iINSPIRATION FOR ASTHMA PATIENT...

Friday, 12 December 2014

aSSALammuAlaikum dan Salam Sejahtera..

SUDAH LAMA TIDAK MENULIS

RINDU RASA DI HATI

KINI BERTAMU LAGI

ALHAMDULILLAH SEMUANYA DENGAN IZIN ILAHI

BUKAN MEMBANGGA DIRI

SEKADAR MEMBERI INSPIRASI

KERANA DULU KU RASAKAN HIDUP BAGAIKAN MATI

KERJA BANYAKNYA MC

SAKIT TIDAK BERHENTI

YANG MENGENALI TIDAK PERLU KU ULANG LAGI

SAKITNYA MEMANG TIDAK TERPERI

MC BERHARI-HARI

MERASAKAN GAJI BAGAI TIDAK DIBERKATI

KU PASRAH UJIAN ILAHI

BILA DIKATAKAN SEGALA USAHA MENEMUI JALAN MATI

KU AKUR MELANGKAH KAKI MENGUNDUR DIRI

MENAMPAR PIPI, SAKIT KU RASAKAN LAGI

SEKADAR MENYEDARKAN DIRI

SAKIT INI DIA YANG BAGI PASTINYA PENAWAR JUGA AKAN DI BERI

NAMUN MASIH BELUM KUTEMUI

SETIAP LANGKAH HARI INI

ADALAH DARI SAKIT SEMALAM YANG KU ALAMI

SEMUANYA BAGAIKAN MIMPI

JANJI ALLAH ITU PASTI

PENAWAR AKHIRNYA DIBERI

SEMUA DOA DAN SUMBANGAN IKHLAS BAGAIKAN DIBERKATI

INI LAH AKU, SEORANG FIRDAUS FARHANI

SEKALI GAGAL AKAN KU USAHAKAN LAGI

KERANA JANJI ALLAH ITU PASTI

HANYA ITU YANG TERSEMAT DI HATI

KEPADA INSAN YANG SENASIB DENGAN DIRI INI

LETAKKAN TANGAN DIDADA, BISIKKAN PADA HATI

JANJI ALLAH PASTI

PERTOLONGANNYA MELALUI BRONCHIAL THERMALPLASTY

INSYA-ALLAH DENGAN  IZIN ILAHI

KITA BAGAI DIBERI PELUANG LAGI

 INGAT, KITA HANYA INSAN 

KITA MASIH PERLU BERBAKI ATAS IKATAN INSANI

KERANA ITU AKU MEMBERI INSPIRASI INI...

SEKIAN.. AKU TIDAK MEMBANGGA DIRI AKU SEKADAR MEMBERI INSPIRASI

KERANA HANYA KITA YANG RASAI KESAKITAN DAN LUKA INI....

JANGAN PERNAH BERHENTI SELAGI ALLAH TAK TEMUKAN KITA DNEGAN TITIK NOKTAH TERUSKAN USAHA LAGI..

SALAM SAYANG DARIPADA
 FIRDAUS FARHANI ABU BAKAR. PENGHIDAP SEVERE BRITTLE ASTHMA. INTUBATED 4 TIMES IN 2 YEARS, MENJALANI BRONCHIALTHERMALPASTY PADA TAHUN 2013 (MAY, JUN, JULY)...




Sedarkan diri kita

Friday, 10 October 2014

Assalmmualaikum dan salam sejahtera...

Rancangan primadona on air...

Saya tidak pasti ini ulangan rancangan malam ini.. di Acheh

Tapi tajuk malam ni wajar di amati n direnungkn bersama2

Kita nilai kembali dan bandingkan dengan negara kita...

Saya tertarik dengan slot di mana raja azura mengikut sekumpulan pasukan wanita..( memakai baju jubah seluar, tudung labuh)

Nak tahu apa tugas mereka?

Tugas mereka menegur pasangan2 lelaki wanita yang berdua-duaan , wanita memakai pakaian menjolok mata...

Hmmm bunyi mcm busy bodykn..? Tapi kalo kita sendiri xpdulikan iman kita izinkanlah orang lain menegur kita untuk sentiasa mmelihara iman kita..

