TAMAT LIGHT DUTY

Tuesday, 25 February 2014

ASSLAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Sudah cukup 9 bulan aku mengorak langkah di unit pergigian ni. mempelajari ilmu2 baru. melalui pelbagai perkara yang semuanya ku anggap sebagai pelajaran.. 
kerana prinsip aku.. hidup ini bagaikan sebuah pengembaraan , insan yang ditemui jadikan kawan, kerana suatu hari nanti mungkin kita akan bertemu kembali dan memerlukan pertolongannya pula kerana hidup ini ibarat roda kita tidak sentiasa berada di atas 

aku di sini kerana doktor da isytiharkan aku untuk buat light duty disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beberapa tahun lalu. Namun selepas Julai 2013 , Alhamdulillah semput tak seteruk dulu dan tiada rekod masuk wad. cuma bila keadaan sejuk sangat especially time hujan memang terasa sakit sangat dada ni di bahagian belakang radiate to tangan  kadang2 menitik gak r air mata ni. tapi tak lah seteruk dulu yang aku rasa sangat2 sakit jarum di merata2 badan.

bermula minggu hadapan aku akan memulakan kembali tugas hakiki yang aku tinggalkan.. di klinik pakar pula .. memandangkan kini da sihat jadi aku rasa da patut pun aku bertugas seperti dulu..

honestly aku masih merindui suasana kerja di HUSM kelantan.. rindu sangat dengan kesibukan kat sana.. terlalu sibuk sehingga tiada masa nak makan hati dengan sesiapa , tiada masa kita nak ambil tau hal orang dan tiada masa kita nak mencari musuh. yang ada hanyalah KAWAN.. seriously rindu dengan kerjasama yang macam dulu.. teringat macam mana mula2 kerja kalut nak pass report, nak buat admission nak bawak patient ke radiotheraphy dengan katil yang berat2 tu (tapi tak kurus pun hehe)
 dulu pun selalu je kena marah masa mula2 kerja tapi still lagi diorang ajak makan2.. memang tak ambil hati langsung! rindu sangat... bukan senang nak dapat pengalam kerana pengalaman antara kita tu berbeza..

untuk semua kawan2 di wad 3s (MISI2. MISA2. DOCTORS) HUSM dan  bekas2 pesakit serta ahli keluarga Nani rindu korang semua.. Nani doakan korang semua baik2 belaka dan dalam lindungan rahmat Allah.. InsyaAllah panjang umur kita jumpa di sana.. maafkan salah silap nani ye.. terima kasih da mewarnai hidup nani...  seriously rindu semua...

ikhlas... firdaus farhani 

No comments:

Post a Comment