TIPS UNTUK PESAKIT ASMA..

Friday, 5 April 2013

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA... 
SELAMAT HARI SABTU..

Hari ini aku kena kerja shif pagi. Alhamdulillah pagi ni aman damai dan sejuk je.. mana tidaknya, malam tadi hujan.. kui3 nikmat je tidur..
tapi tak boleh nak seronok sangat.. sebab hujan2 ni , sejuk2 ni mudah dapat asthma attack..

Di sini aku nak kongsi tips sikit ler dengan kome semua cara2 nak elak asthma attack...  

1) Elak cuaca yang sejuk sangat...
           Maklumlah sejuk2 ni lagi senang nak dapat asthma attack.. jadi kome kenalah minum air panas pagi2 dan kalau boleh jangan mandi air sejuk pagi.. kome kena rajin masak air... kalau kome tak de pemanas air..

2) Ubat..
               untuk sesiapa yang menghidap asma , kome kena tau fungsi ubat yang kome makan.. pagi2 kena sedut dulu..

ubat2 asma yang berbentuk pam atau nama lainnya inhaler ada banyak jenis (bergantung pada syarikat yang keluarkannya) dan juga berbeza fungsi...

in variety shape

berwarna warni


inhaler untuk mencegah.. (ambil setiap pagi)
    ok, untuk u olls yang biasa menggunakan ubat inhaler/ pam ni.. korang mesti membezakannya dari segi warna.. sebab dekat Malaysia ni biasanya Doktor akan tanya korang guna pam warna apa.. sebab bukan semua pesakit asma dari medical line yang boleh tau nama ubat.. tapi bagi yang more alert mereka biasanya tau nama ubat yang mereka gunakan.. 
   
      ok inhaler yang digunakan untuk mencegah ada beberapa jenis dan biasanya ambil pada waktu pagi.. ini kerana cuaca pagi yang sejuk memungkinkn serangan asma berlaku..( ni teori aku berdasarkan pengalaman aku.. hehe)

ni tab prednisolone yang juga berfungsi untuk mencegah..


 

 
 

   
  
yang jenis ni jenis serbuk tapi tak rasa sgt serbuk die.. kadang2 pesakit confuse ubat dia keluar ke tak .. hehe ( sebab aku alaminya juga)tapi ramai yang kurang dapat serangan asma bila guna ubat ni...


yang ini jenis serbuk..




ok, kesemua ubat di atas mengandungi kandungan steroid yang sedikit  dan membantu untuk mencegah serangan asma berlaku. setiap warna mewakili peringkat tahap keterukan asma yang berbeza...

inhaler untuk merawat/ melegakan ( sila bawa kemana sahaja anda pergi)
inhaler biru/ventolin





  mostly pesakit asma mesti akan dapat inhaler warna ni.. ubat ni digunakan apabila anda berasa2 serangan nak jadi/ ketika dapat serangan asma/ kepenatan melakukan tugas berat n anda tercungap2...

        ubat ni berfungsi untuk membuka kembali salur pernafasan anda yang sempit ketika serangan asma berlaku... 
fungsi ubat ni sama dengan  pil salbutamol yang warna pink..
ni contoh ubat salbutamol
 3) elak makanan/ minuman yang menyebabkan serangan asma..

biasanya nak tau makanan/ minuman apa yang tak boleh makan.. kalau lepas makan atau minum kome rasa semput atau naik merah2, bengkak mata atau mulut( tanda2 alahan) maka lepas ni jangan da lah sentuh makanan/ minuman tu.. biasanya makanan laut ( udang/ ketam sotong) ler yang banyak orang dapat alahan...

seafood

4) elakkan persekitaran yang berhabuk / asap rokok..

   ni serius i tell u olls, sosak dado den kalau terhidu asap rokok atau tempat tu berdebu sangat... itu pasal setiap minggu ada kelapangan teman akan bersihkan persekitaran rumah teman . so u olls yang merokok tu bawak2 ler berhenti kesian kat orang2 yang ada asma.. kome fikir ler kalau anak bini kome ke yang ada asma tu yerk.. kesian deme...
luv your heart , stop smoking...


kesian orang sekeliling kome

girl's power...

clean up your house..
5) HINDARI STRESs! 
  ni yang paling utama sebenarnya, sebab stress juga boleh menyebabkan kita dapat serangan asma..  jadi amalkanlah hidup sihat untuk hidari stress..

   * all pictures from google...

selamat menyihatkan diri.... sekian.. sehingga bertemu lagi.. 
 









 

No comments:

Post a Comment