HARGA BERPATUTAN KEMAS DAN SELESA.... SELAMAT MEMBELI YE...
GREAT BY GRADS!!!
Sunday, 15 December 2013
HARGA BERPATUTAN KEMAS DAN SELESA.... SELAMAT MEMBELI YE...
BRONCHIAL THERMOPLASTY
Hapuskan air matamu
Friday, 22 November 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Just sharing my experienced...
Jika anda melawat adik berdik , saudara mara atau rakan taulan yang sakit.. pls..pls.. pls... dont cry in front of them... di suatu ketika dahulu aku pernah merintih... aku pernah mengenakan syarat kepada rakan2ku... andai aku sakit.. please jangan datang melawat atau kalau nak datang juga jangan titiskan airmata kalian depan aku...
Aku pernah meminta jasa baik kawan2 supaya jangan dihubungi ahli keluargaku andai aku di masukkan ke wad.. taiping dan kubang kerian bukan jarak yang dekat bagi mereka yang tiada kenderaan...aku risau keselamatan mereka diketika perjalanan itu nanti..
Aku pernah meminta supaya aku tidak ditidurkan , supaya tidak dimasukkn tiub padaku.. tapi andai keadaan mendesak aku minta pastikan aku terjaga kembali... kerana itu terlalu sakittt bagi aku...
Kenapa banyak sangat syarat yang aku kenakan? Tiada lain difikiranku... aku tidak mahu keluarga yang lama tak ku temui melihat aku dlm keadaan sakit.. aku tidak mahu melihat mereka bersedih.. aku tidak mahu ibuku bimbang, aku tidak mampu melihat air mata kesemua ahli keluargaku.. JUJUR AKU LEMAH!
Air mata yang tumpah hanya kerana melihat aku dalam kesakitan akan bisa melemahkan semangatku... ! Tolonglah maniskan mukamu.. teruskan senyummu.. agar aku tau kamu menyokong aku.. air matamu hanya menyakitkan aku lagi.. aku memerlukan sokonganmu...
JUJUR... jangan tangisi ujian untukku.. please pray for me.. tidak mudah melupakan kesakitan.. namun itu semua tidak mematahkan semngat aku dalam menjalankan tanggungjawab harianku.. dan kesakitanku bukn penghalang kejayaanku... itu ujian yang harus aku tempuhi.. jadi pls... HAPUSKAN AIR MATAMU...
BERINGAT LER KITEWWWW
Thursday, 7 November 2013
Down to earth....
Sunday, 27 October 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Tajuk Down to earth.....? Yup... dalam bahasa melayunya tunduk ke bumi... idea entri ni tiba2 datang sekrang.. haha nani dalam bas transnasional dari Teluk intan ke Penang...
Kisahnya... berapa ramai antara kita yang mendoakan saudara seagama kita? Tolong jangan angkt tangan atau tunduk depan laptop... haha sebab i cant see you...
Senjata umat islam adalah doa.. then y not kita mendoakan saudara segama kita yang lain yang tengah berperang , yang tgh dlm dilema, yg dlm kesusahan dan yang masih blm jumpa jalan terbaik dlm hidup.... Oppss dont judge me... yes, we r not perfect , so i...
But we can learn to be better then yesteday... kesilapan semalam jangan diulangi... peringtan buat diriku dan kamu juge....
Mesti korang nak tau kan apa kaitannya mukadimah dgn tajuk ni..
Hmm pagi tadi nani tmnkn suami ke pasar bli barang mentah untuk meniaga esok.. then tnmpak ler seorang dua wanita seagama yang berpakaian tapi tak menutupi auratnya... but they wearing tudung... ada pulak seorang pak cik lalu sebelah nani tbe2 dengar dia cakap... adoyai baik bukak je tudung tu buat malu agama je...
Nani yang terdengar terus terfikir... tapi sekurang2nya die ade kesedaran nak pakai tudung... tapi alang2 da pakai tudung kenapa tak diteruskan je menutup anggota badan lain yang tak boleh didedahkan tu... tapi ada je yang pakai tutup semua tapi ketat sehingga menammpakkan susk badan.., dan ade je yang pakai longgar tapi jarang
Hah ko.. pecah kepala mak cik duk fikir haha... jadi mak cik jadikan itu sebagai topik perbualan dengan suami mak cik... suami mak cik pun bagi pandangan ... katanya...
Tak semua kita ni boleh menerima teguran... walaupun kat astro tu ade cerita teladan tanah kubur, ade je buku mastika, dan rata2 kita ni confirm pernah belajar subjek pendidikan islam masa kat sekolah dulu... tapi semua tu terletak pada hati kita... hati kita ibarat macam span yang serap je semua air... tapi tak boleh jadi penapis nak tapis bedasing dalam air tu... mcm tu dgn hati tak boleh nak tapis benda baik n benda tak baik.. terima je sume..
Sebab tu islam tu indah.... nak bersihkan hati tak payah nak operation.... pi amik wudhuk, mengaji, solat dan doa... doa tu ler senjata umat islam... dalam doa tu mintalah hati kita dilembutkan supaya kita tak ego bila ditegur... kita tak cuba nak tegakkan benang yang basah bila kita salah.... jaga rukun islam, rukun iman n ihsan.. insyaAllah bahagia dunia akhirat...
