KEMBAR!!!!

Sunday, 21 February 2016

ISNIN: 22/2/2016

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah syukur..

minggu ini kehamilanku baru berusia 4 bulan.. sukar digambar dengan kata- kata apabila 

dikhabarkan kandunganku ini kembar... Ya Allah Maha Pemurah dan Maha 

Penyayangnya Engkau pada hambaMu ini...

Berita ini di sambut baik oleh semua insan kelilingku apatah lagi suami dan ibu... 


Emak: " Alhamdulillah , kembar. satu kantung ke dua kantung? da nmpk jantina tak? doktor               kata apa?"

Suami: " betul ke yang? jangan tipu.. macam mna boleh tiba2 dua pulak... Alhmdulillah yang                Allah bagi rezeki ni? "

kawan-kawan? hah semuanya terkejut dan tumpang gembira.. ALHAMDULILLAH...


Jika diikutkan genetik kembar, aku mewarisi dari  ibuku.. bawahku adik kembar lelaki... 

tapi semua ini rezeki pinjaman Allah... dan aku harap aku berpeluang besarkan khalifah- khalifah ini... 

sejujurnya aku berdebar + gembira + teruja... sukar nak gambarkan kata- kata... 

Apa yang aku boleh katakan.. aku bersyukur dengan kurniaan rezeki ini.. meski aku tahu risiko yang aku ambil ni .. tapi aku berpegang pada satu.. perancangan Allah yang terbaik!!

Maaf, aku tidak menidakkan ilmu perubatan tapi di sudut aku... aku da lama tahu aku tak berkesempatan punya ank sendiri, namun dalam doa harian ku.. aku mohon dikurniakan zuriat.. saat Allah da bagi takkan aku nak buang... ? namun aku tidak menidakkan andai satu hari keadaan memaksa suami untuk pilih aku atau bayi.. kami suami isteri da Redha.. sekurang- kurang aku da berjuang sehingga tahap ini.. aku mohon doa dan sokongan kalian buat aku... kerana itu semua penguat semngat aku...

andai berlaku sesuatu pada aku, jangan disalahkan suamiku... ini keputusanku sendiri.. tiada paksaan dari suamiku... kalau diikutkan suami awal2 da bersetuju untuk TOP kerana bimbangkan kesihatan aku..  dan tidak mahu apa2 berlaku pada aku.. tapi aku katakan pada suamiku, kematian itu pasti... lahirkan anak atau tidak,.. aku akan pergi juga... kita kena terima Qada dan Qadar Allah dengan hati yang ikhlas...

Andai berlaku sesuatu pada aku, dan bayi2 ini dapat diselamatkan,. aku mohon jangan pisahkan mereka dari ayah mereka.. susah macam mana pun aku nak suamiku yang jaga ... dan buat suami, didiklah anak ini seperti yang kita pernah angan- angankan... jangan pisahkan mereka dari keluargaku...

maaf post ini beremosi sikit hihi .. mood ibu mengandung hahaha... 

mohon doa dari kalian.. aku sayang kalian kerana Allah...

No comments:

Post a Comment