Lama Nani tidak menulis kerana kesibukan menguruskan hal kerja dan hal harian.. hari ni Nani nak share sedikit info berkaitan Alfafa... kalau siapa yang tak tahu apa itu alfafa.. meh nani terangkan sikit... Alfafa ni sejenis tumbuhan herba yang pernah digunakan suatu ketika dulu.. dan kini nani dapati ramai juga ler yang amalkan pemakanan alfafa sebagai supplemen...
Ada yang makan untuk kurangkan kolestrol, asma, resdung dan macam2 lagi.. tapi apa yang boleeh nani nasihatkan.. pilihan ditangan kita.. jadi seeloknya sebelum mengambil apa2 supplemen kaji dulu bahan dalam tu.. especially mereka yang menjualnya.. anda kena pastikan bahan produk yang anda jual.. jangan sorokkan maklumat yang penting untuk pengguna semata2 mahukan keuntungan.. contoh sekiranya supplemen tu tak sesuai untuk penghidap sakit jantung TOLONG TANYA CUSTOMER ANDA ADAKAH DIA PENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG ATAU APA2 PENYAKIT YANG ANDA TAHU KONTRAINDIKASI BAGI PRODUK JUALAN ANDA... Bukan apa kalau jadi apa2 kat customer anda tu memang anda akan dapat untung juga tapi nak ke kome hasil untung setelah memberikan kesusahan pada orang lain.. ( PLEASE THINK TWICE)
Nani tahu mungkin ada yang da menggunakan produk alfafa tapi rasa ok je kan? malah mungkin makin baik... yup ALHAMDULILLAH.. tapi jangan lupa buat medical check up untuk pastikan tahap kesihatan anda ye.. ni berdasarkan pengalaman nani sendiri.. nani akui nani macam korang gak.. siapa tak nak sihat.. ye dak? nani ada beli produk alfafa.. dan nani ada buka internet dan dapati banyak ler kebaikan dia untuk nani.. but after 1 week makan produk tersebut tak semena2 nani dapat asma attack yang teruk dan naik bintik2 allergic lepas nani makan produk tu pepagi sebelum pergi kerja... Selamat sempat pergi hospital ambil ubat ...
Then nani duk ler memikir benda apa yang nani allergic sebab honestly no seafood and no antibiotic cloxacillin within this week... then nani buka Fb dan terjumpa bacaan ni... nani rasa sesuai untuk pengetahuan kita semua.. sabar ye.. nani tak salahkan produk tu sebab salah nani tak kaji betul2 dan taksub sangat nak cepat sihat... pilihan ditangan kita nak mulakan atau stop ok... jom baca link ni sama2 dan renungkan..
1.... .Alfafa by medlineplus
pilihan di tangan anda.. jika anda rasa badan anda serasi nak menggunakan produk silakan untuk diteruskan, tapi nasihat saya dapatkan nasihat doktor bagi mereka yang mengamalkan tapi anda juga turut menghidap penyakit ok.. Waallahu a'alam...
* saya tidak mengatakan produk ini tidak baik.. tapi saya cuma sarankan anda untuk menyelidiki dahulu sesuatu produk dan dapatkan khidmat nasihat mereka yang lebih arif.. semoga kita sama -sama mendapat manfaatnya... sekian... terima kasih
No comments:
Post a Comment