Again ...... Dont judge me.. hehe ini sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama... lastly.. learn to always down to earth bila ditegur.. n guys.. hidayah Allah tak datang bergolek kita harus mencari.. jangan ler bagi alasan tak tutup aurat sebb hidayah Allah tak sampai lagi... malu kat orang bukan islam ....guys.. cari cari cari! Mcm mana nak cari? Petang ni kalau keluar rumah pastikan da sempurna segala aurat da ditutup baru keluar rumah... jangan takut lakukan perubahan.. kita bukan mundur bila kita jaga aurat kita... tapi kita da maju.. ye lah kalau tutup aurat dikatakan kolot dan mundur... kiranya binatang2 lagi maju ler dari kita kerana mereka tidak berbaju....
Sekian
**************** SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU*******
Seringgit punya cerita
Wednesday, 23 October 2013
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....
Entri hari ni Nani nak share pasal cerita seringgit ....
Hari ni kami da start duk kemas2 nak berpindah ke bangunan lain.. jadi untuk 2 minggu ni klinik akan ditutup...
Biasalah kan bila duk berkemas ni kita pun duk jalan kan 5S... tapi kita buat S yang pertama dulu.. yakni sisih... sume benda kalau boleh nak dibuang supaya ringan kotak kita tu... haha xberat makcik nak hangkat naik trun tangga nak oiiii! Mau semput balik nani nanti.. hehe minta simpang ler...
Apa kaitan cerita pindah dengan seringgit? Hah.. kisahnya dalam duk banyak benda nak buang tu... adalah banyak kami jumpa kertas2 A4 tak pakai da... cenderahati company bagi... dan paling bez tu alatan2 perubatan dalam stor alat pakai habis .. contohnya bandage , micropore...
Then, 1 of my frens ni nak ambil bandage untuk kegunaan peribadi... Aiyooo... Y must u take the bandage in front of me? Da mak cik jadi serba salah nak tegur... die nak ambil tapi die tanya mak cik pulak... alang2 orang da tanya mak cik kan... jadi mak cik pun tanya die...
" Agak2 kalau hang kerja bank la kan... pas tu hang memang tak dak duit sangat... hang berani tak nak ambil duit bank walapun seringgit?"
Maaf ler mak cik tak tau nak habaq lagu mana jadi mak cik pun bagi perumpaan lagu tu... Alhamdulillah dia tak tarik muka 14 ngan mak cik... tapi dia letak balik dan jawab macam ni..
" tak pa lah aku tak jadi ambik... tapi kan soklan hang tu memang panah jantung,,, tembuih rasa nk pi buang ayaq sat...."
# conclusionnya... walau mana pun hgpa kerja toksah duk amik la barang tempat kerja buat harta sendiri lak.. bukan apa benda yang haram cara kita perolehi ni nanti doa susah nak makbul......
Renung2kan selamat beramal ye...
*****SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU******
LULUS GAGAL....
Thursday, 10 October 2013
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Berapa ramai yang baca blog ni da bekerja dan kerjaya korang pulak memerlukan korang lulus dalam SATU peperiksaan khas ? Hah! Kau bukan takat dapat sijil je.... Ehe saja nak survey...
Contohnya kerjaya Jururawat... berapa ramai antara kalian yang tau jururawat2 kat hospital tu yang pakai baju putih ke ungu ke biru ke merah ke.... semua tu perlu lulus peperiksaan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA... baik yang diploma atau yang degree... Tanpa lesen LJM tu pengajian yang selama 3 tahun tu bagaikan sia2...
Sebabbbbbb tanpa lesen tu mereka tiada hak untuk menjaga pesakit2 di hospital seperti mencuci luka, memberi ubatan dan macam2 lagi lah...
SCARY U OLLS! 3 tahun belajar untuk jadi jururawat dan menghadapi peperiksaan LJM Yang hanya LULUS/GAGAL .. erkk gilos...
Tapi memang Nani akui lah sehari sebelum periksa tu macam orang gilos rasa tak boleh tidur.. masa tu tawakal pada Allah je lagi yang tinggal.. nak masuk dewan periksa pun tak berani nak duk bincang ngan kawan2., maklum ler takut maklumat bercelaru...
Nak tunggu results tu berdebarnye dalam 2 minggu .. memang takut gagal... kalau gagal nak kena repeat hanya boleh duduk exam tu 3x je.. kalo tak lulus gak jawabnye carilah kerja lain.. hah nampak tak tu lah nyawa nak kerja jadi jururawat ni...
Alhamdulillah sekarang baru nani faham kenapa belajar jadi jururawat 3 tahun periksanya hanya lulus dan gagal je keputusannya.. soklan pun susah ya amat yang dibuat oleh LEMBAGA JURURAWAT... sebabnya....
Pesakit datang ke hospital menyerahkan nyawanya rohaninya dan fizikalnya untuk kita jaga.... yup sakitnya mungkin hanya demam... tapi bila pesakit tersebut berada dibawah tanggungjawab kita.. tugas kita bukan hanya sembuhkan demamnya.. tapi turut perlu menjaga auratnya.. solatnya..., rawatan yang diberikan haruslah holistik ... tanggungjawab menjadi jururawat sangatlah besar... juga menuntut pengorbanan yang besar... kita terpaksa meninggal anak dan suami untuk kerja shif malam... dihina kerana cuci berak orang... but... all nurses.. keep smiling... kerja kita adalah tugas yang mulia.. maafkan mereka yang tak mengerti kerana bukan mereka yang melakukan tugas kita....
Last but not least, tahniah diucapkan untuk semua adik2 yang baru dapat keputusan LJM Ok... yang lulus ingt tanggungjawab besar menanti anda.. yang gagal usaha lagi... repeat balik selagi ada peluang... mungkin cubaan berikutnya Allah akan bagi kejayaan... JANGAN PERNAH JAUH DARI ALLAH...
