Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..
“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci” [Riwayat atTirmizi]
Entri ini sekadar perkongsian bersama anggaplah ini hanya coretan dari seorang insan yang memerlukan kekuatan . Jangan ditanya mengapa , jangan dipersoalkan apa-apa cukup hanya sepotong doa untuk menguatkan hati ini.
Masa zaman sekolah dulu, Ustaz dan Ustazah selalu cakap, hidup, mati, dan hari Akhirat adalah RAHSIA ALLAH.. Semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz.
Surah Al Hadid, Ayat 22
'Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'
Ustaz dan ustazah pun selalu cakap kalau kita tahu bila kita akan meninggal dunia mesti masa tu baru kita nak taubat.. Sedangkan kita dijadikan di muka bumi ni sebagai Khalifah Allah untuk kita beribadah kepadaNya. Andai kita tahu bila kita akan pergi mesti semua berlumba-lumba nak buat kebaikan.
Dulu aku selalu terbayang macam mana perasaan seorang yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.. aku pun selalu tertanya apa perasaan pesakit aku bila nak get ready untuk melakukan pembedahan. yup, tugas aku sebagai jururawat nampak macam mudah, kerja 7 jam gaji tinggi macam lepasan guru yang berijazah . Hakikatnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul amat berat.. kami bukan sahaja menjaga pesakit tetapi juga nyawanya, rohani dan jasmaninya.. Auratnya, solatnya serba serbi kami perlu ingatkan. kerana mereka berada di bawah jagaan kami.
Aku cukup takut saat kecemasan bila tiba2 pesakit berhenti bernafas dan kami terpaksa melakukan CPR, masukkan Tiub untuk buka salur pernafasan pesakit.. semua tu mngerikan aku.. tapi kerana tugas aku terpaksa.. ini semua demi kebaikannya..
Aku sayangkan tugas aku, pada aku tugas jururawat tu terlalu mulia sebab kita dapat membantu orang dari semua aspek kehidupan. Tugas ni akan bertambah menarik bila kita dapat membina hubungan yang baik dengan pesakit dan keluarga mereka bagaikan keluarga sendiri secara tak langsung sayangku pada ahli keluargaku semakin bertambah.. aku semakin menghargai jasa ibu dan ayahku.. betapa besarnya impak tugasku pada kehidupanku..
Namun benar seperti apa yang dikata, langit tidak selalunya cerah, dalam keseronokan aku dengan kerjaku pada May 2011 untuk pertama kalinya aku dimasukkan ke ICU dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Aku ditidurkan. Pada saat tu, aku di Kelantan dan keluargaku di Perak. Saat sedarku kawan-kawanku dikelilingku, mereka meniupkan kata semangat kepadaku dan hanya minta aku berehat. Aku keliru dengan apa yang berlaku mungkin kerana kesan ubat menyebabkan aku tidak dapat ingat apa-apa.
Keluargaku dan saudara maraku datang ke Kelantan selepas mendapat panggilan kecemasan dari Hospital. Besarnya pengorbanan mereka.
hampir 2 minggu aku ditahan di wad dan dalam tempoh tu 2x aku dimasukkan ke ICU. dalam tempoh aku di wadkan tu juga adik lelakiku yang muda setahun dari aku menjaga aku, bukan mak tak nak jaga tapi sebab kesihatan mak tak mengizinkan lagipun aku akan lebih sedih kalau mak yang jaga aku. terlalu besar pengorbanan adik lelakiku itu, kerana terlalu banyak cuti jaga aku dia diberhentikan kerja. ( Semoga Allah kurnikan kebaikan buat adikku)
Bermula dari saat tu bermula detik kehidupan aku dihospital . ICU bagaikan rumah kedua aku. Disebabkan masalah kesihatan, permohonan aku untuk berpindah ke cawangan Pulau Pinang diluluskan dan aku semakin dekat dengan keluargaku. Semangat aku untuk teruskan hidup semakin luntur. jika dulu aku beri kata semangat kepada pesakitku untuk teruskan hidup tapi kini aku yang ingin mengundur. Aku rasa hidup aku bagaikan sudah tiada makna. Hampir setiap hari air mata jadi peneman. hampir setiap hari aku ualang alik ke hospital dan setaip kali itu aku kena cucuk , sakit dan traumanye aku hanya Allah yang tahu. Penat sangat nak makan ubat setiap hari, jemu!
Alhamdulillah Allah bagi aku support system yang kuat, aku ada Allah, mak, kakak2 dan adik2.. Allah juga kurniakan aku sahabat yang baik..
SYUKUR PADA MU YA ALLAH KERANA MENGIRIMKAN INSAN-INSAN MULIA INI PADAKU...
Setelah 4x kali aku keluar masuk ICU dan setelah pelbagai ubat yang diberi akhirnya Doktor memberikan aku 2 pilihan yang terakhir..
PEMBEDAHAN / CUCUK UBAT SELAMA2NYA.. Dan pastinya kedua2 pilihan ni melibatkan kos yang besar.
saat aku di beritakan hal ni. airmata aku tumpah lagi.. mak aku menangis.. kawan serumah aku menangis . saat ini, aku buntu. Ikatan pertunangan yang baru diIkat tak sampai sebulan hampir aku putuskan. Mood kerja hilang entah kemana.. aku tak sanggup nak balik kampung pandang muka mak dan adik2. SEDIH! SAKIT! PERIT!
Setelah beberapa minggu baru aku dapat fikir dengan tenang dan jernih.. kata2 semangat dari ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat2 dan tunangku banyak membantu aku ..
mak dan adik beradik tak putus2 doakan aku dan bagi kata semangat, rakan sekerja aku sanggup daftarkan aku kat GYM diorang cakap.. kalau nanti doktor nak operation kau tunjuk kau boleh lari mesti doktor tak jadi bedah sebab paru2 kau da ok haha , Tunang aku always said.. Ingat Allah berkuasa atas segalanya semuanya Allah yang tentukan InsyaAllah Allah akan bagi yang terbaik..
ALWAYS PUT TRUST ON ALLAH!
sahabat2 aku sentiasa ada untuk happykan aku.. pendek kata aku rasa bertuah dikurniakan mereka... ALHAMDULILLAH..
Akhirnya aku terpaksa jualkan motor kesayangan aku ( gila tak sayang! harta pertama yang aku ada.. sudah habis bayar pula tu) tak pe lah kot2 ade rezeki nanti aku beli motor NAZA BLADE pulak kn? hehe.. yang penting kesihatan aku.. duit hasil jual motor tu boleh buat back up money sepanjang aku nak kena berulang alik dari penang ke selangor untuk rawatan...
Aku percaya , 'ALLAH bagi kesakitan pada aku hari ini sebab ALLAH nak tunjuk kat aku kasih sayang orang2 yang ada disekeliling aku'..
'SEMOGA AKU TERUS KUAT... SEMOGA BERJAYA UNTUK AKU!'
* also thanks to kevin zahri.com kisah2 dalam tu banyak bantu aku..
my family.. |
my mum , my sis n bro... luv u alls |
at Pantai Irama Bachok |
nizam kembar si najib with kimi |
najib kembar sinizam... yg rajin jaga aku |
luv u my adeks beradekss |
thanks to my bro |
syukran.. en Azrul |
maaf senget ye.. hehe... syang korang walau korang senget macm mne pun hehe |
student time.. |
my housemate... thanks tau selalu tlg jaga aku mlm2 bila aku semput.. wink |
housemate lagi |
Ainulfadila: thanks still bg kata semngat even melalui viber.. really appreciate |
No comments:
Post a Comment