Hapuskan air matamu

Friday, 22 November 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Just sharing my experienced...

Jika anda melawat adik berdik , saudara mara atau rakan taulan yang sakit.. pls..pls.. pls... dont cry in front of them...  di suatu ketika dahulu aku pernah merintih... aku pernah mengenakan syarat kepada rakan2ku... andai aku sakit.. please jangan datang melawat atau kalau nak datang juga jangan titiskan airmata kalian depan aku...

Aku pernah meminta jasa baik kawan2 supaya jangan dihubungi ahli keluargaku andai aku di masukkan ke wad.. taiping dan kubang kerian bukan  jarak yang dekat bagi mereka yang tiada kenderaan...aku risau keselamatan mereka diketika perjalanan itu nanti..

Aku pernah meminta supaya aku tidak ditidurkan , supaya tidak dimasukkn tiub padaku.. tapi andai keadaan mendesak aku minta pastikan aku terjaga kembali... kerana itu terlalu sakittt bagi aku...

Kenapa banyak sangat syarat yang aku kenakan? Tiada lain difikiranku... aku tidak mahu keluarga yang lama tak ku temui melihat aku dlm keadaan sakit.. aku tidak mahu melihat mereka bersedih.. aku tidak mahu ibuku bimbang, aku tidak mampu melihat air mata kesemua ahli keluargaku.. JUJUR AKU LEMAH!

Air mata yang tumpah hanya kerana melihat aku dalam kesakitan akan bisa melemahkan semangatku... ! Tolonglah maniskan mukamu.. teruskan senyummu.. agar aku tau kamu menyokong aku.. air matamu hanya menyakitkan aku lagi.. aku memerlukan sokonganmu...
JUJUR... jangan tangisi ujian untukku.. please pray for me.. tidak mudah melupakan kesakitan.. namun itu semua tidak mematahkan semngat aku dalam menjalankan tanggungjawab harianku.. dan kesakitanku bukn penghalang kejayaanku... itu ujian yang harus aku tempuhi.. jadi pls... HAPUSKAN AIR MATAMU...

No comments:

Post a Comment