FAMILY DAY....

Sunday, 9 June 2013


Assalammualaikum dan salam sejahtera.. hai semua pembaca, Apa khabar semua? Mesti macam2 perkara da berlaku sepanjang cuti sekolah ni kan? Hehehe...

Lama Nani tak berkongsi cerita di sini.. hehe maklumlah sibuk sangat dengan pelbagai program.. jadi entri kali ni Nani nak kongsikan dengan kalian segala aktiviti , segala rasa dan segala cerita tersurat dan tersirat..
selamat membaca

24 -26 Jun 2013: Hari Keluarga KAMY

Sebelum: Excited
Semasa: Happy giler!
BEZ GILER! Ini perkataan yang Nani  mampu cakap selepas Hari Keluarga...
SERIUS I TELL U OLLS!.. 

Jumlah Ahli keluarga ada dalam 82 orang lebih... daripada generasi pertama ( adik beradik mak mertua Nani), Generasi kedua( suami nani dan sepupu2 beliau), Generasi ketiga ( cucu opah), dan Generasi ke4( cicit opah)...

Memang gempar la Nur Laman Bestari  Ulu Yam tu dengan kehadiran kami semua..  macam2 aktiviti ada.. dengan sukanekanya.. dengan lakonannya..  tak kira usia semua terlibat.. tak sia2 Nani langgar cakap doktor Nani haha.. Asalnya Nani tak pergi sebab Nani asyik sakit je.. risau sakit dalam hutan nanti menyusahkan mereka.. tapi Nani pergi juga.. sebab Nani ahli baru jadi masa ni la Nani nak kenal dengan semua ahli keluarga suami Nani,
secara tak langsung Nani boleh mencari ketenangan sebelum pembedahan Nani yang dijadualkan pada 30 Mei...

Alahmdulillah syukur sangat Nani menjadi ahli keluarga ni.. bez sangat.. duk ralit gelak sakan sampai tak ingat Nani akan dibedah.. Nani rasa terharu sebab keluarga ni juga turut buat bacaan Yassin dan mendoakan kelancaran urusan pembedahan Nani.. Alahmdulillah , syukur pada Allah yang menemukan Nani dengan KAMY’s FAMILY...

Tak lupa juga , masa hari keluarga ni hanya penggunaan loghat bahasa perak sahaja yang dibenarkan.. bayangkan lah nama kumpulan pun guna loghat bahasa perak... ada 4 kumpulan...

Moh Kiter Kulu Keyor, Bio Pape Asal Berghaye, Cakcibor belang2, n Tumpo ler kome...  Nani duk dalam kumpulan JUARA.. kumpulan Moh Kiter Kulu  Keyor..  haha berbelit lidah nak pronounce... 

Dalam banyak2 acara yang paling bez mesti lah lakonan.. nak putus urat perut asyik gelak tgk masing2 berlakon guna bahasa perak...

Rasanya kalau nak diceritakan memang  tak kan abis... pendek kata memeng SUPERBLAH! Family day ni... Thanks again to all Kamy’s family members kerana menerima kehadiran Nani dalam keluarga anda.. luv U olls lillahitaala... Semoga ukhwah ini terus berkekalan till JANNAH....

~~~~~~~~~~~~~~ THE END~~~~~~~~~


No comments:

Post a Comment