Bagus kan?
Saya setuju... kesedaran acheh terhadap menegakkan syariat islam makin  meningkat ,iktibar dari kisah tsunami...

Apakah kita di Malaysia ni nak tunggu musibah besar  seperti tsunami baru kita betul2 nak tegakkan syariat islam...

Alasan kita pelbagai agama bukanlah halangan untuk kita menegakkan syariat islm.. zaman Rasulullah dlu pun ada je yg blm islm lagi...

Saya bukanlah orang yang arif bab agama.. saya sedang melalui proses pembelajaran... begitu juga dgn anda tanpa kita sedar...

Saya rasa peristiwa

Tsunami dlu turut kita rasai tapi Allah bagi kita rsa sikit namun kita masih tidak menyedari...

Jom kawan2 celik mata...
Bangun...
Kita berdiri depan cermin n nilai semula diri kita...
Tanya pada diri

"KALO AKU MATI MALAM NI SEMPURNAKAH AKU UNTUK MENEMUI MU YA ALLAH"

salam sayang... syurga firdhaus kegembiraanku

RESEPI SAMBALSUPERFAST:MI GORENG

Wednesday, 8 October 2014

Assalmmualaikum dan salam sejahtera..,

Hai readers...

Pendek cerita , nani nak share resepi mi goreng simple..sesuai untuk yang duk sensorang, atau  yang baru nak belajar masak..

Yang da xpert mesti r xmen masak sbungkus je .. masak mau berbungkus2 kan? Hehe

Ok ni respinye.. jemput salin n mencuba ye

BAHAN2

1... mee kuning sebungkus
2.. bawang putih 6 ulas ditumbuk2.. (nak pakai bawang lain sila kan.. sy suka bawang putih hehe)..
3.. sayur sawi.. ikut selera tau kalo suka makn sayur buh bayk2 hehe
4.. daging potong nipis ( boleh gnti ayam atau nk lagi simple tlur 2 biji je)
5..  rencah: 2 sudu sambal superfast, 2 sudu sos tiram.. 2 sudu sos cili
6.. cili potong halus untuk hiasan.. (boleh hias pakai bawang goreng)

7... kicap

CARA MASAK

1..panaskn myk 3 sudu,
2.. tumis bawang sampai naik bau..
3.. tumis rencah... tambah air sikit.. tambah kicap
4.. masukkan daging
5.. daging da lembut sikit masukkan mi n sayur...
6..Kacau sampai masak ok...
7.. dah masak boleh hidang ok..

*garam boleh lex ikut rsa... tapi nani x lex garam sbb kicap pun da masin., smbal superfast pun da ada garam...
Hehe...

Selamat mencuba

RESEPI SAMBAL NS: RENDANG

Wednesday, 1 October 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJATERA..

For those who always follow my blog and read my posts.. thank you very2 much whoever you are... SALAM PERKENALAN... 
dalam post yang sebelum ini nani ada kongsikan yang nani kini Officially jadi agen Sambal NS.. Honestly .. I admit yup ! bukan nani yang masak sambal tu tapi jiran nani.. hari2 bau masuk rumah.. tergoda I... hehe
Jadi post kali ni nani nak sharekan resepi yang boleh dibuat dengan sambal superfast NS ni...

SELAMAT MENCUBA!!!!

A) Bahan Utama:

2kg daging batang pinang dihiris nipis (basuh dan toskan)

4sdb pes sambal NS ( boleh + - ikut selera kepedasan anda)

B) bahan kisar:

-2 inci kunyit hidup
- 3 inci halia
-lengkuas sebesar 3 jari
- 5 batang serai

- minyak menumis secukupnya
-2 camb rempah kari
-rempah 3 sekawan untuk bahan tumis

-1 kg santan
-2 keping asam keping ( boleh + kalo suka masam2)
-2 camb kerisik

-sedikit daun limau purut
- daun kunyi dimayang halus

c) cara memasak:

1) tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2) masukkan 3 sekawan
3)masukkan rempah n gaul sekejap.
4) masukkan pes sambal NS.
5) masukkan daging biar sampai masak.
6) boleh rasa dulu sebelum masukkan asam sebab sambal NS da ada asam ye..
tambah garam dan lain2 mengikut kesesuaian

SELAMAT MENCUBA!!!!

