Assalmmualaikum dan salam sejahtera
Hai korang...
Lama dah kaknii tak hupdate blog ni..
Just some sharing of my experience...
Selalu kaknii dapat soalan macam ni
1) selalu menyusu sorang2 ke menyusu dua-dua sekali?
2) cukup ke susu nak bagi kat kembar?
3) malam anak kerap bngun menyusu ke?
Jujur cakap dari awal tahu mengandung kaknii da set nak mnyusuan anak sendiri.. apatah lagi bila tahu kembar...
Usia kandungan 6 bulan kaknii da beli breast pump da...
Da search da apa makanan banyyakk susu..
Tapi kesilapan kaknii , tak search apa faktor susu akan drop!!
Ya hat ni kaknii ngaku kaknii tak pandai. Hihi
Once baby2 lahir sorang di nicu sorang di wad nursery hospital penang...
Ada nurse datang ajarkan menyusu...
On the first day kaknii dapat pi tengok anak di wad nursery...
SubhanAllah seronok mase tu tengok azeem sampai tak perasan baju basah susu da start keluar banyak ... rupanya sebab happy tengok anak
Susu akan produce lebih banyak.... ( ni pelajaran pertama kaknii:nak produce susu kita kena happy)
Masa melawat petang azad dah dipindahkan dari nicu... subhanAllah berganda2 happy makanya petang tu dapat bagi direct feeding pada anak2... masa ni baru bagi sorang2 menyusu..
On day 4 of babies life....
Bermula perjalanan cerita penyusuan kaknii... hihi panjang pula mukadimah.. :-)
Kaknii dapat discaj.. anak2 masih di wad nursery kerana azad memerlukan
pemantauan lebih. Selama 2 hari kaknii berulang kepala batas ke hospital
Pulau pinang dengan luka czer huhu sakitnye jangan ditanya... gigih berulang tempuh jem pi balik pun tak pa .. asalkan anak dapat susu kaknii
On day 9 of babies life...
Azad dan azeem dah boleh discaj...
Salam perkenalan kaknii dan suami tak tidur huhu
Sejam sekali anak bangun nak menyusu...
Bila nangis dua2 kaknii da mula rasa stress sebab kaknii tak pandai bagi
menyusu dua2 dan badan da letih yang amat sangat..
Suami memang banyak mainkan peranan ...suami akan bangun sama2
Dan tolong tenangkan KAKNII
Dari hari ke sehari KAKNII makin stress ...
Mana taknya...
Lepas sorang.. sorang lagi pula menyusu smpaikan kaknii tak tidur pun
Dan kami duk ulang alik hospital penang, klinik kesihatan, hospital bukit mertajam dan hospital seberang jaya... hah korang nampak tak gandaan stress tu... huhuhu
Kalau tak pandai manage memang boleh meroyan!!!
Kaknii dapatkan nasihat dari kawan2 kerja dan kawan2 belajar dulu... macam2 tips diorang bagi...
Dalam banyak2 tips tu kaknii baru perasan yang ada beberapa perkara kaknii terlepas pandang untuk maintainkan penghasilan susu...
1) minum air yang banyak..
Bukan 3liter ye.,, kak nii dulu minum beriye 3 liter.., rupanya tak cukup dikk oiii nk menyusu dua orang anak lelaki... badan da jadi kering kontang..., tipsnye., sebelum dan selepas menyusu kena rajin2 minum air...
2) banyakkan makan nasi
Kaknii pantang sendiri jadi semua benda buat sendiri... bila badan dah rasa letih lebih prefer tidur... hakikatnya badan yang letih perlukan tenaga yang dihasilkan daripada makanan.... kerana ketika menyusu banyak kalori yang dibakar... makanya makan pun suami yang suapkan smbil susu anak dulu huhu...
3) Rehat yang cukup
Yang ni kaknii sush nak dapatlah hihi....mungkin hampa yang ada orang jaga masa pantang dapat rehat sikit hii
4)jaga jadual pam susu..
Yang ni tipps paling penting yang buat kaknii tepu dahi bila tahu!!
Masa anak dengan kaknii, anggapan kaknii kita tak payah pam sebab anak da direct feeding kang pam habis pulak susu.... huhuhu... cetek ilmu mase tu ... hakikatnya kalau jaga jadual pam susu insyaAllah lebih banyak susu dapat dihasilkan. Bila tau je tips ni... setiap kali menyusukan anak. Kaknii akan pam sebelah lagi atau apakai milk collector.. mase bulan pertama nak catch up balik production susu memang nak nangis!!! 2 jam pam 1 oz je!!!! Huhuhuhu
Masa anak umur sebulan setengah kakni bawa ke klinik kesihatan untuk check up... kebetulan doctor tu pun mengandung anak kembar. Bila tau pasal sakit kaknii dan berpantang sendiri doc pun suggest bagi anak formula milk untuk naikan berat badan kembar.... tapi die tak cakap lah jenama apa...
Kaknii terus cari kat farmasi... susu untuk baby prem... again air mata tumpah lagi... rasa down sangat bila kena bagi anak susu formula... aptah lagi harga sebotol rm 80++ dengan pampers yang kerap sehari sorang 10 keping.... boleh nangis bucu katill wooo....
Again kaknii dan suami positifkan diri...
Takpalah bagi anak susu formula sat sampai susu kaknii ada balikk...
Tawa dalam tangisan kami laki bini masa ni....
~~~~~~ to be continue~~~~~~~
No comments:
Post a Comment