Operation Part 2

Wednesday, 26 June 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua, Alhamdulillah seperti yang dijadualkan insyaAllah esok pagi Nani akan menjalani pembedahan yang kedua...

Walaupun yang pertama da berjaya harungi tapi still ada perasan berdebr... mcm nk nikah pulak rasanya...heee
Ini cuma slh satu usaha Nani selebihnya Nani serahkan pada qada dan qadar...Allah da aturkan perjalnn hidup ini dan segalanya da terulis di Loh Mahfuz.. Nani terima ini sbg ujian untuk Nani..

Pengorbanan suami yang sanggup tinggalkan kerja untuk teman Nani amat2 Nani hargai dan makin menguatkan semangat Nani untuk sihat..
CINTA KAN MAMPU MENGUATKAN KITA.... ceeewahhh.

Ok lah sampai sni dulu... mohon doa kalian ye... 10 jari Nani susn mohon kemaafan... sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang mak dan umi... sayang suami dan sayang semua....

Sekian...
Firdaus farhani.... syurga firdaus kegembiraan ku....

ShAriNg is CaRinG

Monday, 24 June 2013

Assalmmualaikum dan salam sejahtera.....

InsyaAllah hari ni Nani akan bertolak ke Nilai N9 dengan suami Nani.. Esok  nani da kenA daftar masuk wad..
Lusa adalh hari pembedahannya...
Tapi jerebu mcm ni tak tau ler bolrh wat atau tak... sebab tak sesuai untuk lepas pmbedahan.... doakn yang terbaik ye...

Tapi yang Nani suke sangat sebab suami Nani sanggup bagi tablet dia kat Nani... Dia takut Nani bosan duk dlm wad mcm hari tu... hehe

speechless Nani mase suami Nani bagi tab tu.. bukn ape...
Nani tak  pernah trrfikir nak pakai tablet..  sebab Nani tak reti guna gadget2 ni.... yang tau cme guna nokia sebab functionnya senang..
Nak pulak Nani ni takut pkai brg mahal2 alangkan hp Nokia Nani pun selalu jatuh... hish la... nk jaga tab pulak...

' abg tak kaya tapi insyaAllah rezEki yg ada kita kongsi  Bersama'

Tu ler antra dialog suami  Nani... terharu.. trus cancel  Nani nk bli jubah takut2 duit suami tak cukup.. memang suami Nani gelakkn Nani.. huuuu...

Teringat Nani pd suatu nasihat yg pernah diberi pada Nani dulu...

TUGAS SUAMI MNCARI NFKAH UNTUK KRLUARGA TUGAS ISTERI MENJAGA KEBAJIKAN SUAMI DAN ANAK2... APABILA SUAMI KELUAR MNCRI NFKH ISTERI HENDAKLH MENDOAKN KESEJHTRAAN SUAMI...

# hidup suami isteri bagaikan  jari jemari... apabila jari jemari kanan mnutupi rongga di celahan jari jemari kita...
Suami dan is3 saling memetlukan... menyeimbangksn kelemahan dan kelebihan masing2....

Sekian...

Firdaus farhani.... Syurga Firdaus Kegembiraanku..

TIPS KESIHATAN DI MUSIM JEREBU

Thursday, 20 June 2013

ASSALAMMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...  

Hai semua pembaca... Di sini Nani nak sharekan dengan kalian semua sedikit tips2 penjagaan kesihatan di musim Jerebu ni...

TUTUP HIDUNG.....

pakai penutup hidung ya bila anda berada di luar rumah... nak pergi pasar ke nak pergi sekolah/kerja ke.. ok? sebab jerebu ni boleh menyebabkan kita mengalami keradangan paru2sebab kita sedut udara yang tercemar.. terutamanya mereka2 yang mempunyai penyakit paru(respiratory) seperti asma.. dan juga mereka yang mempunyai penyakit jantung..