Happy annivessary batch oct 2010... IPPT USM

1 oktober..
4thn bergelar misi...
Xckup lagi pengalaman.,

Sabar ye kawan2 seangkatan tahun depan baru kita celebrate besar2 haha skali dgn lps kontrak...

Terima kasih usm
4 tahun..
Masih muda dan hijau
Memerlukan langkah yang panjang
Kerana impian ini masih jauh

Yang dipandang bukan kontrak yang 5 tahun
Tapi siapa kita 10 tahun akan datang.?
Adakah masih di takuk ini?
Atau jauh meninggal pergi...
Melangkah dan menerokai pelbagai cabangan bidang lagi
Apakah kita masih bergelar misi?
Atau mungkin kita telah beralih angin?

Walau apa pangkat dan bidang kita terokai
Tanamkan dalam diri
Ilmu jururawat ini tidak rugi
Meski kita bukan lagi di klinikal
Namun ilmu ini berguna untuk kita jaga orang2 yang kita cintai...

Selamat ulangtahun yang ke 4 bukan kawan2 di IPPT USM batch oct 2010

Terima kasih Ippt/usm

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI JKKK PENAGA PENANG

Saturday, 27 September 2014

Assalmmualaikum dan salam sejahtera..

Hari sabtu 27092014

Hari ni program kempen kesihatan di Jkkk Penaga ..

First time mai sni... rupanya kat sni boleh dapat ikan fresh..
(Awat xtau pun sebelum ni ?)

Baru sedar banyak tempat aku x terokai lagi...

Ok pause!

Program kami tak berjalan lancar kerana bertembung dengan program pemberian wang untuk  nelayan.. so tak dapat bagi talk...

Nani dengan muka tak malu selamba je keluar dri dewan dan panggil orang ramai .. "mai mak cik pak cik , kita periksa kesihatan.. FREE jah hari ni" kalau pi USM tu selalu ke bayaq, mai  mai"
Hah ko.. da macam nk jual apa je..

Ye r aku da semngat nk buat kerja untuk komuniti ni boleh pulak takde orang nak mai...

Mak cik pak cik cayaq dengan pujukan aku...
Weih korang kalo ada pemeriksaan kesihatan percuma buat je r.. dapat info baru ok nanti...

Macam hari ni.. da makcik2 kat penaga dapat info paal pemeriksaan payudara untuk kenalpasti kanser payudara... siap buat demonstrasi lagi hokey ...
Lelaki jangan ingat hangpa selamat norh... lelaki pun boleh dapat breast cancer ok..

By the way ok r ari ni dalam 20 orang mai periksa kesihatan...

Dapat ler nani bawak balik nasi lemak lebih., tapi sambal die sikit, so balik nani makan dengan sambal superfast NS... sarapan pun dengan sambal tu jugak.. jimat..

Nantikan kemunculannya dipasaran taiping n teluk intan...

Anything regarding sambal boleh whatsapp me on 0185744945..

Conclusion.. ALHMDULILLAH DIBERI PELUANG BERBAKTI UNTUK MASYARAKAT...


Wow mudahnye dengan sambal superfast NS...

Friday, 26 September 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hai kawan2...

Nak perkenalkan ni sambal superfast Ns...

Readymade... di masak sendiri... ops bukn nani yang masak tp jiran

sebelah rumah.. hehe sebab tu  i berani promote.. maklumlah die masak

bau die menusuk2   hidung i.. serius wangi... dan yang buat nani berani

promote dan jadi agen  die sebab nani da banyak kali repeat order...

Sonang memasak bagi yang bekerja dan yang surirumahpun banyak

masa nak main dgn anak kalau ada sambal ni...

Nak tau sebab apa?

1... sambal ni da masak.. boleh makan macam tu sahaja...

2... pes sambal ni boleh buat masak nasi goreng, segala jenis sambal ayam, udang petai, ikan bilis.. dan lain2...

