Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Entri kali ini adalah sekadar untuk perkongsian dan renungan sahaja tentang sikap manusia. saya pun manusia juga dan adakalanya kita terkhilaf.. minggu lepas saya ada menonton rancangan SELAMI JIWA.. Hosnya Dato'Dr Fadzilah Kamsah dan tetamunya Anne Ngasri dan Prof Dr Muhaya... tajuknya tentang "Kahwin Muda"
Saya tertarik dengan kata2 Prof Muhaya.. kita perlu sentiasa POSITIF!..
Berdasarkan pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam bidang perubatan .. ada betulnya...
'PEMIKIRAN YANG POSITIF AKAN MEMPENGARUHI SELURUH DIRI KITA DARI ASPEK ROHANI DAN JASMANI'
Sebagai contoh.. bayangkan apabila kita sakit , kita mengeluh.. impuls akan dihantar ke otak kita dan di otak/minda kita akan setkan yang kita ni sakit tak boleh nak wat apa... dan otak akan hantar maklumat ke anggota badan.. rehat je lah.. dan keadaan ini akan menyebabkan kita abaikan solat.. hah.. nmpak tak mcm mana rohani dan jasmani kita terjejas bila kita dalam Mood NEGATIF...
Tapi berbeza bila kita terima sakit kita dengan redha atau apa sahaja ujian yang diberikan kepada kita kita terima dengan Minda dan pemikiran yang POSITIF...
contohnya bila sakit kita terima dan muhasabah diri kita, impuls akan dihantar ke otak dan otak akan set sebagai ujian Allah, impuls dihantar ke anggota badan untuk bangun bersolat, mengaji dan berdoa.. hah nampak tak? betapa besarnya pengaruh Mood POSITIF
KATA KUNCINYA :
BE POSITIVE... Pandanglah setiap apa yang berlaku dengan positif... kuatkan lah semangat kita dengan sentiasa positif... belajarlah memuhasabah diri.. JANGAN jadi LEMAH.. kerana Umat Rasulullah adalah umat yang hebat!
kita mampu untuk berubah.. jangan ditunggu hingga esok.. lakukannya hari ini, jangan ditunggu hari tua, kerana esok itu belum pasti ada..
ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ ذَرﱟ ﺟُﻨْﺪُبِ ﺑْﻦِ ﺟُﻨَﺎدَةَ وَأَﺑِﻲ ﻋَﺒْﺪِ اﻟﺮﱠﺡْﻤَﻦ ﻣُﻌَﺎذِ ﺑْﻦِ ﺟَﺒَﻞٍ رَﺿِﻲَ اﷲ ﻋَﻨْﻬُﻤَﺎ ﻋَﻦْ رَﺳُﻮْلِ اﷲ ﺻَﻠﱠﻰ اﷲ ﻋَﻠَﻴْﻪِ وَﺳَﻠﱠﻢﻗَﺎلَ: اﺗﱠﻖِ اﷲ ﺡَﻴْﺜُﻤَﺎآُﻨْﺖَ، وَأَﺗْﺒِﻊِ اﻟﺴﱠﻴﱢﺌَﺔَ اﻟْﺤَﺴَﻨَﺔَ ﺗَﻤْﺤُﻬَﺎ
وَﺥَﺎﻟِﻖِ اﻟﻨﱠﺎسَﺑِﺨُﻠُﻖٍ ﺡَﺴَﻦٍ
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan
budi pekerti yang baik.
AARIZ: mari pejamkan mata dan muhasabah diri kita... |
No comments:
Post a Comment