MINUM AIR BANYAK2

kawan2 keterukan Jerebu di nilai daripada kepadatan titik panas ( hehe yang ni baru tau pagi tadi bila ahli kaji cuaca cakap titik panas yang banyak menunjukkan jerebu hehe) .. jadi marilah kita menghidratkan diri kita dengan Air yang banyak... Air masak/ mineral tau.. bukan air kopi atau teh nanti tak pasal2 u olls dapat kencing manis tak pun karies gigi.. hehe



MAKAN VITAMIN C

Kenapa vitamin c? ok Vitamin c mudah didapati di dalam buah- buahan seperti buah oren a.k.a limau.. ada juga dijual dalam bentuk tablet... 
vitamin c  membantu meningkatkan pertahanan badan.. kerana vitamin membantu mengeluarkan kolagen yang terdapat dalam tisu penghubung.. 
Selain itu Vitamin C juga adalah anti oksida dimana semua sel memerlukan oksigen untuk hidup/bekerja/membiak.. 
jadi bila makan vitamin c ia akan membantu sel kanser/bakteria dari tidak membiak...
 jadi kita pun boleh sihat sebab kuman tak boleh biak akhirnya mati sebab tak dapat oksigen hehehe.. hah faham x?




NO PEMBAKARAN ... 

Indeks Pencemaran Udara kita sudah semakin meningkat jadi jangan lah kita meningkatkannya lagi... 

jadi sesapa yang rasa nak makan ikan bakar... nani suggestkan panggang dalam microwave/ dalam pemanggang ajaib yang la ni ramai duk promote... haha nani tak promote ye.. tapi ini cadangan sahaja



SEKIAN..

~~ FIRDAUS FARHANI~~
(SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU)

HATI

Wednesday, 19 June 2013


Hati ..

Hati sukar diduga sukar diramal

Mudah Tersentuh Mudah terguris Mudah terluka

Bila Terluka sakitnya sukar dicerita 

Peritnya kita yang rasa



Hati..

Sukar diramal bila kan berubah

Mudah bahagia mudah gembira

Bahagianya mampu untuk kita sebarkan

orang lain turut merasa


Hati..

Mudah kita beremosi 

Mudah berteka-teki

Namun kita sukar mengerti


Hati..

Menyimpan iman yang tersembunyi

Jauh dilubuk hati

Kita semaikan rasa cinta

 kita semaikan rasa sayang


Namun Hati kita mudah rapuh

Perlu dibelai perlu dibaja

Bukan seminggu sekali 

Tapi setiap hari

Supaya Iman mengalahkan emosi

Hancurnya hati kerana rapuhnya iman

Tabahnya hati kerana iman

Bila hati berduka ingat kembali masa suka

Bila hati kian pudar warnakan kembali dengan kenangan

Bila hati kian sakit rawat ia dengan zikrullah..

Kalahkan emosi!

Menangkan iman...

Jagalah Hati dari sifat dengki......