3... bahan yang di pakai tiada bahan pengawet memang barang2 original nak masak...

4.. ada pelbagai saiz,
200gram, 350gram  n 500gram

5... nak tau kenalah try...

So bg kawan yang berda di teluk intan dan kawasan sekitar boleh ler cari  ambal ni di kedai sumber rezeki taman cecily teluk intan ye.. harga ... sure berpatutan...

Ok selamat mencuba

Si pembancuh air vs Si drakula...

Monday, 22 September 2014

Assalmmualaikum n salam sejahtera...

Si pembancuh air n si drakula..

2 dunia berbeza..

2 profession yang berlainan..

Bagai langit dgn bumi...

Kenapa?

Kerana manusia itu percaya pada apa yang mereka nampak...

Tapi aku percaya pada apa yang aku alami..

Bisikan demi bisikan terjah ke telinga..

Kata mereka tidak sesuai si pembancuh air dgn si drakula...

Tangga gaji sahaja sudah berbeza..

Kata mereka aku terima kerana terpaksa..

Ya lah nak mati dlm title seorang isteri...

Di kala itu aku hanya diam kerana tidak mengerti percaturan hidupku lagi..

Aku sendiri masih kabur dlm perjalanan ini..

Hanya ku katakan pada diri.. redah sahaja pasti ada hikmah yang menanti...

Itu lah aku ., tidak suka percaya pada apa yang orang kata..,.

Kerana aku tahu soal jodoh manusia bukan tuhan.,

Benar, perbezaan kita terlalu ketara...

Terlalu susah mencari titik persamaan..

Akhirnya aku akur..

Perbezaan ini yang mewarnakan hidup kita...

Bila kita akur pada perbezaan ini akhirnya kita juga yang happy...

Kata mereka aku layak dengan insan lain yg jauh lebih bagus dr dia...

Aku pekakkn telinga ..

Kerana aku percaya Allah da bagi jodoh yang baik untuk aku...

Kalo yang kucari itu harta da pasti kata mereka akan aku turuti...

Tapi yang aku cari agamanya...

Nah .. yang kutemu si pembancuh air...

Banyak aku belajar dari dia...

Soal gaji? Jgn kau tipu kerja mkn gaji duit itu mencukupi... kalau benar mencukupi mungkin tidak perlu penjawat awam meniaga di sana sini..,

Tidak malu kah aku membantu dia di gerai? Sikit pun tak kerana dia suami aku.. wang hasilnya itu yang bagi makan aku...

Aku bekerja dgn manusia pelbagai bangsa n usia. Begitu juga dia..

Tapi aku kagum bila lihat semngatnya... membina networking sedaya upaya

Hari2 mendengar impiannya...

Kadang aku tergelak jugak..

Dlu aku hanya ingin jadi si drakula sehingga tua...

Tapi si pembancuh air ni slalu ckp kat aku...

Gi tuntut ilmu2...

Hari2 dgr aku jd jemu..

Mula2 ku buat kerana taatjan perintah suami..

Hari ni aku buat kerana ,.

Yes this is my journey...

Terima kasih kepada si pembancuh air...

#saya sayang suami saya kerana ini jodoh saya
#doakan jodoh kami sehingga jannah
#doakan saya berjaya habiskn study dengan cemerlang..

Resepi: roti berinti

Wednesday, 10 September 2014

Assalmmualaikum  dan salam sejahtera...

Cerita petang semalam: balik kerja ,  lapar ya amat huuu
Tapi macam biasa  kalau da masuk rumah malas ler nak keluar...
Intai2 peti ais tgk apa yang ada..teringat gambar fb yang  buatkan nani teliur... maka nani pun cuba ler resepi ni... hah hgpa nikmati ler gambar step membuat resepi ni hokeyy.. enjoy..!

Resepi:ayam goreng mayonis

Sunday, 7 September 2014

Assalmmualaikum n salam sejahtera...

Malam ni memang lapor sangat.. xtau nk mkn apa.. buka peti ais intai2 apa ade untuk dimasak..

Kcengggg! Dlm peti ais ada aym n mayonis terus terfikir nk buat resepi ayam goreng mayonis..

