Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) disebabkan wabak Covid-19 ini
kita semua belajar mengenai Penjarakkan Sosial, Cara Pencucian Tangan,dan juga ibu
bapa mula menjadi GURU di rumah . Semua ini merupakan PERTAMA KALI bagi kita
semua.Kaknii juga tidak terkecuali. Meski anak baru berusia 4 tahun. Mula- mula anak
dapat kerja sekolah dari cikgu tu kaknii da rasa seronok sekurang-kurangnya anak2 ada
aktiviti nak dibuat. Tapi hari demi hari kaknii mula perasan anak kakni tidak kenal ABC, 123 ,
tidak kenal warna dan bentuk. Mula- mula tu cuba untuk pujuk diri "Takpa anak baru 4
tahun" Minggu pertama ajar anak ABC kakni da mula stress. Bukan mudah mengajar budak-budak
rupanya walaupun mengenal abjad sahaja. Jadi Kakni tukar cara kepada "SANTAI TAPI SAMPAI".
TIPS 1: PERUT KENYANG SENANG HATI
Berikan anak- anak makan sebelum memulakan sesi pembelajaran supaya anak- anak mempunyai
tenaga dan dapat memberikan tumpuan ketika belajar.
TIPS 2: POSISI
Posisi kedudukan jika boleh sebelah dengan anak atau hadapan mereka supaya memudahkan proses
EYE CONTACT dan anak- anak pun rasa bagai disayangi kita bila dekat dengan mereka.
TIPS 3: TENANG
Ibu bapa perlu tenang ketika sesi pembelajaran. Anak- anak akan tenang bila ibu bapa tenang.
Jagaan emosi itu penting supaya anak- anak tidak hilang fokus.
TIPS 4: PUJIAN
Berikan pujian setiap kali anak- anak berjaya menguasai task. Sekiranya anak- anak tidak
berjaya elakkan kritikan tapi tukarkan ia kepada sesuatu yang positif. Contohnya
" Wah, cantiknya tulisan Amin, kalau Amin tulis macam ni lagi cantik!"
" Gud Job"
" Sorry, Please try again" ( macam suara game tu... )
TIPS 5: SATU DEMI SATU
Tunjukkan langkah demi langkah dengan jelas dan teratur kepada anak- anak supaya penerangan
tersebut jelas dan dapat difahami.
TIPS 6:BERHENTI SEBELUM BOSAN
Kalau boleh sebagai ibu bapa ni kita nak cepat- cepat siapkan tugasan. Maklumlah nak terkejar
masak lagi buat kerja rumah lagi. Jadi perlu untuk kita tetapkan tempoh pembelajaran satu- satu
tugasan Tidak perlu lama bagi sesuatu tugasan tu memadai setakat anak boleh fokus sahaja. Jika
anak sudah menunjukkan kurang minat sebaik sesi pembelajaran dihentikan untuk mengelakkan
anak berasa tidak seronok belajar dan merasakan stress setiap kali di ajak belajar.
TIPS 7: PLAY AND LEARNS
Lumrah sifat kanak- kanak tu sukakan bermain. kalau boleh selagi tak penat tu duk la main tak
berhenti. Jadi gunakan kelebihan itu sebagai cara untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok.
Ia juga boleh dilakukan sebagai latihan pengukuhan buat anak- anak .
Contoh: ketika anak sedang bermain kereta mainan.
" Wah banyaknya kereta adik, ada berapa semua ni? Jom kira"
" Umi nak kereta warna Merah boleh?"
"Cuba kira, kereta ni ada berapa biji tayar?"
Sampai sini dulu perkongsian kaknii.. Kaknii juga masih belajar menjadi ibu dan ini merupakan proses belajar yang tidak akan pernah habis. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Kaknii dan yang membaca...