.........SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU.....
JOM BERKEBUN
Thursday, 3 October 2013
Hampir sebulan tak menulis di sini.. Kesibukan melanda maklumlah baru nak sesuaikan diri dengan kerja..
Disini nani nak share dengan kalian hasil salah satu kisah yang Nani baca
Tersebutlah kisah.... Ecececehhh
Kalian tahu tak orang-orang bijak Yunani dulu-dulu merawat mereka yang mengalami masalah keresahan/ penyakit2 psikologi dengan memaksa mereka bekerja di ladang dan kebun...
hasilnya mereka-mereka yang dirawat ini pun sihat...
Rasionalnya:
1) Tumbuh-tumbuhan itu berwarna hijau kebanyakkannya jadi warnanya mampu menenangkan minda
2) Apabila berkebun seluruh anggota badan digerakkan jadi tubuh badan akan jadi sihat... toksin2 dalam badan dikeluarkan melalui peluh betul tak? ala.. macam kita bersenam....
3) Kita akan berasa puas bila kita dapat lihat hasil tanaman kita dan ini akan mengurangkan tekanan kita+++
4) Antara Ayat Al-Quran yang menyebut tentangnya....
maka berjalanlah di segala penjuru (Al-Mulk:15)
dan katakanlah bekerjalah kamu sekalian :(At-Taubah:105)
Dan aku berlindung kepada Mu dari sikap lemah dan malas (Al-Hadith)
Dulu masa Nani buat praktikal di Hospital Bahagia Ulu Kinta aka Hospital Tanjung Rambutan Nani dapati kat situ ada satu wad yang dinamakan wad Kebun.. Penghuninya bercucuk tanam.. dan Kebanyakan penghuni di wad tu Nampak lebih ok berbanding wad-wad lain.
So.. Jom kita berkebun...
********************* SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU******************
JANGAN JADIKAN KUDIS
Saturday, 7 September 2013
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kawan2 dalam hidup ni pasti setiap hari macam2 cabaran kita perlu hadapi kan? Tanpa sedar cabaran tu da mematangkan kita...
Perasan tak adakalanya dalam hidup kita ni kita perlu lalui sesuatu perkara tu berkali2... itulah namanya putaran kehidupan.. tiada kedua , ketiga atau ke berapa kalinya pun jika tiada yang pertama kali...
Jika perkara tu baru pertama kali mungkin agak kekok untuk kita handle tapi kalau da berpuluh kali insyaAllah kita akan hadapinya dengan tenang....
Kadang2 kita hairan mengapa ada kumpulan yang suka kita, boleh get along dengan kita tapi ada pula kumpulan yang tak suka kita n tak boleh get along dengan kita..
Jangan pandang orang.. tapi kita pun ada rasa macam tu kn? Ada orang kita boleh rapat ada yang tak,.. hah bunyi macam topik budak2 tapi inilah babak yang akan sentiasa berulang2 dalam kehidupan kita...
Bagaimana nak mengatasi sikap kita supaya kita tak benci orang?
Ye r mana boleh benci orang ... silap2 tu lah kawan baik kita suatu hari nanti... kan roda hidup sentiasa berputar?
1.. mind set.... be positive , think positive... a.k.a bersangka baik...
Sila2 kawal set minda kita sebab otak n akal kita ni lah yang
Menggerakkan segala tingkah kita , body language kita
2.. bersangka baik selalu..., apa pun orang buat kat kita kita harus
Bersangka baik... sebab bukan pe once kita da pandang buruk
Pada seseorang pasti kita da buta nak lihat kebaikannya..
3.. berbuat baik dengan dia... walaupun dia layan buruk / perli2 kita... a.k,a buat bodoh apa die buat kat kita n jangan layan .. ckp kat diri
Kalau kita wat macam yang die buat makanya tiada beza aku dan die
4.. jauhkan diri sebab kalau dekat kang die benci kita belakang kita ngumpat kita jdi daaaaa tambah dosa dia... kan lebih baik jauhkan diri sekurang-kurangnya kita tau kita xde urusan dengan die n xde sebb die nak sakit hati kat kita ... tapi kalau da jauh pun die still ngumpat kita biarkanlah die terjun bersama labu2nya....
5.. ALWAYS REMIND TO OURSELF... OUR HATERS JUST IN SMALL NUMBER THAN OUR LOVERS... THE HATERS JUST WANNA SEE US FAIL... BUT THE LOVERSSSSS IS THOSE WHO WANNA SEE OUR SUCCESS... jadi... biarkan yang benci kita terjun dengan labu-labunya.... JANGAN JADIKAN SINDIRAN MEREKA KUDIS BAGI KITA BUT KEEP IT UP TO BURN OUR SPIRIT FOR SUCCESS....
SEKIAN.... SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU.....
AFTER 1MONTH++ OF BRONCHIAL THERMALPLASTY
Wednesday, 4 September 2013
Syukur Alhamdulillah.. meskipun doktor kata prosedur ni hanya untuk mengurangkan kekerapan dapat asma.. tak pe.. yang penting dapat lebih baik dari dulu itu pun nani da syukur...
WASPADA DENGAN 4 PERKARA
Tuesday, 3 September 2013
1)
TIDAK
RELA / TIDAK SUKA menerima Qadha’ dan Qadar Allah...
2)
Terjerumus
pada kemaksiatan TANPA BERTAUBAT.
