Kau hina maruahnya
Kau caci sejarah silamnya
Kau pertikaikan kelemahannya
Kau lupa kau manusia juga seperti dia
Punya kelemahan
Punya sejarah silam
Punya angan2 masa depan yang kau sendiri belum pasti
Pintanya cuma secebis perlindungan
Tidak kurang lebih cukup setitik kasih sayang
Andai hadirnya dia hanya satu bebanan
Kau lepaskanlah
Andai hadir dia hanya satu kesusahan
Kau lepaskanlah
Andai hadir dia menenggelamkan masa depanmu kau lepaskanlah
Dia punya kelemaham
Dia punya kekurangan
Sekurang-kurangnya cukup kau hargai
Jika itu juga tidak mampu kak penuhi
Simpankan yang manis buangkan yang pahit
Tiada dendam dihatinya
Hanya kekal dengan redha ketentuan takdirnya
Tiada dendam dihatinya
Kerana dia telah lama terluka
Jika ingin membenci
Tidak mengapa
Dia mengerti
Hanya kucing kurap yang kau kutip kau jadikan tuan puteri
Jangan terus berteka teki bimbang kau gantung dia tidak bertali
Dia masih kekal begitu
Meniti hari hari
Tanpa kenal erti sepi
Kerana sepi itu terlalu sinonim
Tanpa kau hidupnya mungkin hilang seri duniawi
Tapi masih tetap bergantung pada Ilahi
Jangan dikhuatiri
Kerana dia tidak bodoh lagi
Biarkan dia tenang dengan ketentuan Ilahi
(Firdaus farhani.... syurga Firdaus kegembiraanku)
No comments:
Post a Comment