ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Baca tajuk pun pasti korang da dapat teka apa yang nani nak cerita kat sini..
semalam kawan rumah nani balik dia bercerita... lebih kurang macam ni cerita dia..
J: ' nani hang nak tau dak? kesian kat akak wad aku. gambar dia tido dekat wad tersebar kat FB..
N: la ye ke? awat dia pi tidoq time kerja ka dia tak sihat?
J: Dia tak sihat, tapi dia mai gak kerja sebab patient kami ramai .. tapi masa tu dia lelap sat kat kaunter, dia pesan kat kawan2 dia nak lelap 5 minit je... ntah macam mana ada seorang anak patient tu pi amik gambar dia.. pastu pi sebar kat FB.. yang tak best tu dia tulis kat FB tu...
da tau kerja malam tidoq la siang tu cukup2.. bodoh!!! makan gaji buta...
N : la kesian kat dia...
HMM lebih kurang macam ni lah kisah dia.. kepada semua pembaca budiman.. ada pepatah yang mengatakan .. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.. betul tak? nani bukan nak back up Jururawat sebab Nani adalah Jururawat.. tapi Nani sekadar nak bagi pencerahan kepada mereka2 yang tidak Mengenali profesion kami.. Nani juga adakalanya tidak berpuas hati dengan layanan Jururawat kalau Nani masuk Wad.. Tapi kita kena faham Jururawat juga Manusia .. yang tidak sempurna dan adakalanya melakukan kesalahan..
Nani sendiri kalau masuk wad malu nak mengaku Nani Jururawat sebab Nani selalu da kena.. Nak tau kena apa..? ye lah kat GL kan ada tulis kerja apa.. atau masa kita masuk wad mereka akan tanya pekerjaan apa.. dan bila tau nani Jururawat mesti mereka akan cakap.. aik jururawat pun sakit juga ke? HELLO.. jururawat pun manusia ada masa sihat ada masa sakit dan ada masanya kami juga melakukan kesalahan...
ok back to the story... ini sekadar pencerahan je tau.. anda boleh mengutara pendapat jika anda nak bagi pendapat.. tapi kalau nak bagi pendapat tu jangan lah sampai bertelagah.. ok?
TAHUKAH ANDA?
1) Semua Jururawat adalah manusia.. we are human not perfect.. sedangkan lidah lagi tergigit .. inikan pula...kita yang manusia ni... mesti akan lakukan kesilapan antara sedar atau tidak..
2) Jururawat2 yang bertugas tu juga ada keluarga bagaikan anda semua.. anak-anak( kecil/besar) isteri, suami, mak ayah .. pendek kata jururawat2 juga mempunyai insan2 yang memerlukan perhatian mereka .. JADI kamu fikirlah, macam mana nak tidur siang sedangkan anak2 pun nak kena tengok, suami pun nak kena bagi makan WALAUPUN malam hari kena kerja..
3) Jururawat2 juga adakalanya tak sempat nak makan dan solat.. pengalaman nani sendiri lah kalau kerja pagi datang kerja dapat minum air pun da syukur nikmat.. kalau kerja petang pulak nak solat asar dan marghrib terkejar2... kadang solat asar dihujung waktu dan elok bagi salam da azan marghrib..
4) Kami yang jururawat ni nak pergi tandas membuang air kecil ke besar ke tak sempat.. hish malu nak cerita.. tapi ini lah hakikat tugas Jururawat.. kalau nak pergi tandas rasa serba salah sebab kena tinggalkan pesakit 5 minit ( walaupun 5 minit) .. alangkan nak pergi tandas tak sempat cuba kamu semua bayangkan pada ibu2 yang nak kena perah susu.. jenuh kami menahan sakit.. huhuhu..