.... Semua itu akibat sikap
perbuatan kalian (Asy-Syura:30)
3)
DENGKI
/ IRI HATI kepada orang lain atas kurniaan yang Allah kepada seseorang....
Adakah mereka iri hati kepada orang
yang telah di beri kurnia oleh Allah (An-Nisa’:54)
4)
Berpaling
daripada peringatan Allah...
.... maka sungguh baginya penghidupan yang
sempit.. ( Thaha:124)
|
PERKAHWINAN JARAK JAUH
Saturday, 24 August 2013
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Perkahwinan jarak jauh bagaikan sudah menjadi trend... jangan salah faham mksud Nani di sini ramai pasangan yang berkahwein tapi kena duduk jauh dengan suami / isteri masing2... biasanya kerana tuntutan tugas ... maaf saya tidak tahu kerjaya orang lain tapi saya cuma tau kerjaya saya dan perkongsian pengalaman rakan2 yang lain...
APA YANG BEST KAHWIN TAPI TINGGAL BERASINGAN. ...
- u olls tak de bestnye kahwin tapi tinggal jauh ni... sedih lagi ada lah.. tapi kita jangan turut rasa hati... sebaliknya belajar untuk bersyukur... sekurang2nya Allah bagi kita nikmat bercinta setiap hari... haha faham x? Betol... buat apa nk ikutkan rasa hati... pasti bersebab mengapa Allah bagi kita jodoh tapi kita tak leh duk sama... think positive... may be Allah nak kita lebih kenal pasangan kita n Allah nak kita perbaiki diri masing2 .. maklum lah zaman la ni.. ramai orang muda yang berkahwin bercerai... sebab cepat melatah..
- biasalah adakalanya lidah akan tergigit tapi kita kena belajar dan terus belajar untuk memperbaiki hubungan n memperbaiki diri kita...
NAK TAU APA LAGI YANG BEST?
Ini pengalaman sendiri jadi korang pun boleh share jugak tau pengalamn atau pendapat korang....
1) bez bila bervideo call bagaikan tinggal di oversea...
2) rindu tu bercambah2... bagaikan anak muda bercinta...( im not old yet... still young)
3) pangkah kalendar hari2... sambil tersengih2 depan kalendar tu...
4) bila jumpa semua tempat nak dipergi .. maklumlah nak memanfaatkan masa bersama hehe...
5) maklumlah tak duk skali jadi takde lah suami dapat rasa air tangan kita., jadi bila jumpalah nak masak untuk suami... masak ayam goreng rempah ngan daging masak kicap pun suami makan penuh selera.... hahaha
6) hp sentiasa di tangan ... rindu giler bebbb
7) pasangan kahwin jauh ni memang pandai bab2 aplikasi text n call percuma ni... line, whatsapp, viber, tango, wechat.....
8) memang segala saiz baju, seluar, kain , kasut n segala minatnya on finger tips... maklumlah bila jumpa je nk wat suprise bg hadiah haha...
9) asyik plan nk bercuti sne sni je hehe...
10) pasangan jauh ni hebat... boleh hafal da waktu ketapi, bas n $ tol hehe
Sekian...
Semua pasangan jauh.. xmo cedey2... bergembiralah n bersyukurlah hehe
Jaga2 ada yang memerhati
Wednesday, 21 August 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Sayang beribu sayang
Pelajaranmu tinggi
Akhlakmu zero...
Please be more emphathy..
Jangan hanya tahu menyilang tangan di badan...
Touch is a treatment ...
Atau kamu merasa jijik untuk menyentuh mereka
Jika begitu kamu telah salah memilih kerjaya
Terima kasih atas jasa mu yg sedikit itu...
Maaf bukan tidak ku hargai..
Tapi arahanmu tanpa akallah yang menyebabkan aku jatuh akibat dipaksa menukar tempat dalam keadaanku tidak berdaya
Dengan kau hanya lihat membatu tidak membantu...
Terima kasih pengawal... meski jawatanmu rendah pertolonganmu menggambarkan akhlakmu yang tinggi...
Kerana kamu anak bangsaku..
Malu untuk ku mengadu..
Kerana menjaga nama bapamu yang berada di belakang mu...
Sekian....
Pengajarannya: jaga akhlak walau dimana berada... malaikat ada dikedua bahu tak berhenti mencatat segala yang berlaku
Raya 2013.... Teluk Anson....
Tuesday, 13 August 2013
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....
Nani nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali Nani....
This year my 1st time celebrate raya as a wife ... as daughter in law... and after 1 month of BT..
Walaupun Nani n suami daripada PERAK tapi tetap kene oooooosommm jugak hahaha.... disebabkan kalah jadi raya pertama Nani di Teluk Intan di rumah ibu mertua.... hehe actually tak kisah pun sebab dua2 keluarga dan ramai je ahli keluarga...
Jom Nani nak share gambar ngan kome sume... no caption coz all the pictures tell u how happy i am... seriously bezzz dapat gi PASYOR JENERIS..
AFTER 2 WEEKS BT
Thursday, 1 August 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Today is 1/8/2013...
Bermakna sudah 2 minggu nani menjalani prosedur BT...
Nak tahu apa improvement NanI?
20/7/2013: Nani terpaksa mengguna BIPAP untuk bernafas sebab masa tu betul2 2 hari baru lepas BT . Tapi pakai sejam je.. da ok.. Alhamdulillah...
Kalau dulu confirm da intubate dan dimasukkan ke ICU...
