Tik
tok tik tok
Pantas masa itu meninggalkan aku
Tidak langsung ia menoleh ke arahku
Ku gamitnya dengan tangisan
Namun Tangisan itu sunyi tidak didengari
Tik tok tik tok
Jarum saat itu masih tidak berhenti
Pantas meninggalkan aku tanpa sempat aku
kejari
Ku renung ku lihat hanya dengan pandangan
kosong
Tik tok tik tok
Mengapa ia berlari laju
Ingin aku putar jarum saat itu
Ingin aku kembali ke masa lalu
Kerana aku ingin mengubah semuanya yg telah
terjadi
Aku tahu kuasa bukan ditangan aku
Aku sedar keputusan lalu penyebab kepada
kehidupan ku hari ini
Aku ingin kembali
Aku ingin menghentikannya
Ah, sungguh sukar untuk aku bangkit kembali!
Mengapa semua ini harus aku lalui
Tik tok tik tok
Aku sedar semua itu hanya fantasi
Tidak
mungkin jadi realiti
Aku hanya mampu memerhati
Aku bangkit kembali
setelah aku jatuh jauh dan terlalu dalam
sakit untuk bangun kembali
kesakitannya
amat perit sekali
namun aku gagahi diri ku ini untuk mendaki
mencari
jalan keluar yang aku sndiri tidak pasti
namun
yang aku pasti
jalan
ku lalui ini kini disinari dengan cahaya
harapan
harapan
yang Kau suntikkan
untuk ak bangkit berjalan dan terus berlari
tanpa
perlu aku menyesali masa lalu ku lagi
semua itu jadikan sebagai mimpi
buka mata ku teruskan kaki untuk melangkah..
TERIMA KASIH MASA LALU KU ATAS PENGALAMAN ITU
KERANA MU AKU MAMPU MENGHADAPI HARI INI DENGAN
PENUH KETABAHAN
SELAMAT DATANG HARI ESOK AKAN KU PASTIKAN KAU HADIR MEMBERIKAN SINAR
DALAM HIDUPKU
No comments:
Post a Comment