1 URI , 2KANTUNG

Tuesday, 23 February 2016

UPDATE:  23/02/2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah hari ini , kandungan berusia 4 bulan.. dalam kegembiraan selalu aku kata pada diri,

" Alhamdulillah, Nani.. da sampai bulan ke 4, Allah bagi pinjam sehingga kini.. syukur"

Namun seringkali aku ingatkan pada diri, untuk titipkan doa buat sahabat- sahabat yang masih menantikan
kemunculan zuriat, kerana aku ingin mereka rasai juga nikmat ini... aku ingin bergembira bersama mereka..

kerana aku pernah berada di tempat mereka juga.... Semoga Allah kurniakan mereka juga cahaya
kegembiraan ini...

Hari ini temujanji dengan pakar perunding KLINIK IBU DAN ANAK Hospital Pulau Pinang... Perjalanan

yang mencabar di petang hari yang terik... Alahmdulillah Allah pinjamkan kekuatan... sesi details scan

dengan DR Ravinderjit Kaur berjalan lancar... dan aku gembira... Doktor mengatakan kandunganku
kembar 1 uri dan 2 kantung, namun zuriatku seorang lebih kecil  dari yang seorang lagi kerana kedua- 
duanya mendapatkan makanan dan bekalan zat dari uri yang sama, jadi berlaku persaingan...

Jadi setiap bulan aku perlu datang melakukan pemeriksaan yang rapi dengan doktor lagi...

Geli hati.. bila aku sampaikan pada ibuku, menurut mak sama macam adik2 kembarku dulu.. Nizam  kecil

 dari Najib sebab zat tak cukup hihi.. sampai sekarang, perbezaan adik- adik kembarku hanya pada saiz dan
 perwatakan hihihi...

Ibu mertuaku pun gembira sehingga sempat ibu mertuaku melawak katanya, dalam perut pun dah membuli
hihi...

aku juga sempat tnyakan ibuku tips-tips supaya dua2 dapat makanan, kata ibuku, masa mkan ckp dengan
anak2 jangan berebut2 makan sama2 hihi...

ok lah itu shaja untuk update kali ini...

Alhamdulillah tiada asthma attack buat masa ini, cuma aku diserang kelaparan yang teramat sangat hihi...

mohon doa dari kalian, semoga lancar urusan kelahiran zuriat- zuriat ini, semoga Allah merahmati hidup kalian...

 Sekian, salam

................................ Syurga Firdaus Kegembiraanku.............


KEMBAR!!!!

Sunday, 21 February 2016

ISNIN: 22/2/2016

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah syukur..

minggu ini kehamilanku baru berusia 4 bulan.. sukar digambar dengan kata- kata apabila 

dikhabarkan kandunganku ini kembar... Ya Allah Maha Pemurah dan Maha 

Penyayangnya Engkau pada hambaMu ini...

Berita ini di sambut baik oleh semua insan kelilingku apatah lagi suami dan ibu... 


Emak: " Alhamdulillah , kembar. satu kantung ke dua kantung? da nmpk jantina tak? doktor               kata apa?"

Suami: " betul ke yang? jangan tipu.. macam mna boleh tiba2 dua pulak... Alhmdulillah yang                Allah bagi rezeki ni? "

kawan-kawan? hah semuanya terkejut dan tumpang gembira.. ALHAMDULILLAH...


Jika diikutkan genetik kembar, aku mewarisi dari  ibuku.. bawahku adik kembar lelaki... 

tapi semua ini rezeki pinjaman Allah... dan aku harap aku berpeluang besarkan khalifah- khalifah ini... 

sejujurnya aku berdebar + gembira + teruja... sukar nak gambarkan kata- kata... 

Apa yang aku boleh katakan.. aku bersyukur dengan kurniaan rezeki ini.. meski aku tahu risiko yang aku ambil ni .. tapi aku berpegang pada satu.. perancangan Allah yang terbaik!!