22/7/2013: Berkobar2 nak pergi kerja , tapi pagi tu tiba2 NANI batuk keluar darah.. tapi lepas jumpa doctor.. NANI diberi MC rehat 2 hari di rumah
24/7/2013: Nani dapat asthma attack masa nak tidur.. terpaksa drive ke hospital sorang2.. but after 1 nebulizer given.. feel much better..
Nani da masuk kerja 24/7/2013... so far Alhamdulillah takde masalah lagi.. tak de asthma attack.. n no admission in ward lagi...
Tapi korang jangan suruh Nani lari.. memang berlari dan naik tangga nani tak boleh lagi... rasa semput sangat bila buat 2 - 2 benda tu....
Conclusion... Nani kurang ke hospital ambil neb dan Nani dapat bekerja seharian tanpa ada masalah sush nafas....
Sekian, Syurga Firdaus Kegembiraanku...
KEEP SMILING ...
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Di bulan Ramadhan ni kita di galakkan bersabar dan senyum selalu...
Ni Nani nak share sikit peristiwa hari ni yang Nani lalui..
Hari ni Nani pergi buat lesen baru kat JPJ SEBERANG JAYA . Macam biasa Nani di temani kawan serumah Nani, Junaidah.. kebetulan Jun kerja petang hari ni..
Terkejut Nani hari ni ramai sangat kat JPJ tu.. bayangkan Nani punya no giliran 1270 sedangkan masa tu no yang di panggil baru 1156..
Nani dan Jun decide nak tunggu juga..
Da lama berdiri tu tiba2 ada seorang pegawai di JPJ tu buat pengumuman... " Tuan, Puan yang nak bayar roadtax sila beratur di kaunter 8, 10, 11 dan 13,.. jangan berebut2 kita akan layan semua orang, InsyaAllah" makanya mudah ler urusan mereka ysng nak bayar roadtax tu.. TAHNIAH kt pegawai tu.. tindakan dia da mengurangkan kapasiti orang di dalam tu serta menambahkan keluasan ruangan menunggu... Bukan apa, Nani kesian tengok warga emas yang datang.. lagipun Nani di fahamkan yang da 3 hari sistem JPJ down.. tu pasal orang ramai hari ni...
At last urusan Nani siap pukul 01.30 ptg.. n terus rushing ke tempat kerja... n most important thing... LESEN NANI DA FULL!
Sekian.. Syurga Firdaus KegembiraanKu
DAGING MASAK SOS TIRAM
Wednesday, 31 July 2013
1.. watak hero: daging ( bergantung korang nak masak berapa ramai nak makan... ) Nani mkn sorng jadi masak sikit je..
2.. Sos tiram dlm3 sudu besar (depends on daging... jgn byk nanti masin)
3. Bawang merah kecil 2 biji dihiris
4. Bawang besar potong bulat2 untuk hiasan
5. Cili merah potong ikut kreativiti untuk hiasan.
6. Air 1/4 cawan.. nak bg dahing lembut
7. Lada hitam yang ditumbuk halusssss sikit je.. nak senang guna serbuk lada hitam yang ada dijual dikedai2
8. Minyak masak 2 sudu besar
9. Kicap 2 sudu kecil
2. Tumiskan bawang merah kecil sampai naik bau..
3. Masukkan daging..
4. Masuk sos tiram..
5. Masuk air untuk bagi ada kuah sikit dan lembutkan daging.
6. Tabur lada hitam sikit...
7. Masuk kicap..
8. Bila daging da lembut masukkan bawang besar n cili
9. Then tutup api n hidang....
Selamat mencuba...
TODAY IS EXPIRED DATE...
NIKMAT MANA YANG INGIN AKU DUSTAKAN
Wednesday, 24 July 2013
Semalam Nani dapat chat dengan 1st patient yang buat BT (BRONCHO THERMALPLASTY) mcm Yang Nani buat tu... Nice to know her.. at least Nani tau Nani tidak berseorangan.. masih ada insan turut marasai apa yang Nani rasa... Rasa yang tak terungkap bila kita berkongsi pengalaman dengan insan lain yang alaminya juga...
Bila direnung betul kata adik lina tu.. BT bagaikan peluang kedua... Nani duk sorang2 kat rumah semalam dan berfikir sejenak... terlalu banyak Allah mudahkan hidup Nani.. betul kata orang apa sahaja keputusan hidup yang kita ambil hari ni menentukan perjalanan hari esok..
Nani anak ke3 dari 7 orang adik beradik.. kehidupan keluarga kami sederhana.. mempunyai seorang ibu yang sangat cekal dan tabah.. tanpa mak Nani mungkin takkan jadi kuat macam yang kwn2 selalu cakap...
Daripada umur 14 tahun Nani disahkan menghidap asma dan menggunakan ubat inhaler.. padahal masa sekolah rendah Nani aktif main bola baling bola jaring dan macam2 benda lagi.. hidup Nani mula berubah sejak tingkatan 2. Asyik muka Nani je masuk bilik sakit kat sekolah tu. Kehadiran ke sekolah memang terjejas .. sampaikan masa PMR dan SPM pun dapat asthma attack masa periksa.. tapi ALHAMDULILLAH dapat juga buat mak senyum dengan keputusan periksa..
Then Nani dapat tawaran Matriks aliran sains dan Asasi undang2 di UITM... Nani terpaksa tolak atas sebab2 tertentu.. dan Nani pilih belajar Diploma Kejururawatan di KUIS .. ni lah keputusan paling besar dalam hidup Nani yang telah merubah segalanya...
