ASSALMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Hai semua pembaca, apa khabar u olls? sihat ke? haishh banyak pulak sawang labah2 kat sini tau.. baru 2 minggu tinggal. hari ni nani nak menjalankan proses pencucian .. MEH ler sapa2 yang nak tolong tu...
Sebenarnya 2 minggu menghilang bukan ke mana pun cuma sibuk dengan Majlis akad nikah dan resepsi kedua2 belah pihak.. hah.. u olls..Alhamdulillah.. nani da selamat di ijabkabulkan dengan pasangan Nani.. MOHAMAD AZRUL BIN ZAIBIDI.. pada 20/4/2013..
Bila Nani renung2 balik ler.. perjalanan hubungan kami mudah je Allah aturkan..
Berbulan2 selepas mcj tu, tak dak sapa pun kontek.. tak dak la tunggu sangat.. Tapi nak tau la juga sapa dia mamat kerek sorang ni...
Bila Nani renung2 balik ler.. perjalanan hubungan kami mudah je Allah aturkan..
MUKADIMAH PERKENALAN: ( DI INBOX FB)
A: Assalammualaikum , mek, Awat hang sombong sangat.. amboih tau la aku ni dari kelas hujung... huhu
N:Waalaikumslam , uit sapa sombong? aku bz ler.. Nah ni no aku 013-*******
15/9/2012
Di suatu petang yang nyaman, (ececeh) tiba2 telefon ku berdering.. bagaikan suara seorang lelaki dihujung talian sana.. ya. tekaan ku betul.. Setelah pemanggilnya memperkenalkan diri baru aku tahu ini lah gerangan mamat kerek yang da berbulan aku bagi no telefon tapi tak kontek aku pun ..
Bermula petang itulah kami memulakan sesi orientasi.. Sejujurnya masa ni aku hanya selesa berkawan. Tak terlintas nak jadikan Bakal suami .. sebab aku masih memerlukan petunjuk dari Ilahi..
( P/s: Mata manusia bisa menipu apa yang dilihat , tapi tidak pada mata hati kerana mata hati cahayanya dipandu oleh petunjuk ilahi sekiranya sentiasa di jernihkan dengan istikharah)
Tapi, hari demi hari makin banyak perkara yang dikongsi.. Sehinggakan Aku tidak pernah sedar Kami berdua pernah belajar di sekolah yang sama.. hehe ( Khusyuk betul aku dengan buku.. kononnya hehe)
ni lah sekolah kami belajar sama2.. |
ni kelas beliau... jumpa tak beliau yang mana satu hehe |
ni gambar kelas kite.. nampak tak yang paling cute kat situ? haha |
Nov 2012
Bulan ni sedih sikit ler.. sebab bulan ni Aku ditahan di ICU selama 2 hari dan bergantung sepenuhnya pernafasan dengan mesin.. selama seminggu aku berada di wad.. dan DIA ada datang..
lepas dapat keluar wad tu hari2 Dia hantar mesej tapi aku betul2 tak larat nak balas .. lagipun aku tak rasa DIA sanggup nak beristerikan orang sakit macam aku ni.. apatah lagi aku memang down gila bila masa tu dapat tau keadaan kesihatan aku da semakin teruk..
Seminggu aku tak dapat nak telan nasi .. dan teringin sangat nak minum air buah kelapa.. tup2 di suatu petang, adik aku jrit.' Kak nani, Ada kawan kak Nani datang' . dalam hati aku masa tu tertanya2 siapa yang datang..
Bila aku pusing je kat pintu, ARGHHH Dia datang...!!!!..
Aku control macho lagi.. tapi disebabkan dia datang bawak 4 biji buah kelapa.. ( macam tau2 je) Macho dan ayu aku pun hilang.. MINUM TAK PNDANG KIRI KANAN DA.. hahaha.. TERUS SIHAT LEPAS TU HA3.
TAPI DI SINI LAH KLIMAKS CERITA KAMI:
Mak : Azrul, sekarang kamu da tengok nani sakit macam mana kn? jadi kalau kamu da tak nak berkawan dengan nani pun tak pa.. mak cik faham.. cari lah pempuan lain yang lebih sesuai untuk masa depan kamu.. Nani ni sakit..Mak Cik takkan kecik ati kalau kamu tak sanggup terima dia..
Azrul: InsyaAllah mak cik , andai mak cik izinkan , saya akan hantar rombongan meminang Nani dalam bulan 12 ni..
Laju je empangan mata mak aku pecah. Dalam hati aku tak sudah2 membisikkan kalimah ALHAMDULILLAH.... ALLAHU AKBAR... YA ALLAH KAU BALAS LAH PENGORBANAN PEMUDA INI DENGAN SEJUTA RAHMATMU YA ALLAH...
22/12/2013
OUR ENGAGEMENT DAY!!
No comments:
Post a Comment