5) kadang2 kami kena marah dengan ibu bapa kami atau saudara mara kami, sebab bila kenduri kami tak dapat balik.. atas alasan keperluan kerja... pesakit ramai.. terpaksa kami korbankan .. kalau kamu ada saudara mara Jururawat cuba tanya berapa banyak cuti tahunan mereka ..
confirm.. jawapannya berkepuk2 lagi cuti tu.. setahun ada 25 hari.. tak termasuk cuti am lagi.. hah.. rasanya kalau cuti tu dijual boleh kaya.. hahaha.. sebab tu lah cuti tahunan yang lebih kami kena bawa pergi jadi award wang tunai.. claim bila pencen.. nak carry tahun berikutnya pun rasanya cuti tahunan tahun depan pun tak terusik.. hehehe ( betul tak wahai misi2 sekalian?)
6) Kalau bulan puasa lagi sedih, ye lah Solat Sunat Terawih tu adanya hanya pada bulan Ramadhan, kadang2 dalam sebulan dapat la buat sikit ( jadilah dari takdak langsung tapi kalau boleh nak buat setiap malam..) , tak merasa nak pergi tiap2 malam, nak buka puasa dengan anak2 dan suami pun dalam bulan Ramadhan tu dapat lah beberapa malam.. huhu.. tapi Jururawat semua masih berdedikasi melakukan tugasnya memikirkan yang terlantar tu adalah amanah..
7)Kami digelar dengan pelbagai gelaran yang tak elok.. pengalaman nani sendiri pernah anak pesakit tanya nani, ' awak tak geli ke basuh berak dan kencing orang? balik rumah lalu ke nak makan?' nani ingat lagi nani hanya tersenyum dan cakap ' Kami da dilatih untuk melakukan semua ini , kalau bukan kami yang lakukan siapa yang nak lakukan , walau seorang anak pun belum tentu sanggup nak cuci berak kencing mak ayah, ini semua amanah'.
ANDA KATA: Gaji Jururawat tinggi.... KAMI KATA: tanggungjawab kami dan pengorbanan kami juga tinggi
ANDA KATA: jururawat kerja senang.. takat cuci berak orang.. KAMI KATA: mai test tengok kerja 1 shif pun cukup lah..
ANDA KATA : kalau BZ takkan boleh make up cantik2 KAMI KATA : Kekemasan itu perlu, kita suka tengok yang cantik kn? kalau pesakit tengok Misi serabut makin teruk lah sakitnya..
ANDA KATA: Jururawat tu berkumpul kat kaunter duk mengumpat je.. KAMI KATA: banyaknya dokumen kami kena tulis.. kalau nak discaj pesakit pun berkertas2 borang yang nak kena isi.. takkan nak kena isi kat atas meja pesakit kan? tu je kaunter untuk jururawat buat kerja
ANDA KATA : Jururawat tak pandai urus masa KAMI KATA: ok, tolong tunjuk kat kami macam mana nak urus masa 1 shif pun jadi lah awak masuk kerja buat contoh kat kami2 yang tak pandai urus masa ni..
Apa yang Nani senaraikan di sini adalah sebagai pencerahan untuk mereka yang tidak mengenali dunia Kejururawatan. tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa.. nani cuma kesiankan dengan mereka2 yang buat dosa kering menuduh yang tidak2 tanpa usul periksa...
Kami sebagai jururawat adalah telinga dan mata pesakit. bila anda tidak mampu untuk berkata kepada doktor apa yang anda inginkan anda akan utarakannya pada jururawat kerana jururawat adalah tuan rumah wad yang ada di tempatkan.. Kami tidak minta untuk disanjung , kami hanya minta anda menghargai, kami tidak minta anda memuji tapi kami juga tidak mahu dikeji, kami cuba melakukan yang terbaik kerana kami juga manusia.. akan sakit , kami juga ada ibu bapa kami juga tidak mahu ibu bapa kami atau anak kami dilayan dengan teruk ketika sakit.. jadi kita sama2 menjaga... jika ada yang tidak berkenan tegurlah secara berhikmah.. tak perlu meninggi suara tidak perlu menggunakan kata kesat kerana setiap mesej teguran dapat difahami denga bahasa yang lembut dan berhikmah...
THANKS GOOGLE |
No comments:
Post a Comment