Ternyata pilihan untuk tolak IPTA dan memilih untuk belajar di IPTS mempunyai hikmah yang cukup besar... Permulaan Nani belajar dulu menggunakan PTPTN.. ketika di Sem2 USM telah datang di kolej Nani buat temuduga untuk BIASISWA... Alhamdulillah rezeki Nani USM telah taja bukan hanya baki semester tapi USM telah taja dari sem 1 yang Nani guna PTPTN tu.... SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH ... ALLAHUAKBAR!
Rezeki Nani terus kerja dengan USM dan ALHAMDULILLAH USM juga yang tanggung kos pembedahan Nani... sebanyak Rm 27,ooo.. Mungkin andai Nani di institusi lain Nani da di buang kerja... 4x intubated di ICU bukan pengalaman manis bagi Nani... MALU ... SAKIT.. itu yang Nani rasakan ... ye lah Nani malu setiap kali habis shif malam confirm muka Nani ada di kecemasan ambil nebulizer... SAKIT bila jarum di cucuk di merata tubuh kita.. meskipun nani seorang jururawat nani tetap tak boleh lari .. ini semua lumrah kehidupan..
Saat doktor cakap Nani tiada harapan untuk sihat dan terpaksa buat light duty... SEDIH!
KECEWA! Sebab Nani sayangkan kerja Nani... Nani nak tolong ramai lagi pesakit kanser..
Didikan mak, semangat mak dan semangat yang Nani pinjam daripada bekas2 pesakit yang Nani jaga dulu banyak bantu Nani jadi manusia yang kuat dan tabah...
Alhamdulillah masih ada sinar untuk Nani... akhirnya Nani end up dengan menjalani BT.. Yup diakui air mata tak berhenti mengalir dan harapan Nani masih tetap ada untuk hidup sihat... terlalu banyak Nikmat yang Allah bagi pada Nani...
Saat Nani rasa sunyi , Allah kurniakan Nani seorang suami untuk menemani perjuangan Nani... LALU NIKMAT ALLAH YANG MANA SATU INGIN NANI DUSTAKAN INGIN NANI TIDAKKAN? TIADA SAMA SEKALI , SEMUA YANG BERLAKU ADALAH ATURANNYA ... SYUKUR YA RABB...
Brekkkkkk, PULAS STERENG!
Tuesday, 23 July 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hai! Apa khabar semua? Bagaimana dengan perjalanan Ramadhan kalian? Adakah dimanfaatkan? Adakah telah disia2kan? Opss... jgn bagi jawapan di sini... tapi jawablah pada hati anda sendiri.... andai telah dimanfaatkan... ALHAMDULILLAH SYUKUR.... TAHNIAH BUAT DIRI ANDA... tapi... andai telah disia2kan... opss tekan brek... dan pulas stereng cepat! Masih belum terlambat anda nak memanfaatkan Ramadhan...
Apa? Anda tak tahu nak buat apa? Guys, wake up.... kebaikan sebesar biji sawi pun dikira tau pahalanya.. malah pahalanya mungkin lebih besar dari biji sawi tu...
1) Zikir...... yg ni senang je sambil mengadap FB pun boleh buat kn?
2) Baca Al- Quran.. ingat pahalanya bukan untuk 1 ayat tapi every single words tau.... Walaupun ngaji menggunakan Ipad berwudhuk jugak tau... memang tak berdosa mengaji takde wudhuk tapi tak beradab ler dgn Al quran bila mengaji tak berwudhuk
3) Sedekah... time hgpa pi masjid cer rerajin buh rm1 -rm2 dalam tabung tu... untung tau.. sbb kot2 depa guna duit tu besaqkan masjid tahun depan kita pun dapat pahala gak...
4) solat.. haaaa yg ni yg WAJIB buat... rasa mcm puasa tu sia2 je bila kita sibuk duk kejar yg sunat tp yg WAJIB tak dibuat...
5) Jaga Aurat... yg ni hgpa tau norh.. tak payah explain la norh?
* kawan2 jangan disia2kan Ramadhan ini kerana belum pasti kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang.. jadikan Ramadhan ini starting point untuk kita berubah... ingat.. TERUS TEKAN BREK DAN PULAS STERENG.... doakan saya juga ya.... SALAM RAMADHAN
BERAKHIRNYA PENANTIAN
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
18/7/2013: hari pembedahan Nani yang terakhir.... juga bermakna berakhir la juga penantian Nani... jujur cakap penat sangat nak ulang alik penang ke Selangor. Then in between every operation tu bila sihat Nani kerja dan bila Nani tak sihat doctor bagi mc.. kiranya seingt Nani dalam tempoh ni Nani baru kerja 6 hari...
Bila mc lama tu Nani rehat di rumah mak di Taiping atau rumah mak mertua di Teluk intan... apa2 pun Nani bersyukur sangatt sebab akhirnya semuanya da berakhir.. sekarang ni Nani teruskan follow up dengan Hospital Kepala Batas..
After 3 session yang last ni la paling Nani rasa teruk sangat... sebab asthma attack makin kerap n post extubate ari tu tekak nani luka teruk... jd kena la makan bubur kanji n air sejuk2... Alhmdulillah masih dapat mkn kn?...
But now i feel much better... dan semangat gila nak pergi kerja... da lama sangat tak kerja... hehe...
Doctor kata bukan bermaksud pembedahan ni awak akan sihat sepenuhnya tapi insyaAllah kualiti hidup Nani akan dapat ditingkatkan... Nani faham tu jadi sekarang nak kena jaga diri baik2 sehingga betul2 baik ...