Xsusah.. senang je...

Ok..

Bahan2: untuk ayam 2 ketul je hehe

1.. bawang putih 3 ulas, halia besar ibu jari atau ikut rasa korang suka halia atau x.. tumbuk tau 2 bahan ni...

2.. 1 sudu sos tiram

3.. 1 sudu mayonis..

4.. stok ayam 1/3 je..

5. Lada hitam sikit.. ikut suka hati..

6.. serbuk kunyit .. option shj..

Semua bahan ni tuangkan pada ayam n peram untuk 15 minit.. sementara tunggu pi bncuh ayaq dlu..

Gorengkn gne myk mcm korang goreng ayam ok.. mksudnye byk sikit.. jgn risau insyaAllah myk x letup... goreng smpai garing tuangkn kuah yang lebih2 jugak dlm myk... sedappp

Ok tgk gmbr bwh ni.. xsempat nk dressing.. da lapor..

Selamat mencuba.. assalammualaikum

Projek Cuti semesterrr

Assalmmualaikum...

How to start ha? Pause...

Ok, hai kawan2..
U olls tau kan nani ada ler buat felt craft sikit2 hehe xkreatif mana pun.. tp cntik ler jugak bagi beginner macam nani ni hahasumpah perasan...

Ok serius i da jatuh hati dgn felt craft... warghhh nk cepat2 beli mesin jahit.. penat ler jugak balik kerja je menjahit.. actually this is one of my way to release stress.. giler x stress blk ko bercakap dgn dinding.. nobody to speak n listen to u after the whole day kat tempat kerja..
Hehe teremotional plak...

Berbalik to cerita felt.. even i buat part time je but i still ada terima beberapa tempahan yang mana i mampu buat i terima kalo x mampu i kabo awal2...

N this semester break (about a month for enjoying holiday huuu) i make keychain owlie n bird tecik2 cute punyeee..
Hehe...

So yang berminat nk order or have any inquiries may text me or whatsapp me at
0185744945
Find me on fb ..Naniey's craft ok n instagram #nanieys craftowlie...

Dont worry about price seriously reasonable ok

This is some of my collections.. jemput tgk  k bye assalmmualaikum

Love Lane.. georetown penang...

Assalmmualaikum n salam sejahtera..

Siapa da sampai lovelane georgetown penang?!

macam ramai je yang da sampai. Heee.. yes.. nani antara yang baru sampai lah.. n antara yang agak tercari dimanakah lukisan2 mural  dinding itu..

2thn tggal di bertam pun xdan nk pi sana.. haishh bz apa ntah..
Pernah berangan nk gi dgn suami.. namun apakan daya Allah tkdirkn oi explore ngan kwan.. abg.. nanti cek bawak abang plak mai sini.. pakai sport shoes heh.. haha..

Nani pergi naik feri tu pun terlewat dr jam yng nani jnji dgn kawan nani sebab pergi oum dftr sem baru dlu.. ikut feri dekat sikit ngan tmpat tu.. 3x cek pusing roundabout kat padang kota tu hgpa tau x..

Setiap orang yang cek tanya suma bg direction lain2.. oklah mgkin  ceq x biasa jalan tu.. finally we arrived  at destination love lane car park aroun 1.10pm.. huhu  skali masuk rm2, sejam pertama rm1.. so ceq byq rm3 je dlu.. penjaga tu suruh byr 1 ari rm 5 since i xtau kul bpa nk amik keta.. then i ckp xpa lah nti blk kira lain haha.. sbb tau da xmungkin lebih 2 jam..

Ok.. aku dgn jun yg tkebil2 xtau rah tuju ni bjln ler ikut kaki melangkah.. beb sana ada sediakan basikal untuk disewa.. pendek cerita., penat aku berjalan rupanya gambar die bersepah2 kat dinding n kita kena explore., nk amik gambo kene tebalkan mekap ler sbb amik gambo tepi jalan..

