ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Rabu :3/2/2015
Alhamdulillah kandunganku kini berusia 13 minggu. Alhamdulillah aku tidak mengalami morning sickness tapi sebaliknya hanya mengalaminya pada waktu petang dan malam. dan sepanjang tempoh ini aku masih bertahan tiada masalah kesusahan untuk bernafas.
semalam adalah temujanji bersama doktor pakar respiratori. Alhamdulillah banyak kata semangat mereka berikan pada aku supaya kuat menempuh fasa ini. malah doktor akui mereka takut andai aku memerlukan pernafasan menggunakan mesin. hihi jangan kata mereka, aku sendiri berdebar dan takut sebenarnya. kalau boleh tak nak check -in ICU.. aku serik... Demi anugerah Allah ini aku perlu kuat malah doktor bertanyakan jika aku masih larat bekerja atau tidak kerana mereka nak keluarkan surat cuti panjang daripada bekerja. Aku menolak pelawaan tersebut kerana buat masa ini aku bersyukur rakan - rakan kerja memahami masalah kesihatan aku dan aku sendiri masih dalam kategori "light Duty". Kawan- kawan da faham sangat aku larat aku buat aku tak larat aku duduk hanya tolong enterdalam komputer je. hihihi...
meski aku dalam kategori " light duty" aku selalu ingtkan diri aku. ini bukan lesen untuk aku bermalasan. gaji yang di perolehi perlu berkat. jadi aku akan tetap lakukan tugas hakiki andai berkemampuan. lagipun tugas- tugas di klinik ni da ringan jika dibandingkan bekerja di wad kena tolak katil, kena angkat pesakit...
Namun , aku terpaksa kurangkan kekerapan aku travel balik rumah mak mertua di teluk Intan kerana jarak yang jauh antara kepala batas dan teluk intan memberikan kesan keletihan yang melampau buat aku.. da beberap kali balik dari sana aku tak mampu nak bekerja dan terpaksa amik cuti... jadi hanya suami yang balik dan aku tggal di rumah ibu ku di taiping.
tak sabar nak tunggu khalifah ni lahir... ada lagi dua fasa untuk aku lalui... doakan aku kuat nak tempuh ujian-ujian mendatang. doakan zuriatku juga kuat.... SAYANG KALIAN KERANA ALLAH....
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
ReplyDeleteHanya Allah Maha Penolong.
Take care Nani.
Take care sis . I'm always here for you :) ilyttmab sis ! <3
ReplyDelete