ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Entri kali ni sekadar pencerahan, penceritaan dan luahan rasa hati..
( memang blog ni untuk orang berkongsi cerita pun kan? hehe)
Dalam post2 yang lepas Nani ada cerita pasal Nani nak kena wat operation dan tempat kerja Nani ada buat sumbangan untuk Nani kan? Rasanya siapa yang pernah alami situasi Nani mesti faham..
Guys, Kita tak minta mati kerana mati itu pasti.. secara klisenya .. mudah untuk kita nasihat orang .. antara ayat yang kita selalu cakap..
1) ' da lah.. tak baik duk fikir mati...'
2) ' jangan nak fikir sangat lah pasal mati sebab tu semua kerja Allah'
3) ' nak takut apa, mati itu pasti... semua orang akan mati '
TAPI , OARANG TAKKAN FAHAM, HANYA ORANG YANG PERNAH BERADA DALAM SITUASI MACAM SAYA SAHAJA YANG AKAN FAHAM...
Kawan2.. 4x di masukkan ke ICU dengan wayar yang berselirat, dengan jarum di merata tubuh dan dengan pernafasan di bantu penuh oleh mesin... Nikmat hidup yang diberi bagaikan permata yang dijaga dari terhempas.. Peluang hidup yang di beri bagai tidak mahu di sia2kan kerana masa itu terlalu suntuk! impian masih banyak yang nak dicapai.. Namun dengan tahap diri yang terbatas semua itu bagaikan bukan lagi penghalang kerana saat itu yang di minda cuma..
' AKU NAK CAPAI SELAGI TERMAMPU SELAGI ALLAH IZINKAN KERANA MASA AKU TELAH SUNTUK'
****************************************
InsyaAllah lagi seminggu Nani akan di ijabkabulkan dengan pasangan Nani, MOHAMAD AZRUL..
Alhamdulillah, atas aturan Allah ini.. Mudah- Mudahan urusan kami di permudahkan..
Dalam debaran yang Nani tengah rasakan ni .. tiba2 tersiat lagi hati Nani yang rapuh ni.. Astaghfirullahhalazim... sedih rasanya dengan pandangan yang mereka utarakan.. mereka tak faham situasi Nani..Nani tak salahkan mereka kerana Nani yang sedang alami bukannya mereka..
MEREKA KATA INI..
1) BUAT LAH OPERATION TU DULU, NIKAH KEMUDIAN JE.. SAT NI LEKAT KANG LAGI SUSAH..
2) DARIPADA GUNA DUIT UNTUK KAHWIN BAIK GUNA DUIT TU UNTUK BELI ALATAN PEMBEDAHAN TU .. INI TAK, DIGUNA DUIT UNTUK KAHWIN, NAK OPERATION DA MINTA SUMBANGAN.
3) NAK KAHWIN APA LAGI DA TAU SAKIT MACAM TU.. KESIAN KAT LAKI TU NAK KENA JAGA.. BUAT BAZIR JE KALAU BARU KAHWIN ESOK LUSA PEMBEDAHAN TU TAK JADI.. KOT TAK BOLEH BAIK DA KE..
INI JAWAPAN SAYA..
astaghfirullahhalazim.. Nani faham atas keprihatianan anda kerana anda lebih merasai alam rumah tangga daripada saya .. Namun siapa saya untuk menolak takdir saya...
Saya masih ingat saat air mata saya tumpah di Hospital Kepala Batas bila dikhabarkan
TIADA JALAN LAIN UNTUK SEMBUHKAN AWAK KERANA PENYAKIT ASMA MACAM NI MEMANG JARANG DITEMUI.. PARU2 AWAK BAGAIKAN POKOK SEMALU.. BILA DISENTUH TERUS TERTUTUP..
Allah sahaja yang faham rasa yang aku pendamkan.. orang yang pandang aku menangis masa tu tak aku peduli da.. rasa macam nak balik taiping peluk mak je.. rasa macam nak berhenti kerja dan duduk dengan mak..
AKU NAK MATI DENGAN REDHA MAK AKU..
Saat tu Nani baru sahaja bertunang dan Nani terus hubungi tunang Nani untuk batalkan pertunangan kami.. ALHAMDULILLAH DIA SEORANG YANG COOL.. Tunang Nani nasihatkan Nani tenangkan diri dulu.. Masa tu memang Nani Down sangatttt.. Alhamdulillah ramai yang bagi kata semangat..
Akhirnya Nani dirujuk ke Hospital Serdang untuk masukkan tiub dalam paru2 Nani.. Supaya Nani tak perlu dimasukkan ke ICU lagi setiap 3 bulan.. Tunang Nani ada temankan Nani ke sana .. Dia juga turut dengar risiko dan kompikasi yang akan Nani alami..
lagi sekali Nani tak mampu bertahan.. tapi Dia masih berikan kata semangat pada Nani
Sejujurnya Keputusan untuk mempercepatkan tarikh pernikahan bukan kerana kami ni da terlalu gatal.. Duit kami tak cukup pun lagi nak buat majlis kahwin.. Tapi sebab Nani sayangkan dia.. tak terlintas nak dia jadi penjaga Nani masa sakit.. tapi andai kami tiada ikatan yang sah da pasti dia tak boleh datang tengok nani dalam keadaan macam tu apatah lagi nak menjaga Nani.. tak gamak Nani nak suruh adik Nani berhenti kerja untuk jaga Nani kat sana nanti walaupun dia da sanggup.. Nani selalu cakap dengan tunang Nani andai Nani sudah tidak mampu bertahan lagi... 1 perkara yang Nani nak buat cuma jadi ISTERI DIA YANG SAH WALAU PUN SEKETIKA... itu je yang Nani nak.. impian Nani masih banyak lagi yang tak tercapai... Alhamdulillah Allah memperkenankan ...
