Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Tiada kata dapat diucap melainkan syukurku pada ALLAH S.W.T...
Alhamdulillah setelah ribut yang diberikan Allah datangkan pelangi..
Benar bagai di kata ada hikmah di setiap ujian yang diberikan...
Ini bukan kemenangan pada aku..
Tapi ini hanyalah hikmah permulaan sebuah kehidupan...
dan juga Hikmah mengeratkan hubungan silaturrahim yang hampir goyah terpisah..
Aku akui nikmat kasih sayang kini makin aku rasai dan aku bahagia..
Alhmdulillah Allah dekatkan aku dan suami mesti pengorbanannya amatlah besar..
Tak bermakna beliau melepaskan tanggungjawab terhadap ibu dan adik2nya.. kerana pada suamiku... meski jauh tanggungjawab tidak akan dilepaskan.. tapi sebaliknya beliau lebih yakin penjagaan Allah ke atas mereka..
Alhamdulillah ... meski aku diuji dengan masalah kesihatanku.. suami ada di sisi.. tidak seperti dulu lagi.. ke hospital seorang diri sehingga pernah ditahan polis.. namun kali ini hikmahnya.. Allah uji kami saat aku dimasukkan ke ICU lagi...
Alhamdulillah lagi saat aku diuji sakit aku berjaya tamatkan pengajianku bersama rakan- rakan seperjuanganku.. meski ketika itu aku sakit dan terpaksa AOR discaj hanya kerana kertas sekeping untuk ku berjuang...
Alhamdulillah sekali lagi bila saat aku sakit.. aku dikhabarkan yang aku sedang berbadan dua.. ya titisan air mata ini titisan syukur.. aku tidak menafikan kehadirannya meski aku pernah dikatakan yang aku tidak akan berpeluang langsung... ya Allah sungguh Maha Penyayangnya Engkau.. Maha Pemurahnya Engkau.. kurniakan aku rezeki yang aku tidak sangka- sangka.. rezeki yang selama ini ku anggap mustahil bagi aku..
aku bersyukur meski aku kini terpaksa berperang dengan pelbagai teori demi teori.. semoga zuriat ini dipelihara fizikalnya, imannya, dan rohaninya... semoga khalifah ini akan bersama- sama mempertahankan islam buat selamanya...
mohon doakan yang baik2 buat aku , kandunganku dan suamiku.. aku syang kalian kerana Allah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Alhamdulillah , Syukur ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~