Last but not least, berjuta2 terima kasih kepada semua :
- ahli keluarga , saudara mara, suami, FAMILY KAMY
- kakitangan IPPT dan USM,
- kwn2 sekerja...
- kwn2 serumah...
- kakitangan wad 8b hospital serdang
- respiratory team of Hospital Serdang ... Dr Jamalul n the gang
- respiratory team of Hospital Kepala Batas especially Dr Kumaresh
DOAKAN NANI TERUS SIHAT YE SEMUA... salam ramadhan
WASIAT RASULULLAH SAW ( PART2)
Tuesday, 16 July 2013
ENTRI ini sebagai perkongsian ilmu dan peringatan bersama...
RASULULLAH SAW BERSABDA.. " Allah menciptakan Malaikat di bawah Arasy. Malaikat tersebut bertasbih dalam seluruh bahasa. Apabila pada malam jumaat Allah memerintahkannya untuk turun dari langit ke bumi dan melihat penduduk bumi sambil berkata:
" WAHAI ANAK2 YANG BERUMUR 20 TAHUN, janganlah kalian terpedaya oleh tipuan dunia,"
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 30 TAHUN, carilah rezeki Allah dan pergunakanlah akalmu."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 40 TAHUN, berbuatlah baik dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 50 TAHUN, tidak ada lagi uzur bagimu."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 60 TAHUN, apa yang telah engkau siapkan untuk bekal akhiratmu,"
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 70 TAHUN, sudah dekat waktu panen bagi orang yang menanam tanaman."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 80 TAHUN, Taatilah Allah di bumiNya"
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 90 TAHUN, telah tiba waktunya untuk sampai pada akhir perjalanan maka persiapkanlah bekal."
" WAHAI ORANG YANG BERUMUR 100 TAHUN, Hari Kiamat telah datang kepadamu, tetapi kamu tidak menyedarinya,"
Kemudian Malaikat itu berkata, " kalaulah bukan kerana orang tua yang rukuk, para pemuda yang khusyuk , dan anak2 kecil yang sedang menyusu ibunya, pasti azab telah ditimpakan pada kalian sekeras- kerasnya."
Sekian.. Syurga Firdaus KegembiraanKu....
WASIAT RASLULLAH S.A.W (part1)
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Entri kali ni cuma Nani nk kongsikan sikit pembacaan Nani petang ni... Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya...
Sabda RASULULLAH S.A.W
" Ada 6 perkara baik tetapi 6 perkara lainnya lebih baik daripadanya"
1) Keadilan itu baik TETAPI keadilan yang dijlnkan oleh seorang pemimpin itu lebih baik.
2) Sabar itu baik TETAPI sabar yang dilakukan oleh orang fakir itu lebih baik.
3) Wara ( sifat hati2 dalam agama) itu baik TETAPI wara yang dilakukan oleh seorang ulama itu lebih baik.
4) Sifat dermawan itu baik TETAPI kedermawanan yang dilakukan oleh orang kaya itu lebih baik.
5) Taubat itu baik TETAPI taubat yang dilakukan oleh seorang pemuda itu lebih baik.
6) Malu itu baik TETAPI malu yang disandang oleh seorang wanita itu lebih baik.
# ###########################################
1) Seorang pemimpin yang tidak adil seperti awan tanpa hujan.
2) Orang fakir yang tidak sabar seperti lampu yang tiada sinarnya.
3) Seorang ulama yang tidak memiliki sifat wara seperti pohon yang tiada buahnya.
4) Orang kaya yang tidak dermawan seperti tanah yang gersang.
5) Pemuda yang tidak mahu bertaubat seperti sungai yang tiada airnya.
6) Wanita yang tidak mempunyai sifat malu seperti masakan yang tiada garamnya.
***** Sekian.... Syurga Firdaus Kegembiraanku...
Catatan 16/7/2013
Monday, 15 July 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Pejam celik pejam celik da sampai da untuk operation yg ketiga a.k.a yg terakhir... juga masih di wd yang sama, katil yang sama dn juga Hospital yang sama..
Teringat Nani mula2 datang untuk yang pertama dulu takut sangatttt menangis tak berhenti... Alhamdulillah ramai yang support masa tu...
Masa tu 27/5/2013....
Hari ni 16/7/2013...nani datang lagi untuk buat operation yang sama... harpnya lancar seperti dua2 prosedur sebelum ni.. doakan ok...
Cuma Nani masih takut setiap kali dibawa ke dewan bedah... tipu lah tak takut... Nani takut ditidurkan dan tak bangun2 hehe sume orang kalau disituasi Nani akan fikirkan perkara yang sama... tapi sume tu Allah yg tentukan kita hanya perlu berusaha selagi mampu dan jangan mudah menyerah dan putus asa... kita kena sentiasa tanamkan dalam diri kita Allah sayangkan kita sebab tu kita di uji ...
Mungkin kadang2 kita lalai dan adakalanya kita melupakan Dia... jadi bila kita diuji kita pasti akan ingat pada Dia... Allah rindu nak mendengar rintihan hambaNya... mudah-mudahan sakit kita menjadi kifarah dosa2 kita...
Ok lah, doctor datang nk cek.... hee jumpa lagi.. sekian
#coretan Nani...
Saat hati hiba
Saat hati berduka
Saat hati gelisah
Saat hati gundah gulana
Tenangkan hati dengan zikrullah
Bajai hati dengan Kalamullah
Teruslah berpegang utuh pada tali Allah
Kekuatan tidak hadir bila kita tunduk terus menyerah
Sebaliknya kekuatan semakin kukuh bila kita berdiri, bangkit dan terus melangkah..
