KAHWIN KENA KATA.. TAK KAHWIN PUN KENA KATA...

Saturday 13 April 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Entri kali ni sekadar pencerahan, penceritaan dan luahan rasa hati..
 ( memang blog ni untuk orang berkongsi cerita pun kan? hehe)

Dalam post2 yang lepas Nani ada cerita  pasal Nani nak kena wat operation dan tempat kerja Nani ada buat sumbangan untuk Nani kan? Rasanya siapa yang pernah alami situasi Nani mesti faham.. 

Guys, Kita tak minta mati kerana mati itu pasti.. secara klisenya .. mudah untuk kita nasihat orang .. antara ayat yang kita selalu cakap..

1) ' da lah.. tak baik duk fikir mati...'
2) ' jangan nak fikir sangat lah pasal mati sebab tu semua kerja Allah'
3) ' nak takut apa, mati itu pasti... semua orang akan mati '

TAPI , OARANG TAKKAN FAHAM, HANYA ORANG YANG PERNAH BERADA DALAM SITUASI MACAM SAYA SAHAJA YANG AKAN FAHAM...

Kawan2.. 4x di masukkan ke ICU dengan  wayar yang berselirat, dengan jarum di merata tubuh dan dengan pernafasan di bantu penuh oleh mesin... Nikmat hidup yang diberi bagaikan permata yang dijaga dari terhempas.. Peluang hidup yang di beri bagai tidak mahu di sia2kan kerana masa itu terlalu suntuk! impian masih banyak yang nak dicapai.. Namun dengan tahap diri yang terbatas semua itu bagaikan bukan lagi penghalang kerana saat itu yang di minda cuma..

' AKU NAK CAPAI SELAGI TERMAMPU SELAGI ALLAH IZINKAN KERANA MASA AKU TELAH SUNTUK'

****************************************

InsyaAllah lagi seminggu Nani akan di ijabkabulkan dengan pasangan Nani, MOHAMAD AZRUL..
Alhamdulillah, atas aturan Allah ini.. Mudah- Mudahan urusan kami di permudahkan..
Dalam debaran yang Nani tengah rasakan ni .. tiba2 tersiat lagi hati Nani yang rapuh ni.. Astaghfirullahhalazim... sedih rasanya dengan pandangan yang mereka utarakan.. mereka tak faham situasi Nani..Nani tak salahkan mereka kerana Nani yang sedang alami bukannya mereka..

MEREKA KATA INI..

1) BUAT LAH OPERATION TU DULU, NIKAH KEMUDIAN JE.. SAT NI LEKAT KANG LAGI SUSAH..
2) DARIPADA GUNA DUIT UNTUK KAHWIN BAIK GUNA DUIT TU UNTUK BELI ALATAN PEMBEDAHAN TU .. INI TAK, DIGUNA DUIT UNTUK KAHWIN, NAK OPERATION DA MINTA SUMBANGAN.
3) NAK KAHWIN APA LAGI DA TAU SAKIT MACAM TU.. KESIAN KAT LAKI TU NAK KENA JAGA.. BUAT BAZIR JE KALAU BARU KAHWIN ESOK LUSA PEMBEDAHAN TU TAK JADI.. KOT TAK BOLEH BAIK  DA KE..

INI JAWAPAN SAYA..

astaghfirullahhalazim.. Nani faham atas keprihatianan anda kerana anda lebih merasai alam rumah tangga daripada saya .. Namun siapa saya untuk menolak takdir saya...
Saya masih ingat saat air mata saya tumpah di Hospital Kepala Batas bila dikhabarkan 

TIADA JALAN LAIN UNTUK SEMBUHKAN AWAK KERANA PENYAKIT ASMA MACAM NI MEMANG JARANG DITEMUI.. PARU2 AWAK BAGAIKAN POKOK SEMALU.. BILA DISENTUH TERUS TERTUTUP.. 

Allah sahaja yang faham rasa yang aku pendamkan.. orang yang pandang aku menangis masa tu tak aku peduli da.. rasa macam nak balik taiping peluk mak je.. rasa macam nak berhenti kerja dan duduk dengan mak.. 
AKU NAK MATI DENGAN REDHA MAK AKU.. 