     nUkiLaN: FIRDAUS FARHANI BINTI ABU BAKAR

~~~~~~ SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU ~~~~~~
















Oh, My Shop....

Monday, 17 June 2013

Assalammulaikum dan salam sejahtera...

Entri kali ini nani nak memperkenalkan Page beli belah nani untuk semua pembaca...

Buat masa ni produk yang ada cuma beg.. andai mendapat smbutan yang menggalakkan insyaAllah akan diperkembangkan  produknya... Terutamanya produk untuk wanita...

Sekarang ni ramai yang berniaga secara Online.. diakui persaingan sangat sengit.. tapi tu yang bezzz tu.. hehe

Idea nak berniaga online ni da lama muncul lebih2 lagi bila nani kebosanan duduk dalam wad.. haha terfikir gak orang cakap.. kerja kerajaan ni MC pun dapat income juga , gaji masih jalan... tu memang tak dinafikan.. bukan Nani ni tak bersyukur cuma nani rasa  da sampai masa nani lakukan perubahan dalam hidup.. manalah tau suatu hari nanti nani da tak boleh bekerja ke...? Bukan minta keburukan tapi lebih kepada sediakan payung sebelum hujan...

So, harap anda semua sudi2 mengunjungi Page saya  https://www.facebook.com/ohmyshop2013... sebarang teguran positif insyaallah Nani terima dengan hati yang terbuka...

# Be positive to be young...

AKU MASIH BERJUANG!

Sunday, 9 June 2013



AKU MASIH BERJUANG!

 ‘Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan , Nescaya akan diuji dengan beberapa kesusahan’
      ( hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Senyuman aku ukirkan
Untuk ku sembunyi wajahku yang gerhana
Senyuman aku ukirkan
Untuk ku tutupi hatiku yang lara
Senyuman aku ukirkan
Untuk ku bakarkan semangatku yang luntur
Senyuman aku ukirkan
Untuk ku pujuk jiwa supaya bersabar
Lembaran demi lembaranku baca
Segala terjemahanku teliti
Alhamdulillah pada nya ku temui sirna  kekuatan
Kekuatan yang aku kumpulkan untuk menempuhi ranjau ini
Sakitnya peritnya aku yang rasa
Sakitnya peritnya tidak mampu aku cerita
Sakitnya peritnya bukan itu penghalangku
 Aku harus berjuang!
 Aku harus berjuang !
aku harus berjuang!
Ini bukan pengakhiran
 Ini hanya ujian
Aku  harus berjuang demi pengakhiran yang baik!
Kuncinya hanya SABAR
Kerna aku tidak tahu bila ini kan berakhir
Sabar itu indah
Jika aku menghayati
Sabar itu indah
 Jika aku memahami
Sabar itu indah
Jika aku terus bersabar
Perjuangan ku bertemankan sabar
meskipun bagaikan lautan airmata telah ku tumpahkan
 namun itu semua hanya kerana aku insan biasa yang sentiasa cuba untuk bangun kembali setelah aku jatuh .....

# JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA  SEMUA INSAN YANG TAK JEMU MEMBERI KATA SEMANGAT DAN TITIPAN DOA BUAT SAYA...
~~~~~SEKIAN~~~~~


OPERATION PART 1


28/05/13 – 03/06/13

Wah ber “part2” bagai..
Yup, Ada 3 part semuanya.. InsyaAllah nani akan update pada kalian ye..

Hari- Hari Nani asyik pangkah kalendar.. setiap kali pangkah setiap kali itu lah kebimbangan Nani makin bertambah.. Akhirnya tiba pada hari yang dijadualkan.. Nani diwadkan di wad 8B Hospital Serdang pada jam 2.30 petang waktu Malaysia.. turut menemani Nani, ialah suami Nani dan sepupu beliau...

290513: hari ni hanya PRE-OP DAY ( hari persediaan sebelum pembedahan).. 

Ramai jugaklah doktor yang datang, kejap doktor HO datang cucuk jarum kanula dan ambil darah, lepas tu mai pulak doktor Bius bagi penerangan nak bius penuh, masuk tiub, Nani ditidurkan  dan katil ICU da disediakan.. 
( Erk, ni part yang paling seram ni hehe)
 lepas doktor bius terangkan tu Nani terus nangis sorang2...
( Honestly Nani da trauma  Nak kena masuk tiub dan tidur dalam ICU)




Last sekali, Doktor Yang nak bedah Nani mai, doktor pun terangkan pada Nani lagi sekali segala komplikasi... lepas doktor pergi memang Hujan ler Nani atas katil tu sorang2 terus ambil wudhuk dan ngaji.. masa waktu melawat tu suami nani datang bersama sepupu beliau.. tanpa segan dan silunya Nani nagis lagi ( rapuh semangat masa ni) 
Alahmdulillah suami Nani masih setia kuatkan semangat Nani... Suami Nani buka kan FB kat tab dia dan tunjuk mesej2 dari ramai orang yang mendoakan kesejahteraan dan kelancaran pembedahan nani..
Ya Allah sukar nak gambarkan perasaan Nani yang bercampur baur masa ni.. masa ni Al- Quran jadi peneman nani...

Dari Surah Al-Mulk ayat 2:
Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun...

30/05/2013: operation Day...

