ke selangor untuk rawatan... 



Aku percaya , 'ALLAH bagi kesakitan pada aku hari ini sebab ALLAH nak tunjuk kat aku kasih sayang orang2 yang ada disekeliling aku'..



'SEMOGA AKU TERUS KUAT... SEMOGA BERJAYA UNTUK AKU!'


* also thanks to  kevin zahri.com kisah2 dalam tu banyak bantu aku..


my family..

my mum , my sis n bro... luv u alls

at Pantai Irama Bachok

nizam kembar si najib with kimi

najib kembar sinizam...  yg rajin jaga aku

luv u my adeks beradekss

thanks to my bro

syukran.. en Azrul
maaf senget ye.. hehe... syang korang walau korang senget macm mne pun hehe

student time.. 

my housemate... thanks tau selalu tlg jaga aku mlm2 bila aku semput.. wink

housemate lagi

Ainulfadila: thanks still bg kata semngat even melalui viber.. really appreciate

BE POSITIVE..

Wednesday 13 February 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ini  adalah sekadar untuk perkongsian dan renungan sahaja tentang sikap manusia. saya pun manusia juga dan adakalanya kita terkhilaf.. minggu lepas saya ada menonton rancangan SELAMI JIWA.. Hosnya Dato'Dr Fadzilah Kamsah dan tetamunya Anne Ngasri dan Prof Dr Muhaya... tajuknya tentang "Kahwin Muda"

 Saya tertarik dengan kata2 Prof Muhaya.. kita perlu sentiasa POSITIF!..

Berdasarkan pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam bidang perubatan .. ada betulnya...

'PEMIKIRAN YANG POSITIF AKAN MEMPENGARUHI SELURUH DIRI KITA DARI ASPEK ROHANI DAN JASMANI'

Sebagai contoh.. bayangkan apabila kita sakit , kita mengeluh.. impuls akan dihantar ke otak kita dan di otak/minda kita akan setkan yang kita ni sakit  tak boleh nak wat apa... dan otak akan hantar maklumat ke anggota badan.. rehat je lah.. dan keadaan ini akan menyebabkan kita abaikan solat.. hah.. nmpak tak mcm mana rohani dan jasmani kita terjejas bila kita dalam Mood NEGATIF...

 Tapi berbeza bila kita terima sakit kita dengan redha atau apa sahaja ujian yang diberikan kepada kita kita terima dengan Minda  dan pemikiran yang POSITIF...
contohnya bila sakit kita terima dan muhasabah diri kita, impuls akan dihantar ke otak dan otak akan set sebagai ujian Allah, impuls dihantar ke anggota badan untuk bangun bersolat, mengaji dan berdoa.. hah nampak  tak? betapa besarnya  pengaruh Mood POSITIF

KATA KUNCINYA : 

BE POSITIVE... Pandanglah setiap apa yang berlaku dengan positif... kuatkan lah semangat kita dengan sentiasa positif... belajarlah memuhasabah diri.. JANGAN  jadi LEMAH.. kerana Umat Rasulullah adalah umat yang hebat! 
kita mampu untuk berubah.. jangan ditunggu hingga esok.. lakukannya hari ini, jangan ditunggu hari tua, kerana esok itu belum pasti ada..


ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ ذَرﱟ ﺟُﻨْﺪُبِ ﺑْﻦِ ﺟُﻨَﺎدَةَ وَأَﺑِﻲ ﻋَﺒْﺪِ اﻟﺮﱠﺡْﻤَﻦ ﻣُﻌَﺎذِ ﺑْﻦِ ﺟَﺒَﻞٍ رَﺿِﻲَ اﷲ ﻋَﻨْﻬُﻤَﺎ ﻋَﻦْ رَﺳُﻮْلِ اﷲ ﺻَﻠﱠﻰ اﷲ ﻋَﻠَﻴْﻪِ وَﺳَﻠﱠﻢﻗَﺎلَ: اﺗﱠﻖِ اﷲ ﺡَﻴْﺜُﻤَﺎآُﻨْﺖَ، وَأَﺗْﺒِﻊِ اﻟﺴﱠﻴﱢﺌَﺔَ اﻟْﺤَﺴَﻨَﺔَ ﺗَﻤْﺤُﻬَﺎ 
 وَﺥَﺎﻟِﻖِ اﻟﻨﱠﺎسَﺑِﺨُﻠُﻖٍ ﺡَﺴَﻦٍ 

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: 
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan 
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan 
budi pekerti yang baik.

AARIZ: mari  pejamkan mata dan muhasabah diri kita...



MAK KITA....

Tuesday 12 February 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA......

Dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara seluruh manusia layak saya hormati dan menjadi sahabatku?" Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian siapa?’ Baginda berkata ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Ibumu’. Lelaki itu bertanya ‘ Kemudian?’. Baginda menjawab ‘Bapamu.' 
[HR Bukhari & Muslim] 

Entri kali ini nak sentuh pasal ibu.. sebab 1/2/2013 hari tu saya dan adik beradik sambut hari lahir ibu yang ke 49 tahun...
alhamdulillh sempat kami semua merasa lagi detik2 sambut hari lahir mak..

Bila tengok wajah mak mesti aku akan rasa sayu.. korang semua pun mesti macam tu jugakkn.?.  bila tgk wajah mak aku,  terlintas kat fikiran aku.. mcm mana  mak aku boleh besarkan 7 orang anak sedang sebelum ni mak aku kerja kat tempat Asuhan kanak2  gaji mase tu $350 je.. lps berhenti mengasuh mak aku kerja kilang pulak .. mase tu gaji dalam $800 je.. mane nak bayar duit rumah, perbelanjaan sekolah kami adik beradik yang jarak usia cuma selang 1- 2 tahun je.. fuh cabaran betul....

Aku ingat lagi. Mak aku pergi kerja dulu2 kayuh basikal je.. xpun jalan kaki.. kalau hari hujan pakai pulak baju hujan... sedih aku rase kalau ingat semua tu.. 
tapi alhamdulillah.. Allah sentiasa bagi kekuatan pada  insan yang bergelar ibu..

KEAJAIBAN SEORANG IBU

1) Awalnya bangun...
 Seorang ibu sanggup bangun awal2 pagi xpun anytime jer bangun nak gerak anak2 bangun... aku ingat lagi..   
dulu masa zaman aku sekolah dulu kalau nk bangun belajar dalam pukul 3 pagi mesti aku minta tolong mak aku gerakkan walaupun aku da kunci jam.. dan tabiat ni terbawa sampai mase aku mula2 kerja dulu.. masa tu aku bekerja di Kelantan.. hari ni aku kerja  petang habis dalam pukul 9pm tp sampai rumah pukul 11pm.. jadi nak xnak aku kena kol mak aku minta tolong gerakkan aku bangun pagi esok harinya sebab takut overslept, gilos.. da lah kerja pagi tiba2 kau nak datang lambat jawabnye... SILA KERJA DOUBLE SHIFT AND EXPLANATION LETTER PLEASE..........  hah tak pasal2 je nanti ... hu2... 


2)  Sanggup berLapar..

Tidak selalu kita akan hidup senang.. macam tu juga aku dulu2.. hidup 7 beradik  dengan pendapatan ibu aku yang cukup2 makan.. aku ingt lagi menu dulu2 nasi putih dan ikan masin pun da dikira sedap.. Alhamdulillah.. mak aku selalu cakap.. bersyukur rezeki kita masih ada.. ada orang lagi susah dari kita nak makan nasi pun tak dapat.. dan pernah suatu ketika kami hanya makan nasi tuang air letak garam dan gula.. (tapi sedap gak) hehe... mak aku suka bagi alasan da makan masa kami pergi sekolah katanya... tapi aku tahu mak aku tipu..  mak aku sanggup berlapar untuk kami.. sebab tu aku selalu ingt pesan mak..
" kalau sudah senang jangan pernah lupa macam mana kita susah dulu... jangan pernah lupa rumput yang kita pijak walau setinggi mana kita pergi"
"

3) Malu..

Tiada istilah malu bagi seorang ibu.. apatah lagi  apa yang dilakukannya itu halal dan untuk anak2nya.. mesti ada antara korang pernah alami situasi ini..

a) berhutang barang dapur kat kedai..
b) kutip botol/ tin kosong yang boleh pakai lagi
c) jemur ikan kering dan jual ikan kering ( kawasan rumah taman)
d) Pergi pekan ramai2 satu famili dengan berjalan kaki.. lepas tu anak2 berbaris.. yang sulung duk belakang sekali tgk adik2 .. pastikan adik2 dalam barisan.. ( da mcm itik pulang petang hehe)


Semua situasi ni aku pernah alami.. alhamdulillah bila aku kenang kembali semua saat ini dan aku bandingkan dengan kehidupan aku sekarang aku bersyukur sangat.. daripada erti kesusahan lah aku belajar untuk bangkit, untuk berjaya macam orang lain dan paling penting untuk menggembirakan hati ibu aku...
 mak pernah cakap :

' belajar betul2 jadi orang berguna, tanpa ilmu kita bukan sesiapa "

4) sakit..

Kunci Kekuatan seorang ibu adalah pada anak-anaknya.. 

 betul...  susah kita nak dengar mak kita mengeluh sakit...


CONCLUSIONNYA: Seorang ibu adalah SUPERMOM...


 they can change to a doctor when we got sick... 
they can be a chef when we want to eat anything...
 they will wipes our tears.. 
they will  lend their ears to listen to us..
 they can be everything for us...
 luv u mak....

we luvv u..
the small gift for u mom...

1/2 beradekkk