Saat tu Nani baru sahaja bertunang dan Nani terus hubungi tunang Nani  untuk batalkan pertunangan kami.. ALHAMDULILLAH DIA SEORANG YANG COOL..  Tunang Nani nasihatkan Nani tenangkan diri dulu.. Masa tu memang Nani Down sangatttt.. Alhamdulillah ramai yang bagi kata semangat..

Akhirnya Nani dirujuk ke Hospital Serdang untuk masukkan tiub dalam paru2 Nani.. Supaya Nani tak perlu dimasukkan ke ICU lagi setiap 3 bulan.. Tunang Nani ada temankan Nani ke sana .. Dia juga turut dengar risiko dan kompikasi yang akan Nani alami..
lagi sekali Nani tak mampu bertahan.. tapi Dia masih berikan kata semangat pada Nani

 Sejujurnya Keputusan untuk mempercepatkan tarikh pernikahan bukan kerana kami ni da terlalu gatal.. Duit kami tak cukup pun lagi nak buat majlis kahwin.. Tapi sebab Nani sayangkan dia.. tak terlintas nak dia jadi penjaga Nani masa sakit.. tapi andai kami tiada ikatan  yang sah da pasti dia tak boleh datang tengok nani dalam keadaan macam tu apatah lagi nak menjaga Nani.. tak gamak Nani nak suruh adik Nani berhenti kerja untuk jaga Nani kat sana nanti walaupun dia da sanggup.. Nani selalu cakap dengan tunang Nani andai Nani sudah tidak mampu bertahan lagi... 1 perkara yang Nani nak buat cuma jadi ISTERI DIA YANG SAH WALAU PUN SEKETIKA... itu je yang Nani nak.. impian Nani masih banyak lagi yang tak tercapai... Alhamdulillah Allah memperkenankan ...

Siapa yang kahwin tak nak anak? Nani pun nak anak  tapi Nani sedar dan faham keadaan kesihatan Nani.. Tapi bila orang asyik berkata kang lekat da susah.. wahai anda2 yang berkata begitu, anak itu membawa rezeki bukan suatu bebanan...  Nani tak pandai bab perancangan keluarga tapi insyaAllah Nani akan ingat landasan sebenar Nani..AturanAllah itu cantik.. Aturan Allah itu terbaik..

Majlis kahwin Nani pun hanya ala kadar.. hantaran Nani tak cecah sampai 20k-30k..malah majlis Nani pun ada orang yang menyumbang.. hanya buat dirumah dan bukan di dewan apatah lagi hotel 5 bintang..  Bayangkan andai anak anda ditempat saya... baru anda akan pening kepala bagai mana mak saya pening kepala bila ramai yang mengata andai kami hanya bernikah sahaja.. betul..
KITA PERLU FIKIR APA YANG ALLAH KATA BUKAN APA YANG ORANG KATA 
tapi inilah dilema yang saya alami...

Wang sumbangan yang dihulurkan dari kalian tu... alhamdulillah... Nani bersyukur sangat.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. to be honest, Nani tak berjumpa sesiapa untuk minta wang sumbangan kerana Nani malu kalau semua orang tahu pasal penyakit Nanti tentu banyak soalan yang Nani akan ditanya.. tapi Alahmdulillah Allah gerakkan hati Pengarah untuk melakukannya..
 ( da tentu pengarah tahu kerana borang JPA untuk pembelian alatan pembedahan memerlukan kelulusannya dahulu sebelum dihantar ke induk..)
********************************************************

