WASIAT RASLULLAH S.A.W (part1)

Tuesday, 16 July 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri kali ni cuma Nani nk kongsikan sikit pembacaan Nani petang ni... Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya...

Sabda RASULULLAH S.A.W
" Ada 6 perkara baik tetapi 6 perkara lainnya lebih baik daripadanya"

1) Keadilan itu baik TETAPI keadilan yang dijlnkan oleh seorang pemimpin itu lebih baik.

2) Sabar itu baik TETAPI sabar yang dilakukan oleh orang fakir itu lebih baik.

3)  Wara ( sifat hati2 dalam agama) itu baik TETAPI wara yang dilakukan oleh seorang ulama itu lebih baik.

4) Sifat dermawan itu baik TETAPI kedermawanan yang dilakukan oleh orang kaya itu lebih baik.

5) Taubat itu baik TETAPI taubat yang dilakukan oleh seorang pemuda itu lebih baik.

6) Malu itu baik TETAPI malu yang disandang oleh seorang wanita itu lebih baik.

# ###########################################

1) Seorang pemimpin yang tidak adil seperti awan tanpa hujan.

2) Orang fakir yang tidak sabar seperti lampu yang tiada sinarnya.

3)  Seorang ulama yang tidak memiliki sifat wara seperti pohon yang tiada buahnya.

4) Orang kaya yang tidak dermawan seperti tanah yang gersang.

5) Pemuda yang tidak mahu bertaubat  seperti sungai yang tiada airnya.

6) Wanita yang tidak mempunyai sifat malu seperti masakan yang tiada garamnya.

***** Sekian.... Syurga Firdaus Kegembiraanku...

No comments:

Post a Comment