FRIENDSHIP DAY...

Monday, 20 May 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

Entri kali ni just nak share pasal event malam semalam (wah event gituuu).. hehe..
Actually malam semalam Nani anjurkan Gathering dengan kawan2 tempat kerja.. Since dulu kami semua di department yang sama sebelum di pindahkan dan department kami di tutup untuk sementara.. Kami tak sempat nak buat makan2.. jadi alang2 da nk cuti ni Nani plan nak berkumpul semuanya.. Walaupun bajet atas diri masing2 haha.. Kira Nani hanya perancang bukan penganjur hehe..

So kome semua boleh tengok ler gambo2 kat bawah ni ye..



















Buat sahabat,
Bertemu kita kerana Allah,
Berpisah kita kerana Allah,
Jangan ditanya bagaimana kita bermula,
Kerana Segala yang berlaku adalah dengan izin dariNya,
Meski permulaan pertemuan ini pahit,
Namun pastikan Manis diakhirnya,
Yang kita inginkan bukan permulaan tapi pengakhiran yang baik..

Terima kasih atas kehadiran kalian
Terima kasih kerana telah mewarnakan hidup ini
Meski lidah pernah bertikam
meski hati pernah tergores
Jernihkanlah kembali tautan ukhwah ini dengan rantaian sutera kemaafan 