Operation nani berjalan selama 2 jam... hmm mana ada  pembedahan yang tak sakit meskipun tiada luka luaran... tapi Alhamdulillah doktor kata Semangat Nani kuat, dan Nani tak perlu direhatkan di ICU, jadi nani di masukkan ke wad Nani semula Cuma bergantung dengan oksigen dan Nebulizer... Alhamdulillah ramai yang datang melawat...


Dari Surah Ar-Ra’du ayat 30:
Dialah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada Nya aku bertawakal dan Hanya kepadaNya aku bertaubat..

Selama Seminggu Nani ditahan di wad sebab paru2 tak ok lagi.. Alahmdulillah berkat doa ramai orang Nani da boleh balik lepas seminggu..  InsyaAllah lagi 3 minggu akan ke Hospital Serdang semula untuk operation part 2 pulak.. doakan ye.. sayangggg kalian...

~~~~~ SEKIAN~~~~~

FAMILY DAY....


Assalammualaikum dan salam sejahtera.. hai semua pembaca, Apa khabar semua? Mesti macam2 perkara da berlaku sepanjang cuti sekolah ni kan? Hehehe...

Lama Nani tak berkongsi cerita di sini.. hehe maklumlah sibuk sangat dengan pelbagai program.. jadi entri kali ni Nani nak kongsikan dengan kalian segala aktiviti , segala rasa dan segala cerita tersurat dan tersirat..
selamat membaca

24 -26 Jun 2013: Hari Keluarga KAMY

Sebelum: Excited
Semasa: Happy giler!
BEZ GILER! Ini perkataan yang Nani  mampu cakap selepas Hari Keluarga...
SERIUS I TELL U OLLS!.. 

Jumlah Ahli keluarga ada dalam 82 orang lebih... daripada generasi pertama ( adik beradik mak mertua Nani), Generasi kedua( suami nani dan sepupu2 beliau), Generasi ketiga ( cucu opah), dan Generasi ke4( cicit opah)...

Memang gempar la Nur Laman Bestari  Ulu Yam tu dengan kehadiran kami semua..  macam2 aktiviti ada.. dengan sukanekanya.. dengan lakonannya..  tak kira usia semua terlibat.. tak sia2 Nani langgar cakap doktor Nani haha.. Asalnya Nani tak pergi sebab Nani asyik sakit je.. risau sakit dalam hutan nanti menyusahkan mereka.. tapi Nani pergi juga.. sebab Nani ahli baru jadi masa ni la Nani nak kenal dengan semua ahli keluarga suami Nani,
secara tak langsung Nani boleh mencari ketenangan sebelum pembedahan Nani yang dijadualkan pada 30 Mei...

Alahmdulillah syukur sangat Nani menjadi ahli keluarga ni.. bez sangat.. duk ralit gelak sakan sampai tak ingat Nani akan dibedah.. Nani rasa terharu sebab keluarga ni juga turut buat bacaan Yassin dan mendoakan kelancaran urusan pembedahan Nani.. Alahmdulillah , syukur pada Allah yang menemukan Nani dengan KAMY’s FAMILY...

Tak lupa juga , masa hari keluarga ni hanya penggunaan loghat bahasa perak sahaja yang dibenarkan.. bayangkan lah nama kumpulan pun guna loghat bahasa perak... ada 4 kumpulan...

Moh Kiter Kulu Keyor, Bio Pape Asal Berghaye, Cakcibor belang2, n Tumpo ler kome...  Nani duk dalam kumpulan JUARA.. kumpulan Moh Kiter Kulu  Keyor..  haha berbelit lidah nak pronounce... 

Dalam banyak2 acara yang paling bez mesti lah lakonan.. nak putus urat perut asyik gelak tgk masing2 berlakon guna bahasa perak...

Rasanya kalau nak diceritakan memang  tak kan abis... pendek kata memeng SUPERBLAH! Family day ni... Thanks again to all Kamy’s family members kerana menerima kehadiran Nani dalam keluarga anda.. luv U olls lillahitaala... Semoga ukhwah ini terus berkekalan till JANNAH....

~~~~~~~~~~~~~~ THE END~~~~~~~~~