SAYA MOHON KALIAN HENTIKAN HINAAN KALIAN..
TERLALU PERIT UNTUK SAYA TELAN..
SAYA TAK MINTA SIMPATI KALIAN..
 TAPI TOLONG SANGAT2...
SAYA ADA MARUAH SAYA
PADA NAMA SAYA JUGA ADA SAYA BAWAKAN BERSAMA MARUAH KELUARGA SAYA...
HAK BERSUARA HAK ANDA.. 
HAK MENILAI JUGA HAK ANDA.. TAPI ANDA JANGAN LUPA YANG LEBIH BERHAK DI ATAS SEGALA HAK YANG ANDA LAUNGKAN ADALAH ALLAH..
ALLAH BERHAK MENENTUKAN SESIAPA YANG DIA NAK UJI..
 ALLAH BERHAK MEMBERI DAN MENARIK BALIK SEGALA YANG DIPINJAMKAN..
ALLAH BERHAK MENENTUKAN PERJALANAN HIDUP SEORANG INSAN..
BILA DI UJI SESEORANG ITU DENGAN SAKIT.. 
UJIAN ITU BUKAN ITU DIA SAHAJA TAPI UNTUK ORANG KELILINGNYA JUGA..
 SAYA MALU BILA ANDA MEMPERSOALKAN PERKAHWINAN SAYA..
SAYA MALU BILA ANDA MEMPERSOALKAN SUMBANGAN ANDA PADA SAYA..
ANDAI SUMBANGAN ITU BEBANAN PADA ANDA ..
 DATANGLAH JUMPA SAYA DAN AMBIL LAH SEMULA KERANA SAYA TIDAK TAHU NILAIAN SUMBANGAN ANDA.. 
BUKAN SAYA BERLAGAK ANGKUH 
TAPI SAYA RISAU DOSA MENGUNKIT ANDA LEBIH BANYAK DARI PAHALA KEIKHLASA DERMA ANDA.. SAYA RISAU SANGAT..
SAYA TIDAK BERLAGAK ANGKUH TAPI KEBERGANTUNAG SAYA MASIH TEGUH PADA ALLAH.. 
SAYA PERCAYA MASIH ADA REZEKI LAIN UNTUK SAYA YANG TELAH DIA TENTUKAN..
TAK PERLU ANDA RISAU TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN SAYA ..
 KERANA SAYA TIDAK GUNA WANG SUMBANGAN ANDA.. 
SAYA MASIH FAHAM TUJUAN SUMBANGAN ANDA..
 TAK PERLU ANDA SUSAH HATI DENGAN PERKAHWINAN SAYA...
CUBA  ANDA TENANGKAN DIRI ANDA..
 BERSIHKAN DIRI ANDA DENGAN WUDHUK..
MARI KITA SAMA2 BERMUNAJAT PADA ALLAH..
 MARI KITA SAMA2 MEMBERSIHKAN HATI KITA.. 
SEMUA INI HANYA HELAH SYAITAN YANG INGIN MELIHAT KITA BERPECAH BELAH.. JADI JANGAN KITA TERPEDAYA..


INI HANYA SEKADAR PENCERAHAN DAN LUAHAN BUKAN UNTUK MENYAKITI SESIAPA .. YANG BURUK ITU KELEMAHAN SAYA DAN YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T..
 * SEKIAN*

 

SARANG CICAK VS 27K...

Friday 12 April 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

HAPPY BIRTHDAY NANI!!!!
Wah, i'm now 24y! aiyak... tidak ku percaya ... tidak pernah diri ini nak sambut menyambut ni... tapi tahun ni sambut advanced sehari awal... budak2 tempat kerja wat suprise.. haha siap kena game lagi dengan mereka2 yang tak berapa nak budak  ( sebab mereka mak budak.. hehehe)

Actually semalam nani dan kawan2 sibuk mengemas dan membungkus barang2 HOSPIS.. maklumlah kami da nak masuk bangunan baru... 

ni dari laman web nani...

ni pun dari laman web

bangunan baru yang kami akan pindah...

tengah duk kemas2 tu tiba2
KAK SU: Nani2 cepat, kak su terjumpa sarang cicak.. banyak sangat...
AKU: ye ke kak.... ewww 
sambil kak su tarik tangan aku tu aku pelik lah ruang tengah tu gelap...
AKU: kak Kenapa gelap je ni..
KAK SU: owh akak saja tutup nak pergi depan tadi..
masuk je pantri nak cari sarang cicak tetibe2...

HAPPY BIRTHDAY TO U...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO NANI...
HAPPY BITHDAY TO YOU....


JAHATNYA KORANG AKU KENA MAIN....! 

firstly n  honestly anD terharu sangat sebab korang masih ingat  dalam kekalutan kita mengemas, ... thanks korang...

secondly n sadly.. kita tinggal bertiga jew.. ramai kawan2 da bertukar department lain...

but

thirdly n happyly... SERIOUS HAPPY SANGAT.. SEBAB KORANG SAYANG NANI... HAHAHA SAYANG KORANG SANGATTTT..

