ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
di sini nak share ler sikit dengan korang semua tentang keperluan2 yang diperlukan apabila dimasukkan ke wad.. yer.. tiada siapa nak sakit.. tp kadang2 kita xtau bila kita akan diuji dengan sakit.. niat nak kongsi ni sebab saya ke hospital baru2 ni melawat atok yang sakit then ternampak ler mcm2 gaya barang ats loker pesakit.. ada yang x cukup tu siap ambil loker orang sebelah.. jd diharapkan tips ni berguna untuk kamu semua yer...
MAKLUMAT DIRI:
maklumat diri yang di perlukan:
- kad pengenalan: da semestinya kad pengenalan pesakit..
- sebarang maklumat penyakit yang ada: pening x nk faham.. hm maklumat ni contohnye kertas surat discaj yang diberikan sebelum keluar wad sebelum ni atau surat rujukan mana2 hospital.
- bekalan ubatan: kalaupesakit memang ad on dgn apa2 ubat.. sila bawa ubat untuk rujukan doktor.. sonang doktor nak tgk dos ubat/ nama ubat yang pesakit da ambil.. ( xde la doktor nk tanya banyak2 da hehe)
KEPERLUAN MANDI:
bab mandi ni.. ikut korg la nk bawak jenama apa pun.. tapi sekarang kan da mudah.. shampoo, sabun , dan ubat gigi kn da ade dalam saiz kecil jadi .. senang la sikitkan.. ( kurang sikit bebanan beg korang.. xde la mcm nk pergi oversea)
KEPERLUAN MENGISI PERUT:
bab ni wajib bg korang yang xde orang menunggu atau xde orang yang melawat.. untuk yang ada orang menunggu pun boleh gak bawa.. cuma jgn la byk sgt.. korg bukn pergi bercuti.. yg penting perlu bawa sudu dan cawan.. xlupa juga termos air nk isi air panas.. biskut ke milo ke.. itu up to u olss tau...
KEPERLUAN ROHANI:
Diriwayatkan dari hadith Bukhari
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
JAMA'SUURI
Sabda Rasulullah SAW kepada Hamnah binti Jahsyin ketika dia meminta
fatwa mengenai mustahadhah:
Kalau kamu kuat untuk menta’khirkan Zohor dan mempercepatkan Asar,
maka kamu mandi kemudian solat Zohor dan Asar sekaligus. Kemudian
kamu menta’khirkan Maghrib dan mempercepatkan Isyak, kemudian kamu
mandi dan menjamakkan antara dua solat. Maka kerjakanlah. (HR Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi)
fatwa mengenai mustahadhah:
Kalau kamu kuat untuk menta’khirkan Zohor dan mempercepatkan Asar,
maka kamu mandi kemudian solat Zohor dan Asar sekaligus. Kemudian
kamu menta’khirkan Maghrib dan mempercepatkan Isyak, kemudian kamu
mandi dan menjamakkan antara dua solat. Maka kerjakanlah. (HR Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi)
Sabda Rasulullah S.A.W ''Solatlah dengan berdiri. Jika tidak mampu maka dengan duduk. Jika tidak mampu maka dengan baring mengiring" (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1057).
untuk keperluan solat.. bagi yang perempuan blh bwk telekung.. kalau xde telekung blh pakai tudung dan pakaian yang sesuai untuk solat..kalau xmampu solat berdiri/ duduk solat lah secara baring pakailah tudung dan selimutkan badan dengan selimut.. then bagi yang laki pastikan kain anda tidak tercemar najis.. lagipun sekarang ni da senang.. setiap wad/ hospital da sediakan surau untuk pengunjung bersolat terutama menunggu.. lebih2 lagi da ada konsortium hospital islam Malaysia (KHIM) .. KHIM ni menekan kn konsep mesra ibadah untuk pesakit dan pekerja hospital.. cth hospital .. HUSM.. Al- Islam Medical Hospital(KBMC).
xlupa juga bawak lah Al-Quran kecil, kalau xpun bawaklah buku surah2 pilihan.. kan da ade yg jual kat kedai2 buku.. harga pun berpatutan
( ingat dalam nk beribadah kita jgn berkira sgt.. kalo novel harga $25 kita blh beli xkan buku surah pilihan yang baru dalam $1.50 kita nk berkira. besar pahalanya kalau kita baca dan amalkan...)
KEPERLUAN MENGHILANGKAN KEBOSANAN:
untuk menghilangkan kebosanan.. korang boleh bawak novel ke.. MP3 ke.. kalau nk bawak laptop bergantung pada sesetengah polisi hospital.. biasanya korang kena maklum kan dulu.. maklumlah.. taku2 korang cucuk plug je trus black out 1 spital haha puncanya korg hehe..
KEPERLUAN SAMPINGAN:
- PAMPERS: ni bg pesakit warga emas/ pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi seperti ICU/ CCU/ HDU
- PAKAIAN TAMBAHAN: ni jgn byk sgt.. kalau ahli keluarga datang blh minta mereka bawakan pakaian baru.
- WANG : wang ni jgn bwk byk2 kalu hilang pihak hospital x bertanggungjwab atas kehilangan ye.. cukup la sekadar nk beli nasi lemak kat kantin hospital ke kn hehe lgpun stp hospital da dilengkapi kemudahan mesin telan kad keluar duit... (ATM)
- GL: surat jaminan ni memudahkan korang membuat pembayaran bila da dibenarkan keluar wad.. ingat.. GL valid untuk 3 bulan ok..?
Bermula dari sekarang.. |
No comments:
Post a Comment