Ni gambo2.. nani biarkn gambo2 ni berbicara hokeyyy... byee

Misi kita ,misi depa ,misi satu dunia

Tuesday, 22 July 2014

Malam ni terpandang beberapa status kawan2 yang bergelar jururawat...
Seronok baca kawan2 ada yang da berjaya ke arab... luar dari malaysia... wow.... hebat hangpa norh...
Orang  kita mengeluarkan pelbagai kata2 kurang enak dengan kerjaya jururawat,,
Hakikatnya orang luar memandang tggi kerjaya kita...

Mgkin ada kata..
Alah... org lua ambil orang kita jadi misi depa sebab gaji kita murah daripada misi depa...
Opsss...
Murah duit depa tinggi duit kita...
Kita angkut bawak balik duit depa bagi kat mak pak kita...
Mak pak blnja dlm malaysia.. xke negara juga yang untung...

Mugkin ada kata...
Depa pi luar negara pasal depa mata duitan..
Opps.. depa pi bukan jual maruah
Tapi depa pi bawak nama malaysia norh...
Orang kenal depa orang kenal malaysia
Orang bayar depa negara lagi yang untung

Opps lagi...
Depa pi bukan tangan kosong...
Depa bawak ilmu jururawat kita...
Tu nampak betapa jururawat kita punya skill n knowledge depa nak...
Berebut habaq hang orang nak gajikn jururawat kita ni...

Buat semua jururawat
Tok sah nak malu nak ngaku hgpa jururawat...
Ishhhh, bukan kerja haram..
Kita kerja tolong orang..
Memang basuh kencing berak pun ada dlm skop kita..
Tapi kita buat cara bermaruah...
Memelihara maruah orang...
Dah tu kalo orang tu duk busuk bau hancing
Kesian dia.. malu dia orang duk kata...
Muliakn kerja kita?
Orang tu bukan orang lain
Boleh jadi mak pak depa yang duk kata kita...
Tak pa kita ikhlas norh...

To all nurses...
Pi la mana hangpa nak pi..
Kerja lah mana hagpa nk kerja...
Sebab usaha hangpa tu mungkin boleh jadi pemangkin
Jururawat ni jadirofessional...
Tak pa hari ni orang duk kata kita
Mana ada orang xdak musuh
Nak berjaya semua duk pakat dengki...

Ok kawan2 kat luar malaysia, di negara arab atau eropah
Mana pun hangpa berada n mengamalkn ilmu jururawat hgpa tu
Tabik spring.. toing2
Untuk semua., terima kasih sebb da perkenalkan misi malysia kat lua..

Saja nk tulis ni..
Nak habaq mai..
Kita sesama rakyat malaysia
Tegur cara berhikmah...
Xsuka cakap leklok..
Jangan semua nk salur kat media sosial...
Semua nk jadikan viral...

Apa jua kerjaya anda..
Berbangga lah... selama mana hgpa suma duk buat dengan cara yang halal ok....

Wassalam

Penangguhan itu strategi syaitan...

Sunday, 6 July 2014

ASSALMMUALAIKUM &SALAM SEJAHTERA

salam ramadhan..
Sudah seminggu kita berpuasa..
Petang ni sementara tggu waktu berbuka nani tonton astro rancangan MISZ NINA.. TRAVELLER
Lebih kurang macam tu ler tajuknya...
Ni yang nani nk kongsikan...

Misz nina bertanyakan pendapat USTAZAH YASMIN MOGAHED mengenai pendapat :

1)"saya tak bersedia memakai hijab"
2)"saya nak jadi sempurna dulu , baru nak berhijab"

JAWAPAN USTAZAH YASMIN MOGAHED:
1.. Allah menyuruh kita berlumba2 membuat kebaikan.... maka tak boleh tangguh2.. kerana kita tak tahu berapa banyak masa yang kita ada.. kita tak tahu apa akan jadi pada hari esok..

2.. strategi syaitan .. inginkn kita bertangguh supaya kita tak sempat melakukannya...

3..WAHAI SAHABT JGN TERTIPU DENGAN AJAKAN SYAITAN...

kerana... jika di tangguh, adakah kita akan mampu bernafas esok hari?
Jika ditangguh adakah kita akan sempurna., JGN TERPEDAYA! kita insan tiada yang sempurna...  kita ingin menjadi baik.. berhijab itu salah satu usaha kita...