NI LAH KAK SULAIHA YANG TIPU AKU PASAL SARANG CICAK
BIRTHDAY GIRL


 
HAH NI LAH SARANG CICAK
HOSPIS GANG
DEE YANG MEMBELI KAN KEK
SAPIYA SALA YANG SANGGUP DATANG
 Ni cerita pagi Jumaat  di petang hari pulak, Nani  dapat surat dari USM yang USM sudah luluskan permohonan ... USM akan tanggung penuh kos pembelian alatan untuk pembedahan yang berjumlah RM27 o00....ALHAMDULILLAH .. SYUKUR SANGAT... berita gembira itu terus Nani khabarkan  pada mak dan bakal mak mertua dan pembaca semua... teruskan doakan nani tau...


 
 
 SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN RAHMAT KASIH SAYANG PADA SEMUA INSAN YANG TELAH MEMBANTU...


TERIMA KASIH ALLAH
TERIMA KASIH MAK DAN UMI
TERIMA KASIH USM
TERIMA KASIH IPPT
TERIMA KASIH KAWAN2...

LUV U OLLS KERANA ALLAH!

JURURAWAT OH JURURAWAT!

Monday 8 April 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.. 

Baca tajuk pun pasti korang da dapat teka apa yang nani nak cerita kat sini..
semalam kawan rumah nani balik dia bercerita... lebih kurang macam ni cerita dia..

J: ' nani hang nak tau dak? kesian kat akak wad aku. gambar dia tido dekat wad tersebar kat FB..
   N: la ye ke? awat dia pi tidoq time kerja ka dia tak sihat?
    J: Dia  tak sihat, tapi dia mai gak kerja sebab patient kami ramai .. tapi masa tu dia lelap sat kat kaunter, dia pesan kat kawan2 dia nak lelap 5 minit je... ntah macam mana ada seorang anak patient tu pi amik gambar dia.. pastu pi sebar kat FB.. yang tak best tu dia tulis kat FB tu...
da tau kerja malam tidoq la siang tu cukup2.. bodoh!!! makan gaji buta... 
   N : la kesian kat dia... 

                 HMM lebih kurang macam ni lah kisah dia..  kepada semua pembaca budiman.. ada pepatah yang mengatakan .. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.. betul tak?  nani bukan nak back up Jururawat sebab Nani adalah Jururawat.. tapi Nani sekadar nak bagi pencerahan kepada mereka2 yang tidak Mengenali profesion kami.. Nani juga  adakalanya tidak berpuas hati dengan layanan Jururawat kalau Nani masuk Wad.. Tapi kita kena faham Jururawat juga Manusia .. yang tidak sempurna dan adakalanya melakukan kesalahan.. 

                      Nani sendiri kalau masuk wad malu nak mengaku Nani Jururawat sebab Nani selalu da kena.. Nak tau kena apa..? ye lah kat GL kan ada tulis kerja apa..  atau masa kita masuk wad mereka akan tanya pekerjaan apa.. dan bila tau nani Jururawat mesti  mereka akan cakap.. aik jururawat pun sakit juga ke? HELLO.. jururawat pun manusia ada masa sihat ada masa sakit dan ada masanya kami juga melakukan kesalahan...
                       
                       ok back to the story... ini sekadar  pencerahan je tau.. anda boleh mengutara pendapat jika anda nak bagi pendapat.. tapi kalau nak bagi pendapat tu jangan lah sampai bertelagah.. ok?

                TAHUKAH ANDA? 
1) Semua Jururawat adalah manusia.. we are human not perfect.. sedangkan lidah lagi tergigit .. inikan pula...kita yang manusia ni... mesti akan lakukan kesilapan antara sedar atau tidak..

2) Jururawat2 yang bertugas tu juga ada keluarga bagaikan anda semua.. anak-anak( kecil/besar) isteri, suami,   mak ayah .. pendek kata jururawat2 juga mempunyai insan2 yang memerlukan perhatian mereka ..  JADI kamu fikirlah, macam mana nak tidur siang sedangkan anak2 pun nak kena tengok, suami pun nak kena bagi makan WALAUPUN  malam hari kena kerja..

3) Jururawat2 juga adakalanya tak sempat nak makan  dan solat..  pengalaman nani sendiri lah kalau kerja pagi datang kerja dapat minum air pun da syukur nikmat.. kalau kerja petang pulak nak solat asar dan marghrib terkejar2... kadang solat asar dihujung waktu dan elok bagi salam da azan marghrib.. 