SEKIAN...

~~~~~ Semoga kita bertemu lagi~~~ Salam Sayang ~~~

WHAT WE SHOULD DO ON MONDAY???

Sunday, 19 May 2013

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Monday blues je rasa nak kerja.. hehe biasa lah baru habis berhujung minggu semalam heee.. Selalu hari isnin ni mengingatkan Nani pada beberapa perkara...

1) Monday Blues: 
rasa malas je nak kerja.. ( haip jangan malas2 kalau nak Gaji yang berkat)


2) Monday's couple: 
mestilah Ji Hyo dan Gary Running man hehe ( sweet sangat2)




3) Amalan puasa Isnin dan Khamis





4) Zikir Isnin

5) Aura Warna



Sekian, salam sayang dari Nani... Assalammualaikum..

KENALI GIGI ANDA

Thursday, 16 May 2013

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Hai, apa khabar? Sihat? U oll  da makan ke belum? Ok ye pembaca semua, lepas makan jangan lupa  kumur2 dan gosok gigi.. Penting tu gigi u oll tu.. Kenapa gigi penting?! 
Ni nani nak beritahu ni... 

Jenis2 gigi dan Fungsi2 gigi 

( maklum ler sejak , 2 menjak, 3 menjak Nani da tukar Department kat bahagian GIGI ni jadi lebih concern lah dengan gigi ni)

Sharing from google..


Ok, just for briefing jer..  Gigi terbahagi kepada GiGI SUSU dan GIGI KEKAL..
GIGI SUSU.. akan mula tumbuh dari usia 6 bulan sehingga 5 tahun.. berjumlah 20 batang sahaja.. Da namanya pun GIGI SUSU jadi Gigi ini tidak kuat dan tidak kekal... Gigi ini juga akan digantikan dengan GIGI KEKAL  dimana jumlahnya adalah sebanyak 32 batang gigi...







------ok, sampai sini sahaja.. next entri pulak sambung ye--- 


             .....salam sayang... 

KRONOLOGI AKU DAN DIA..

Wednesday, 1 May 2013

ASSALMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai semua pembaca, apa khabar u olls? sihat ke? haishh banyak pulak sawang labah2 kat sini tau.. baru 2 minggu tinggal. hari ni nani nak menjalankan proses pencucian .. MEH ler sapa2 yang nak tolong tu...

Sebenarnya 2 minggu menghilang bukan ke mana pun cuma sibuk dengan Majlis akad nikah dan resepsi kedua2 belah pihak.. hah.. u olls..Alhamdulillah.. nani da selamat di ijabkabulkan dengan pasangan Nani.. MOHAMAD AZRUL BIN ZAIBIDI.. pada 20/4/2013..

Bila Nani renung2 balik ler.. perjalanan hubungan kami mudah je Allah aturkan.. 

MUKADIMAH PERKENALAN: ( DI INBOX FB)

A: Assalammualaikum , mek, Awat hang sombong sangat.. amboih tau la aku ni dari kelas hujung... huhu

N:Waalaikumslam , uit sapa sombong? aku bz ler.. Nah ni no aku 013-*******
 
Berbulan2 selepas mcj tu, tak dak sapa pun kontek.. tak dak la tunggu sangat.. Tapi nak tau la juga sapa dia mamat kerek sorang ni...

15/9/2012

 Di suatu petang yang nyaman, (ececeh) tiba2  telefon ku berdering.. bagaikan suara seorang lelaki dihujung talian sana.. ya. tekaan ku betul.. Setelah pemanggilnya memperkenalkan diri baru aku tahu  ini lah gerangan mamat kerek yang da berbulan aku bagi no telefon tapi tak kontek aku pun ..

Bermula petang itulah kami memulakan sesi orientasi.. Sejujurnya masa ni aku hanya selesa berkawan. Tak terlintas nak jadikan Bakal suami .. sebab aku masih memerlukan petunjuk dari Ilahi.. 
( P/s: Mata manusia bisa menipu apa yang dilihat , tapi tidak pada mata hati kerana mata hati cahayanya dipandu oleh petunjuk ilahi sekiranya sentiasa di jernihkan dengan istikharah)




Tapi, hari demi hari makin banyak perkara yang dikongsi.. Sehinggakan Aku tidak pernah sedar Kami berdua pernah belajar di sekolah yang sama.. hehe ( Khusyuk betul aku dengan buku.. kononnya hehe)

ni lah sekolah kami belajar sama2..
ni kelas beliau... jumpa tak beliau yang mana satu hehe

ni gambar kelas kite.. nampak tak yang paling cute kat situ? haha

Nov 2012

Bulan ni sedih sikit ler.. sebab bulan ni Aku ditahan di ICU selama 2 hari dan  bergantung sepenuhnya pernafasan dengan mesin.. selama seminggu aku berada di wad.. dan DIA ada datang..
lepas dapat keluar wad tu hari2 Dia hantar mesej tapi aku betul2 tak larat nak balas .. lagipun aku tak rasa DIA sanggup nak  beristerikan orang sakit macam aku ni.. apatah lagi aku memang down gila bila  masa tu dapat tau keadaan kesihatan aku da semakin teruk..

Seminggu aku tak dapat nak telan nasi .. dan teringin sangat nak minum air buah kelapa.. tup2 di suatu petang, adik aku jrit.' Kak nani, Ada kawan kak Nani datang'  . dalam hati aku masa tu tertanya2 siapa yang datang..

Bila aku pusing je kat pintu, ARGHHH Dia datang...!!!!..
Aku control macho lagi.. tapi disebabkan dia datang bawak 4 biji buah kelapa.. ( macam tau2 je) Macho dan ayu aku pun hilang.. MINUM TAK PNDANG KIRI KANAN DA.. hahaha.. TERUS SIHAT LEPAS TU HA3.

TAPI DI SINI LAH KLIMAKS CERITA KAMI:

Mak : Azrul, sekarang kamu da tengok nani sakit macam mana kn? jadi kalau kamu da tak nak berkawan dengan nani pun tak pa.. mak cik faham.. cari lah pempuan lain yang lebih sesuai untuk masa depan kamu.. Nani ni sakit..Mak Cik takkan kecik ati kalau kamu tak sanggup terima dia..

Azrul: InsyaAllah mak cik , andai mak cik izinkan , saya akan hantar rombongan meminang Nani dalam bulan 12 ni..

Laju je empangan mata mak aku pecah. Dalam hati aku tak sudah2 membisikkan kalimah ALHAMDULILLAH.... ALLAHU AKBAR... YA ALLAH KAU BALAS LAH PENGORBANAN PEMUDA INI DENGAN SEJUTA RAHMATMU YA  ALLAH... 

22/12/2013

OUR ENGAGEMENT DAY!!





20/4/2013
AKAD NIKAH




RESEPSI DI RUMAH NANI









27/4/2013

RESEPSI SEBELAH LELAKI

SEKIAN... KRONOLOGI AKU DAN DIA.. MOHON DOA DARI KALIAN SEMUA... SEMOGA KEBAHAGIAAAN KAMI SEHINGGA KE JANNAH.. AMIN

* SESAPA YANG GAMBAR TAK TERMASUK MAAF YE SEBAB SAYA MASIH MENANTIKAN GAMBAR2 YANG LAIN...