Siapa yang kahwin tak nak anak? Nani pun nak anak tapi Nani sedar dan faham keadaan kesihatan Nani.. Tapi bila orang asyik berkata kang lekat da susah.. wahai anda2 yang berkata begitu, anak itu membawa rezeki bukan suatu bebanan... Nani tak pandai bab perancangan keluarga tapi insyaAllah Nani akan ingat landasan sebenar Nani..AturanAllah itu cantik.. Aturan Allah itu terbaik..
Majlis kahwin Nani pun hanya ala kadar.. hantaran Nani tak cecah sampai 20k-30k..malah majlis Nani pun ada orang yang menyumbang.. hanya buat dirumah dan bukan di dewan apatah lagi hotel 5 bintang.. Bayangkan andai anak anda ditempat saya... baru anda akan pening kepala bagai mana mak saya pening kepala bila ramai yang mengata andai kami hanya bernikah sahaja.. betul..
KITA PERLU FIKIR APA YANG ALLAH KATA BUKAN APA YANG ORANG KATA
tapi inilah dilema yang saya alami...
Wang sumbangan yang dihulurkan dari kalian tu... alhamdulillah... Nani bersyukur sangat.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. to be honest, Nani tak berjumpa sesiapa untuk minta wang sumbangan kerana Nani malu kalau semua orang tahu pasal penyakit Nanti tentu banyak soalan yang Nani akan ditanya.. tapi Alahmdulillah Allah gerakkan hati Pengarah untuk melakukannya..
( da tentu pengarah tahu kerana borang JPA untuk pembelian alatan pembedahan memerlukan kelulusannya dahulu sebelum dihantar ke induk..)
********************************************************
SAYA MOHON KALIAN HENTIKAN HINAAN KALIAN..
TERLALU PERIT UNTUK SAYA TELAN..
SAYA TAK MINTA SIMPATI KALIAN..
TAPI TOLONG SANGAT2...
SAYA ADA MARUAH SAYA
PADA NAMA SAYA JUGA ADA SAYA BAWAKAN BERSAMA MARUAH KELUARGA SAYA...
HAK BERSUARA HAK ANDA..
HAK MENILAI JUGA HAK ANDA.. TAPI ANDA JANGAN LUPA YANG LEBIH BERHAK DI ATAS SEGALA HAK YANG ANDA LAUNGKAN ADALAH ALLAH..
ALLAH BERHAK MENENTUKAN SESIAPA YANG DIA NAK UJI..
ALLAH BERHAK MEMBERI DAN MENARIK BALIK SEGALA YANG DIPINJAMKAN..
ALLAH BERHAK MENENTUKAN PERJALANAN HIDUP SEORANG INSAN..
BILA DI UJI SESEORANG ITU DENGAN SAKIT..
UJIAN ITU BUKAN ITU DIA SAHAJA TAPI UNTUK ORANG KELILINGNYA JUGA..
SAYA MALU BILA ANDA MEMPERSOALKAN PERKAHWINAN SAYA..
SAYA MALU BILA ANDA MEMPERSOALKAN SUMBANGAN ANDA PADA SAYA..
ANDAI SUMBANGAN ITU BEBANAN PADA ANDA ..
DATANGLAH JUMPA SAYA DAN AMBIL LAH SEMULA KERANA SAYA TIDAK TAHU NILAIAN SUMBANGAN ANDA..
BUKAN SAYA BERLAGAK ANGKUH
TAPI SAYA RISAU DOSA MENGUNKIT ANDA LEBIH BANYAK DARI PAHALA KEIKHLASA DERMA ANDA.. SAYA RISAU SANGAT..
SAYA TIDAK BERLAGAK ANGKUH TAPI KEBERGANTUNAG SAYA MASIH TEGUH PADA ALLAH..
SAYA PERCAYA MASIH ADA REZEKI LAIN UNTUK SAYA YANG TELAH DIA TENTUKAN..
TAK PERLU ANDA RISAU TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN SAYA ..
KERANA SAYA TIDAK GUNA WANG SUMBANGAN ANDA..
SAYA MASIH FAHAM TUJUAN SUMBANGAN ANDA..
TAK PERLU ANDA SUSAH HATI DENGAN PERKAHWINAN SAYA...
CUBA ANDA TENANGKAN DIRI ANDA..
BERSIHKAN DIRI ANDA DENGAN WUDHUK..
MARI KITA SAMA2 BERMUNAJAT PADA ALLAH..
MARI KITA SAMA2 MEMBERSIHKAN HATI KITA..
SEMUA INI HANYA HELAH SYAITAN YANG INGIN MELIHAT KITA BERPECAH BELAH.. JADI JANGAN KITA TERPEDAYA..
INI HANYA SEKADAR PENCERAHAN DAN LUAHAN BUKAN UNTUK MENYAKITI SESIAPA .. YANG BURUK ITU KELEMAHAN SAYA DAN YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T..
* SEKIAN*
No comments:
Post a Comment