4) Kami yang jururawat ni nak pergi tandas membuang air kecil ke besar ke tak sempat..  hish malu nak cerita.. tapi ini lah hakikat tugas Jururawat.. kalau nak pergi tandas rasa serba salah sebab kena tinggalkan pesakit 5 minit ( walaupun 5 minit) .. alangkan nak pergi tandas tak sempat cuba kamu semua bayangkan pada ibu2 yang nak kena perah susu.. jenuh kami menahan sakit.. huhuhu..

5) kadang2 kami kena marah dengan ibu bapa kami atau saudara mara kami, sebab bila kenduri kami tak dapat balik.. atas alasan keperluan kerja... pesakit ramai.. terpaksa kami korbankan ..  kalau kamu ada saudara mara Jururawat cuba tanya berapa banyak  cuti  tahunan mereka ..
confirm.. jawapannya berkepuk2 lagi cuti tu.. setahun ada 25 hari..  tak termasuk cuti am lagi.. hah.. rasanya kalau cuti tu dijual boleh kaya..  hahaha.. sebab tu lah cuti tahunan yang lebih kami kena  bawa pergi jadi award wang tunai.. claim bila pencen.. nak carry  tahun berikutnya pun rasanya cuti tahunan tahun depan pun tak terusik.. hehehe ( betul tak wahai misi2 sekalian?) 

6) Kalau   bulan puasa lagi sedih, ye lah Solat Sunat Terawih tu adanya hanya pada bulan Ramadhan, kadang2 dalam sebulan dapat la buat sikit ( jadilah dari takdak langsung tapi kalau boleh nak buat setiap malam..) , tak merasa nak pergi tiap2 malam, nak   buka puasa dengan anak2 dan suami pun dalam bulan Ramadhan tu dapat lah beberapa malam.. huhu.. tapi Jururawat semua masih berdedikasi melakukan tugasnya memikirkan  yang terlantar tu adalah amanah..

7)Kami digelar dengan pelbagai gelaran yang tak elok.. pengalaman nani sendiri pernah anak pesakit  tanya nani, ' awak tak geli ke basuh berak dan kencing orang? balik rumah lalu ke nak makan?'  nani ingat lagi nani hanya tersenyum dan cakap ' Kami da dilatih untuk melakukan semua ini , kalau bukan kami yang lakukan siapa yang nak lakukan , walau seorang anak pun belum tentu sanggup nak cuci berak kencing mak ayah, ini semua amanah'.
  
           

ANDA KATA: Gaji Jururawat tinggi.... KAMI KATA: tanggungjawab kami dan pengorbanan kami juga tinggi

ANDA KATA:  jururawat kerja senang.. takat cuci berak orang.. KAMI KATA: mai test tengok kerja 1 shif pun cukup lah..

ANDA KATA : kalau BZ takkan boleh make up cantik2  KAMI KATA :  Kekemasan itu perlu, kita suka tengok yang cantik kn? kalau pesakit tengok Misi serabut makin teruk lah  sakitnya..

ANDA KATA: Jururawat tu berkumpul kat kaunter duk mengumpat je.. KAMI KATA:  banyaknya dokumen kami kena tulis.. kalau nak  discaj pesakit pun berkertas2 borang yang nak kena isi..  takkan nak kena isi kat atas meja pesakit kan? tu je kaunter untuk jururawat buat kerja

ANDA KATA : Jururawat tak pandai urus masa KAMI KATA: ok, tolong tunjuk kat kami macam mana nak urus masa  1 shif pun jadi lah awak masuk kerja buat contoh kat kami2 yang tak pandai urus masa ni..

                    
                       Apa yang Nani senaraikan di sini adalah sebagai pencerahan untuk mereka yang tidak mengenali dunia Kejururawatan. tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa.. nani cuma kesiankan dengan mereka2 yang buat dosa kering  menuduh yang tidak2 tanpa usul periksa... 

