AFTER 1MONTH++ OF BRONCHIAL THERMALPLASTY

Wednesday 4 September 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Baca tajuk pun kome semua da boleh tau apa Nani nak beritahu kan? yup, i want to share with all readers  what i feel? how my life? after 1 month++ of BT...
Alhamdulillah bersyukur sangat sebab rasa bagaikan mimpi ngeri Nani da berakhir.. hehe Kalau dlu hampir setiap hari ke KECEMASAN  hospital terpaksa sedut gas (nebulizer), then ZON MERAH tu da macam perkara biasa je pada Nani..  Wad sudah bagaikan rumah kedua... ICU bagaikan wad kelas pertama untuk Nani... hah sampai macam tu Nani boleh katakan , so kome boleh fahamkan how frust i  am with my life...? how tired i am with my illness? begitulah hari suram yang Nani lalui.. penuh dengan rasa terkilan dan kecewa...

Tapi alhamdulillah keluarga dan sahabat sentiasa ada bagi kata semangat.. dan Nani percaya Allah takkan uji kita dengan perkara yang kita tidak mampu... InsyaAllah pasti ada hikmahnya...

YEAHHHHHHH!!!! Alhamdulillah sudah sebulan lebih selepas prosedur BT.. nani da bekerja.. meskipun light duty tapi nani da kurang ke hospital...  takdelah setiap hari.. da sebulan ni da boleh naik tangga... da tak tido kat ruang tamu da hehehe... Nani pun da tak terjaga malam sebab lelah.. pendek kata.. rasa badan macam da sihat n lain dari dulu...( macam da jadi transformers haha) 


Syukur Alhamdulillah.. meskipun doktor kata  prosedur ni hanya untuk mengurangkan kekerapan dapat asma.. tak pe.. yang penting dapat lebih baik dari dulu itu pun nani da syukur...

 Thanks  to all insan2 mulia yang terlibat...

luv u olls...

****** SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU******

1 comment: