Hati ..
Hati sukar diduga sukar diramal
Mudah Tersentuh Mudah terguris Mudah terluka
Bila Terluka sakitnya sukar dicerita
Peritnya kita yang rasa
Hati..
Sukar diramal bila kan berubah
Mudah bahagia mudah gembira
Bahagianya mampu untuk kita sebarkan
orang lain turut merasa
Hati..
Mudah kita beremosi
Mudah berteka-teki
Namun kita sukar mengerti
Hati..
Menyimpan iman yang tersembunyi
Jauh dilubuk hati
Kita semaikan rasa cinta
kita semaikan rasa sayang
Namun Hati kita mudah rapuh
Perlu dibelai perlu dibaja
Bukan seminggu sekali
Tapi setiap hari
Supaya Iman mengalahkan emosi
Hancurnya hati kerana rapuhnya iman
Tabahnya hati kerana iman
Bila hati berduka ingat kembali masa suka
Bila hati kian pudar warnakan kembali dengan kenangan
Bila hati kian sakit rawat ia dengan zikrullah..
Kalahkan emosi!
Menangkan iman...
Jagalah Hati dari sifat dengki......
nUkiLaN: FIRDAUS FARHANI BINTI ABU BAKAR
~~~~~~ SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU ~~~~~~
No comments:
Post a Comment