TERIMA KASIH IPPT, TERIMA KASIH KAWAN2....

Wednesday, 3 April 2013



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

entri kali ini saya cuma nak berkongsikan rasa terharu saya  di atas  sumbangan yang saya terima daripada staf2 di tempat kerja saya... INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU..

ni bahagian hadapan tempat kerja aku..

 Hanya air mata dan lafaz kesyukuran yang dapat aku katakan di atas keprihatinan dan sumbangan yang tidak aku jangkakan. Secara jujurnya yang mengetahui tentang pembedahan tu hanya keluargaku dan staf di jabatan aku sahaja.. mereka juga telah maklum perihal borang JPA yang aku da hantar tu (tapi masih menanti jawapan lagii..... 

Minggu lepas keadaan kesihatan aku memang berada pada tahap yang tak berapa baik .. jadi selama seminggu aku berada di Taiping ( rumah mak) dan hanya MC sahajalah..( hari2 ulang alik pergi hospital ambil ubat) . Emel pun aku tak buka.

 Tapi tanggungjawab kerja tetap kena buat.  aku gagahkan diri juga Drive balik penang dan pergi kerja isnin tu ( tapi separuh hari je mampu bertahan sebab aku tak mampu da nak bertahan kat tempat kerja tewas gak kena jumpa doktor gak... jawapannya MC lah aku isnin tu ) 

Tapi aku pelik bila pergi mana2 dan terserempak staf mana2 mesti tanya bila aku nak wat pembedahan.. aku hanya jawab dengan senyuman dan minta dorang doakan aku je.. akhirnya kepelikan aku terjawab bila aku buka  e-mel dan terbaca yang tempat aku kerja menjalankan satu kutipan untuk bantu aku..  (laju je empangan mata aku ni nak pecah)
rasa malu ada terharu ada sedih pun ada semua perasaan bercampur baur bagaikan rojak... rasa macam tak nak pergi kerja sebab aku tak nak sesiapa pun tahu aku nak kena wat pembedahan.. 

Setiap pagi bila nak pergi kerja aku selalu baca Bismillah dan cakap pada diri sendiri ( sambil pandang muka aku yang cute ni kat cermin)
' Bismillahirahmannirrahim... nani kau kena kuat, banyak lagi orang yang kau nak tolong, kau kena sihat, banyak lagi impian kau nak capai, Bumi MEKAH tengah tunggu kau'
Ni lah antara dialog aku monolog sensorang..  
Tapi biloa aku asyik dihujani oleh pelbagai soalan rasa macam nak diteriakkan pada mereka

' korang, please stop . dont ask me that question, i try to forget just for a while.. i only have few months to   enjoy my life to achieve what i want.. please understand me..give me a space to breath in peace... i have so many things to do.. intubation , icu admittion, injections here and there are nightmare to me.. i'm sick ! please dont drag me to that moment... please...' 

Korang faham tak perasaan yang aku rasakan..  ditahan di wad kerana sakit  bukan bagaikan bercuti di hotel... 

 aku faham mereka bertanya kerana concern dengan aku.. aku hargai sangat.. terima kasih atas sumbangan kalian,  aku mohon doa dari kalian agar segala urusan berjalan lancar.. izinkan aku lakukan apa yang terdaya aku lakukan.. kerana masa itu terlalu pantas bagi aku.. Semoga Allah membalas sumbangan jasa  dan keprihatinan kalian.. 
 doakan aku ye... hehehe.. sayang kalian kerana Allah...


 

No comments:

Post a Comment