                         Kami sebagai jururawat adalah telinga dan mata pesakit. bila anda tidak mampu untuk berkata kepada doktor apa yang anda inginkan anda akan utarakannya pada jururawat kerana jururawat adalah tuan rumah wad yang ada  di tempatkan.. Kami tidak minta untuk disanjung , kami hanya minta anda menghargai, kami tidak minta anda memuji tapi kami juga tidak mahu dikeji,  kami cuba melakukan yang terbaik kerana kami juga manusia.. akan sakit , kami juga ada ibu bapa kami juga tidak mahu ibu bapa kami atau anak kami dilayan dengan teruk ketika sakit.. jadi kita sama2 menjaga... jika ada yang tidak berkenan tegurlah secara berhikmah.. tak perlu meninggi suara tidak perlu  menggunakan kata kesat kerana setiap mesej teguran dapat difahami denga bahasa yang lembut dan berhikmah...

                                     SEKIAN.. 

THANKS GOOGLE..
THANKS GOOGLE

  

TIPS UNTUK PESAKIT ASMA..

Friday 5 April 2013

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... 
SELAMAT HARI SABTU..

Hari ini aku kena kerja shif pagi. Alhamdulillah pagi ni aman damai dan sejuk je.. mana tidaknya, malam tadi hujan.. kui3 nikmat je tidur..
tapi tak boleh nak seronok sangat.. sebab hujan2 ni , sejuk2 ni mudah dapat asthma attack..

Di sini aku nak kongsi tips sikit ler dengan kome semua cara2 nak elak asthma attack...  

1) Elak cuaca yang sejuk sangat...
           Maklumlah sejuk2 ni lagi senang nak dapat asthma attack.. jadi kome kenalah minum air panas pagi2 dan kalau boleh jangan mandi air sejuk pagi.. kome kena rajin masak air... kalau kome tak de pemanas air..

2) Ubat..
               untuk sesiapa yang menghidap asma , kome kena tau fungsi ubat yang kome makan.. pagi2 kena sedut dulu..

ubat2 asma yang berbentuk pam atau nama lainnya inhaler ada banyak jenis (bergantung pada syarikat yang keluarkannya) dan juga berbeza fungsi...

in variety shape

berwarna warni


inhaler untuk mencegah.. (ambil setiap pagi)
    ok, untuk u olls yang biasa menggunakan ubat inhaler/ pam ni.. korang mesti membezakannya dari segi warna.. sebab dekat Malaysia ni biasanya Doktor akan tanya korang guna pam warna apa.. sebab bukan semua pesakit asma dari medical line yang boleh tau nama ubat.. tapi bagi yang more alert mereka biasanya tau nama ubat yang mereka gunakan.. 
   
      ok inhaler yang digunakan untuk mencegah ada beberapa jenis dan biasanya ambil pada waktu pagi.. ini kerana cuaca pagi yang sejuk memungkinkn serangan asma berlaku..( ni teori aku berdasarkan pengalaman aku.. hehe)

ni tab prednisolone yang juga berfungsi untuk mencegah..


 

 
 

   
  
yang jenis ni jenis serbuk tapi tak rasa sgt serbuk die.. kadang2 pesakit confuse ubat dia keluar ke tak .. hehe ( sebab aku alaminya juga)tapi ramai yang kurang dapat serangan asma bila guna ubat ni...


yang ini jenis serbuk..




ok, kesemua ubat di atas mengandungi kandungan steroid yang sedikit  dan membantu untuk mencegah serangan asma berlaku. setiap warna mewakili peringkat tahap keterukan asma yang berbeza...

inhaler untuk merawat/ melegakan ( sila bawa kemana sahaja anda pergi)
inhaler biru/ventolin





  mostly pesakit asma mesti akan dapat inhaler warna ni.. ubat ni digunakan apabila anda berasa2 serangan nak jadi/ ketika dapat serangan asma/ kepenatan melakukan tugas berat n anda tercungap2...

        ubat ni berfungsi untuk membuka kembali salur pernafasan anda yang sempit ketika serangan asma berlaku... 
fungsi ubat ni sama dengan  pil salbutamol yang warna pink..
ni contoh ubat salbutamol
 3) elak makanan/ minuman yang menyebabkan serangan asma..

biasanya nak tau makanan/ minuman apa yang tak boleh makan.. kalau lepas makan atau minum kome rasa semput atau naik merah2, bengkak mata atau mulut( tanda2 alahan) maka lepas ni jangan da lah sentuh makanan/ minuman tu.. biasanya makanan laut ( udang/ ketam sotong) ler yang banyak orang dapat alahan...

seafood

4) elakkan persekitaran yang berhabuk / asap rokok..