Sekian, Syurga Firdaus Kegembiraanku....
Catatan di 6 ramadhan
Assalammualaikum dan salam sejahtera
15/7/2013:
Nani da memulakan perjlanan ke Nilai,Negeri Sembilan.. Stay dirumah mak sedara Nani sebelum masuk wad esok pagi....
Sahur tadi Nani da start makan ubat yang Doc bagi.. 50mg tab prednisolone... GRRRR pahitnyeeee... ada lagi 2 ari untuk makan ubat .... Excuse me, misi pun manusia yg ada deria rasa..
Hati nani tengah tak sedap ni tak taulah kurang bahan apa... apa2 pun terima kasih kepada insan2 yg tak jemu bagi kata semangat pada Nani..
Pengalaman awal Ramadhan ni amat2 Nani hargai...
1.... dapat gak sahur n buka puasa dgn mak n adik2
2.... berpeluang sambut Ramadhan dengan suami, mak mertua, adik2 ipor n opah
3.... nak tau tak... bez sgt nani dapat tolong suami n mak mrtua n adik2 ipor meniaga roti jala kat bazar Ramadhan...
# to all penduduk Teluk Intan yang berdekatan Kampung Bahagia jemput2 ler singgah gerai ROTI JALA SUMBER REZEKI TAMAN CECILY... gerainya dibelakang .. ROTI JALA YANG DIJUAL 4=RM1... kuahnya DURIAN N KARI... nak tempah pun boleh gak...
Kepada pelanggan2 yg da merasa roti jala sumber rezeki.. jutaan terima kasih atas sokongan dan kesabaran kalian .. harap kalian tak jemu dgn roti jala sumber rezeki ok? Sokongan anda da berjaya menaikkan semangat staf2 di SUMBER REZEKI UNTUK MENINGKATKAN PENGHASILAN ROTI JALA SEIRING DGN PETMINTAAN ANDA.. bermula dengan 9kg, 10kg, 11kg, n kini 14kg / hari... Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi....
Ish da berceloteh pun hati masih gundah gulana mungkin berdebar kot sebab ni prosedur terakhir ..... DOAKAN nani ye....
Salam Ramadhan.... SYURGA FIRDAUS KEGEMBIRAANKU
Esok puasa...
Monday, 8 July 2013
1) sebagai isteri kepada seorang suami yang sangat sabar..Mohamad Azrul...
Operation Part 2
Wednesday, 26 June 2013
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Hai semua, Alhamdulillah seperti yang dijadualkan insyaAllah esok pagi Nani akan menjalani pembedahan yang kedua...
Walaupun yang pertama da berjaya harungi tapi still ada perasan berdebr... mcm nk nikah pulak rasanya...heee
Ini cuma slh satu usaha Nani selebihnya Nani serahkan pada qada dan qadar...Allah da aturkan perjalnn hidup ini dan segalanya da terulis di Loh Mahfuz.. Nani terima ini sbg ujian untuk Nani..
Pengorbanan suami yang sanggup tinggalkan kerja untuk teman Nani amat2 Nani hargai dan makin menguatkan semangat Nani untuk sihat..
CINTA KAN MAMPU MENGUATKAN KITA.... ceeewahhh.
Ok lah sampai sni dulu... mohon doa kalian ye... 10 jari Nani susn mohon kemaafan... sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang mak dan umi... sayang suami dan sayang semua....
Sekian...
Firdaus farhani.... syurga firdaus kegembiraan ku....
ShAriNg is CaRinG
Monday, 24 June 2013
Assalmmualaikum dan salam sejahtera.....
InsyaAllah hari ni Nani akan bertolak ke Nilai N9 dengan suami Nani.. Esok nani da kenA daftar masuk wad..
Lusa adalh hari pembedahannya...
Tapi jerebu mcm ni tak tau ler bolrh wat atau tak... sebab tak sesuai untuk lepas pmbedahan.... doakn yang terbaik ye...
Tapi yang Nani suke sangat sebab suami Nani sanggup bagi tablet dia kat Nani... Dia takut Nani bosan duk dlm wad mcm hari tu... hehe
speechless Nani mase suami Nani bagi tab tu.. bukn ape...
Nani tak pernah trrfikir nak pakai tablet.. sebab Nani tak reti guna gadget2 ni.... yang tau cme guna nokia sebab functionnya senang..
Nak pulak Nani ni takut pkai brg mahal2 alangkan hp Nokia Nani pun selalu jatuh... hish la... nk jaga tab pulak...
' abg tak kaya tapi insyaAllah rezEki yg ada kita kongsi Bersama'
Tu ler antra dialog suami Nani... terharu.. trus cancel Nani nk bli jubah takut2 duit suami tak cukup.. memang suami Nani gelakkn Nani.. huuuu...
Teringat Nani pd suatu nasihat yg pernah diberi pada Nani dulu...
TUGAS SUAMI MNCARI NFKAH UNTUK KRLUARGA TUGAS ISTERI MENJAGA KEBAJIKAN SUAMI DAN ANAK2... APABILA SUAMI KELUAR MNCRI NFKH ISTERI HENDAKLH MENDOAKN KESEJHTRAAN SUAMI...
# hidup suami isteri bagaikan jari jemari... apabila jari jemari kanan mnutupi rongga di celahan jari jemari kita...
Suami dan is3 saling memetlukan... menyeimbangksn kelemahan dan kelebihan masing2....
Sekian...
Firdaus farhani.... Syurga Firdaus Kegembiraanku..