ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Pelikkan kenapa Nani letak tajuk cili sedangkan yang tengah glamour sekarang ni ialah KANGKUNG... macam2 gambar macam2 ayat yang dikaitkan dengan kangkung hehe lucu bila baca cara kita mengekspresikan rasa seorang rakyat kepada pemerintah...
ok pause no more kangkung here... bukan apa nani nak bercerita pasal cili... hehe...tak dak apanya pasal cili harga naik ke turun ke kita tetap suka makan pedas.. kalo tak makan pedas atau masak tak pakai cili tak sah walaupun hanya untuk hiasan..
begitulah nani ibaratkan persahabatan nani dan kawan2 nani... sentiasa panas.. tiada dingin.. Alhamdulillah.. kami gila bersama.. suka bersama.. sedih bersama.. kalau ada orang buat tak betul sehinggakan kawan kami menitiskan airmata.. memang nk kena panahan sumpit la orang tu... haha
seriously kami terlalu akrab dari kecil since 9 tahun( after move from melaka to perak) dan sampai sekarang... kalau balik kampung seboleh2 nak berjumpa lepak2 sama2 tiada rasa bosan walaupun hakiktnya topik tu da bincang kat FB/ whatsapp/mcj
ok nani tau korang pun mesti ada kan kawan baik mcm nani cerita ni.. actually semalam one of trio kembar ni telah menamatkan zaman bujang.. jadinya ada lagi 1 lah kembar yang bujang lagi.. ehe... tengok dia akad nikah semalam kenangan lama mula menggamit ingatan...
macam tak percaya kami berkawan dari kecil sampai sekarang! dari kecil duk ulang alik rumah hang rumah aku haha... da besar da ye kita semua.. cepat sangat masa berlalu...
terimbau kenangan sama2 wakil sekolah main bola jaring, bola baling... kita main rounders kat padang sampai tak cukup tanah padang tu korang lari tangkap bola... main badminton petang2 hari bergelanggangkan jalan raya.. bernettkan basikal... melepakkan diri di depan rumah bergosip macam2 story.. menghilangkan tension dengan makan2 ( abis sume kedai makan taiping kita da rasa tapi tetap ler bihun sup wakaf tu jugak yang dicarinya haha) melalak kat karaoke sampai tercabut anak tekak( walaupun cuma yang dipilih lagu slow je pun haha bajet jiwang ler nyanyi lagu spin berasa suara sodap dah haha) menangis sama2 bila ade yang kecewa bercinta.. ( xpasal2 budak laki tu kena sumpit dengan kita reramai.. haha rasakan siapa suruh buat kawan2 kita kn2?) tak kira kecewa bercintaa ke kecewaa study ke kecewa apa je r we always support each other.. hehe thanks guys
konon study group sesama walau hakikatnya kita belajar di sekolah berbeza tapi buku teks kn sama haha studynye 5 minit boraknya 2jam haha... selagi mak masing2 tak mesej balik jawabnye memang berkhemah ler sumenye kat rumah orang haha... gara2 lambat balik tak pasal2 mak aku kunci pintu selamat kakak aku tolong bukak kan haha.. esok nmpak je mak dah menikus kwang2...
kalau nak ditulis banyak sangatttt... guys i luv u olss .. seriously... ! ( wahhhh da nangis ni) terima kasih kerana mewarnakan hidup Nani.. korang sume bagaikan cili.. kecik2 dulu akai banyak norh.. da besar ni korang tetap shining dan persahabatan kita sentiasa HOT!!!
buat yang da menamatkan zaman bujang.. semoga perkahwinan yang dibina sampai ke syurga... di kurniakan anak soleh solehah... ( nanti anak2 kita pulak berkawan macam kita haha)
buat yang masih bujang.. insyaAllah jodoh terbaik sedang menanti korang.. Nani sentiasa mendokan
Persahabatan ini kerana Allah
kita jatuh kita bangun
gengaman tangan ini jangan dilepaskan
teruslah kita berpaut
supaya kita sentiasa bersama
ukhwah ini bukan dirancang
ukhwah ini hadiah dari Nya
untuk kita hargai
untuk kita sayangi
semoga ukhwah ini tak roboh dek badai yang menggila
semoga ukhwah ini membawa ke syurga..
grows old together..
luv u lillahitaa'la...
insyaAllah
No comments:
Post a Comment