   ni serius i tell u olls, sosak dado den kalau terhidu asap rokok atau tempat tu berdebu sangat... itu pasal setiap minggu ada kelapangan teman akan bersihkan persekitaran rumah teman . so u olls yang merokok tu bawak2 ler berhenti kesian kat orang2 yang ada asma.. kome fikir ler kalau anak bini kome ke yang ada asma tu yerk.. kesian deme...
luv your heart , stop smoking...


kesian orang sekeliling kome

girl's power...

clean up your house..
5) HINDARI STRESs! 
  ni yang paling utama sebenarnya, sebab stress juga boleh menyebabkan kita dapat serangan asma..  jadi amalkanlah hidup sihat untuk hidari stress..

   * all pictures from google...

selamat menyihatkan diri.... sekian.. sehingga bertemu lagi.. 
 









 

TERIMA KASIH IPPT, TERIMA KASIH KAWAN2....

Wednesday 3 April 2013



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

entri kali ini saya cuma nak berkongsikan rasa terharu saya  di atas  sumbangan yang saya terima daripada staf2 di tempat kerja saya... INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU..

ni bahagian hadapan tempat kerja aku..

 Hanya air mata dan lafaz kesyukuran yang dapat aku katakan di atas keprihatinan dan sumbangan yang tidak aku jangkakan. Secara jujurnya yang mengetahui tentang pembedahan tu hanya keluargaku dan staf di jabatan aku sahaja.. mereka juga telah maklum perihal borang JPA yang aku da hantar tu (tapi masih menanti jawapan lagii..... 

Minggu lepas keadaan kesihatan aku memang berada pada tahap yang tak berapa baik .. jadi selama seminggu aku berada di Taiping ( rumah mak) dan hanya MC sahajalah..( hari2 ulang alik pergi hospital ambil ubat) . Emel pun aku tak buka.

 Tapi tanggungjawab kerja tetap kena buat.  aku gagahkan diri juga Drive balik penang dan pergi kerja isnin tu ( tapi separuh hari je mampu bertahan sebab aku tak mampu da nak bertahan kat tempat kerja tewas gak kena jumpa doktor gak... jawapannya MC lah aku isnin tu ) 

Tapi aku pelik bila pergi mana2 dan terserempak staf mana2 mesti tanya bila aku nak wat pembedahan.. aku hanya jawab dengan senyuman dan minta dorang doakan aku je.. akhirnya kepelikan aku terjawab bila aku buka  e-mel dan terbaca yang tempat aku kerja menjalankan satu kutipan untuk bantu aku..  (laju je empangan mata aku ni nak pecah)
rasa malu ada terharu ada sedih pun ada semua perasaan bercampur baur bagaikan rojak... rasa macam tak nak pergi kerja sebab aku tak nak sesiapa pun tahu aku nak kena wat pembedahan.. 

Setiap pagi bila nak pergi kerja aku selalu baca Bismillah dan cakap pada diri sendiri ( sambil pandang muka aku yang cute ni kat cermin)
' Bismillahirahmannirrahim... nani kau kena kuat, banyak lagi orang yang kau nak tolong, kau kena sihat, banyak lagi impian kau nak capai, Bumi MEKAH tengah tunggu kau'
Ni lah antara dialog aku monolog sensorang..  
Tapi biloa aku asyik dihujani oleh pelbagai soalan rasa macam nak diteriakkan pada mereka

' korang, please stop . dont ask me that question, i try to forget just for a while.. i only have few months to   enjoy my life to achieve what i want.. please understand me..give me a space to breath in peace... i have so many things to do.. intubation , icu admittion, injections here and there are nightmare to me.. i'm sick ! please dont drag me to that moment... please...' 

Korang faham tak perasaan yang aku rasakan..  ditahan di wad kerana sakit  bukan bagaikan bercuti di hotel... 

 aku faham mereka bertanya kerana concern dengan aku.. aku hargai sangat.. terima kasih atas sumbangan kalian,  aku mohon doa dari kalian agar segala urusan berjalan lancar.. izinkan aku lakukan apa yang terdaya aku lakukan.. kerana masa itu terlalu pantas bagi aku.. Semoga Allah membalas sumbangan jasa  dan keprihatinan kalian.. 
 doakan aku ye... hehehe.. sayang kalian kerana Allah...