Maaf, aku tidak menidakkan ilmu perubatan tapi di sudut aku... aku da lama tahu aku tak berkesempatan punya ank sendiri, namun dalam doa harian ku.. aku mohon dikurniakan zuriat.. saat Allah da bagi takkan aku nak buang... ? namun aku tidak menidakkan andai satu hari keadaan memaksa suami untuk pilih aku atau bayi.. kami suami isteri da Redha.. sekurang- kurang aku da berjuang sehingga tahap ini.. aku mohon doa dan sokongan kalian buat aku... kerana itu semua penguat semngat aku...

andai berlaku sesuatu pada aku, jangan disalahkan suamiku... ini keputusanku sendiri.. tiada paksaan dari suamiku... kalau diikutkan suami awal2 da bersetuju untuk TOP kerana bimbangkan kesihatan aku..  dan tidak mahu apa2 berlaku pada aku.. tapi aku katakan pada suamiku, kematian itu pasti... lahirkan anak atau tidak,.. aku akan pergi juga... kita kena terima Qada dan Qadar Allah dengan hati yang ikhlas...

Andai berlaku sesuatu pada aku, dan bayi2 ini dapat diselamatkan,. aku mohon jangan pisahkan mereka dari ayah mereka.. susah macam mana pun aku nak suamiku yang jaga ... dan buat suami, didiklah anak ini seperti yang kita pernah angan- angankan... jangan pisahkan mereka dari keluargaku...

maaf post ini beremosi sikit hihi .. mood ibu mengandung hahaha... 

mohon doa dari kalian.. aku sayang kalian kerana Allah...

TRIMESTER 1

Tuesday, 2 February 2016

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Rabu :3/2/2015

Alhamdulillah kandunganku kini berusia 13 minggu. Alhamdulillah aku tidak mengalami morning sickness tapi sebaliknya hanya mengalaminya pada waktu petang dan malam. dan sepanjang tempoh ini aku masih bertahan tiada masalah kesusahan untuk bernafas.

semalam adalah temujanji bersama doktor pakar respiratori. Alhamdulillah banyak kata semangat mereka berikan pada aku supaya kuat menempuh fasa ini. malah doktor akui mereka takut andai aku memerlukan pernafasan menggunakan mesin. hihi jangan kata mereka, aku sendiri berdebar dan takut sebenarnya. kalau boleh tak nak check -in ICU.. aku serik... Demi anugerah Allah ini aku perlu kuat malah doktor bertanyakan jika aku masih larat bekerja atau tidak kerana mereka nak keluarkan surat cuti panjang daripada bekerja. Aku menolak pelawaan tersebut kerana buat masa ini aku bersyukur rakan - rakan kerja memahami masalah kesihatan aku dan aku sendiri masih dalam kategori  "light Duty". Kawan- kawan da faham sangat aku larat aku buat aku tak larat aku duduk hanya tolong enterdalam komputer je. hihihi... 

meski aku dalam kategori " light duty" aku selalu ingtkan diri aku. ini bukan lesen untuk aku bermalasan. gaji yang di perolehi perlu berkat. jadi aku akan tetap lakukan tugas hakiki andai berkemampuan. lagipun tugas- tugas di klinik ni da ringan jika dibandingkan bekerja di wad kena tolak katil, kena angkat pesakit...

Namun , aku terpaksa kurangkan kekerapan aku travel balik rumah mak mertua di teluk Intan kerana jarak yang jauh antara kepala batas dan teluk intan memberikan kesan keletihan yang melampau buat aku.. da beberap kali balik dari sana aku tak mampu nak bekerja dan terpaksa amik cuti... jadi hanya suami yang balik dan aku tggal di rumah ibu ku di taiping.

tak sabar nak tunggu khalifah ni lahir... ada lagi dua fasa untuk aku lalui... doakan aku kuat nak tempuh ujian-ujian mendatang. doakan zuriatku juga kuat.... SAYANG KALIAN KERANA ALLAH....