Selamat beramal...

Rindu bertamu..

Wednesday, 30 April 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

Terlalu lama menghentikan hobi menulis kerana  kekangan  waktu dengan segala  tugasan ...

Kesibukan yang aku alami rupanya tak mampu menghilangkan  rindu pada arwah pak ndak... azli abd. Rahman yang telah kembali kepada Sang  Khalik pada december 2013...

Masih teringat panggilan telefon yang aku terima dari pak ngah jam 2 pg.. berita yang pak ngah khabarkan betul mampu menyedarkan aku dari lena.. aku sepatutnya pulang awal kempenang kerana aku bekerja pagi esoknya dan suamiku juga sepatutnya pulang ke teluk intan.. tapi kami tangguhkan kerana nenek aku mendapat serangan jantung dan memerlukan rawatan segera di hospital..

Tanggungjwab yang pak ngah berikan untuk aku menkhabarkan berita sedih itu pada atuk dan nenek bukan 1 tanggungjwab mudah.. aku takut nenek dapat serangan jantung lagi...

Aku gerakkan semua ahli kluarga.. dan tanpa fikir panjang aku dan suami buat keputusan untuk ke kelantan.. arwah meninggal di kelantan.. di kampung isterinya..

Saat sampai kampung nk bgtau nenek atuk memang kelu lidah.. aku cuma mampu kata .. " nek , atok, siap jom kita ke kelantan sekarang"
Pada mulanya nenek enggan ikut sebab pelik dengan  ajakan aku... akhirnya aku akur terpaksa khabarkan yang  pak ndak da tak de...
Mmg sukar untuk mereka terima..

Dengan 2 buah kereta kami bergerak dari taiping ke kelantan... suatu negeri yang pernah aku diami selama 2 tahun untuk mencari rezeki dan menimba pengalaman.. sepanjang perjalanan nenek n atok menangis , smbil mengaji dan berzikir...

Bukn mudah nak menguruskan segala urusan di kelantan memandangkan arwah tiada rekod perubatan di sana.. Allah lebih mengetahui segala aturan perjalanan kehidupan..,  tak aku sangka ramai saudara mara dari perak dan selangor datang...sejauh ni mereka sanggup datang.. malah  jiran2 arwah dan rakan sekerjanye juga trut datang dari KL ...

Setelah terkumpulnya semua ahli keluarga baru lah segala urusan berjalan lancar... pantas segala proses...   nampaknya Arwah nak jumpa semua orang sebelum pergi...

Atok dan nenek memang sakit lps arwah pergi.. hampir stp hari aku kol tanya dan hujung minggi balik tgkkn mereka., akhirnya mereka kini redha dengan pemergian anak mereka...

Pak ndak.,, nani xkan lupa pesan pak ndak seminggu sebelum pak ndak pergi.. semoga rohmu tenang di dalam dakapan kasih sayang Ilahi...

Al-fatihah... AZLI ABD.RAHMAN

SIBUK MAK CIK LA NI....

Friday, 21 March 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Hai semua... nani nak ucapkan bebanyak, jutaan . Bermillion2 terima kasih kpd semua insan yang menyokong dan membantu saya selama ini...
Jujur cakap tak terbalas segala yang kalian beri... kerdil diri ini... hanya mampu saya titipkan doa buat kalian semoga Allah merahmati hidup kalian....

Alhamdulillah sekarang :
-saya da kembali bekerja ... tiada light duty da hehe
-saya juga sedang mengikuti pjj degree nursing... doakan saya berjaya habiskan dengan cemerlang ye...
-saya juga da kembali mengikuti n melibatkan diri dengan program2 diempat keje n luar
- masa terluang swlain sibuk siap assignment saya juga menerima tempahan jahitan felt...
-da xmc mcm dulu...
-asma attack sbulan skali may relieved using mdi but not take frequenly mcm dolu2.. syukur Alhamdulillah

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR NIKMAT YANG KAU KURNIAKAN PADA KU YA ALLAH....

