ASSALMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Hari ini 19/5/2015.
ALHAMDULILLAH usia kandungan kini ialah 28 minggu = 7 bulan.Ya Allah tak terhitung nikmat yang kau berikan.3 tahun yang lalu pada tarikh ini sebenarnya Ummi sedang menhitung detik2 untuk melalukan operation paru2 di Hospital Serdang Selangor.berdebarnya jangan di kata. menangisnya da tak terkira...
Alhamdulillah 3 tahun berikutnya , yakni tahun ini ALLAH berikan pelangi yang indah dengan kehadiran kalian berdua di dalam rahim Ummi..sangat2 tidak terduga nikmat ini..Tidak pernah terlintas di fikiran Ummi , yang ummi akan hamil apatah lagi hamilkan anak kembar...SUBHANALLAH... Allah Maha Besar!!
berita kehadiran kalian Ummi dan Baba sambut dengan linangan airmata..3 tahun penantian kami.. meski tidak selama insan lain, tapi kata cemuhan dan hinaan orang lain yang menilai rumahtangga kami benar2 mencabar hati2 kami berdua ketika bergelar pasangan jarak jauh...kerdilnya diri ini, bila orang menilai tahap kesihatan ummi yang terang dan jelasnya selalu sakit keluar masuk wad dan ICU...Tidak cukup dengan itu, Allah menguji kami dengan sebesar2 ujian yang hanya kami sahaja yang tahu sakitnya ketika itu...Putus asa? yang kami berdua pernah putus asa antara satu sama lain..tapi Allah yang maha Mengetahui telah menentukan jalan hidup kami...
Kami memilih untuk memulakan kehidupan bersama dan memulakan segalanya dari mula...kami menjalani kehidupan dengan setenang dan sebahagia yang sukar kami kongsikan kerana bahagia ini kami yang rasa..kami berterima kasih dengan pengalaman lalu.. dan kami mensyukuri nikmat yang diberikan kini..
Duhai anak2 ketahuilah oleh kamu,Ummi dan baba sangat menantikan kehadiran kalian...jujur penat sangat nk berulang alik ke Pulau saban minggu...perjalanan menempuh jem, menantikan kehadiran doktor yang hampir 3-4 jam namun jumpanya hanya 20 minit shaja, menempuh pula masa mengambil ubat dan kemudian balik... badan dah lesu sangat2...tapi melihat muka Baba yang tak lekang dengan senyuman dan tidak pernah mengeluh buat Ummi terfikir...
Allah maha adilAllah kurniakan Ummi suami yang sangat penyayang dan sangat penyabar...suami yang tidak mengeluh terpaksa tinggalkan kerja demi Ummi dan kalian..suami yang sanggup bersengkang mata urutkan pinggang dan usapkan perut Ummi saat kalian aktif bermain di kala jam 3 pagi...suami yang akan kucup dahi Ummi saat ummi menangis menanggung sakit dada dan perut...
Allah , ummi nak kalian tahu...ummi dan baba sayangkan kalian kami tidak sabar tunggu kalian keluar ...buat suamiku, doa ku titipkan semoga setiap pengorbanan mu Allah balas dengan ganjaran SyurgaNya...aku sayang kamu kerana kamu adalah jodoh yang da tertulis untukku....
`````` Syurga Firdaus kegembiraanku``````