Sekian, terima kasih

TAMAT LIGHT DUTY

Tuesday, 25 February 2014

ASSLAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Sudah cukup 9 bulan aku mengorak langkah di unit pergigian ni. mempelajari ilmu2 baru. melalui pelbagai perkara yang semuanya ku anggap sebagai pelajaran.. 
kerana prinsip aku.. hidup ini bagaikan sebuah pengembaraan , insan yang ditemui jadikan kawan, kerana suatu hari nanti mungkin kita akan bertemu kembali dan memerlukan pertolongannya pula kerana hidup ini ibarat roda kita tidak sentiasa berada di atas 

aku di sini kerana doktor da isytiharkan aku untuk buat light duty disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beberapa tahun lalu. Namun selepas Julai 2013 , Alhamdulillah semput tak seteruk dulu dan tiada rekod masuk wad. cuma bila keadaan sejuk sangat especially time hujan memang terasa sakit sangat dada ni di bahagian belakang radiate to tangan  kadang2 menitik gak r air mata ni. tapi tak lah seteruk dulu yang aku rasa sangat2 sakit jarum di merata2 badan.

bermula minggu hadapan aku akan memulakan kembali tugas hakiki yang aku tinggalkan.. di klinik pakar pula .. memandangkan kini da sihat jadi aku rasa da patut pun aku bertugas seperti dulu..

honestly aku masih merindui suasana kerja di HUSM kelantan.. rindu sangat dengan kesibukan kat sana.. terlalu sibuk sehingga tiada masa nak makan hati dengan sesiapa , tiada masa kita nak ambil tau hal orang dan tiada masa kita nak mencari musuh. yang ada hanyalah KAWAN.. seriously rindu dengan kerjasama yang macam dulu.. teringat macam mana mula2 kerja kalut nak pass report, nak buat admission nak bawak patient ke radiotheraphy dengan katil yang berat2 tu (tapi tak kurus pun hehe)
 dulu pun selalu je kena marah masa mula2 kerja tapi still lagi diorang ajak makan2.. memang tak ambil hati langsung! rindu sangat... bukan senang nak dapat pengalam kerana pengalaman antara kita tu berbeza..

untuk semua kawan2 di wad 3s (MISI2. MISA2. DOCTORS) HUSM dan  bekas2 pesakit serta ahli keluarga Nani rindu korang semua.. Nani doakan korang semua baik2 belaka dan dalam lindungan rahmat Allah.. InsyaAllah panjang umur kita jumpa di sana.. maafkan salah silap nani ye.. terima kasih da mewarnai hidup nani...  seriously rindu semua...

ikhlas... firdaus farhani 

BELAJAR JARAK JAUH: KEBAIKAN DAN CABARAN

Monday, 10 February 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
 
hai semua, apa khabar? ok last entri Nani ada khabarkan yang nani sekarang sedang mengikuti pengajian jarak jauh kan? ok di sini nani nak kongsikan dengan kamu semua antara kebaikan dan cabaran belajar jarak jauh...
 
 
KEBAIKAN 
 
1) BEKERJA SAMBIL BELAJAR- 

bunyi macam orang tamak je kan nak dua2 benda dalam satu masa.. tapi sebenarnye bagus tau sebab bila kita bekerja dan belajar secara tak langsung apa yang kita belajar kita dapat praktikkan pada masa bekerja.. lagipun gaji tu tak lah putus boleh buat back up bayar yuran ke kan.. jadi tanggungjawab kita pun dapat dilaksanakan... ye lah cer bayang orang yang ada anak bini kalau kita tak buat macam ni mana nak dapat income bayar duit rumah, duit kereta DLL, anak sekolah lagi.. hmmm kena fikir tu....

2) MASA YANG FLEKSIBLE
 
yup masa memang fleksible.. do not attend class everyday and do not wake up early every morning hehe  sebab tutorial hanya pada hujung minggu 2minggu skali... lecture boleh didapati di  website... dan banyak bahan bacaan yang boleh diperolehi di website... jadi masa yang selalu kita pakai untuk menghadap komputer berFB , bertweet2 or instagram bagai tu kena limit sikit dan banyakkan masa dengan study... untuk yang pakai smart phone they may study everywhere as long as they have internet access hokey... nak jimat lepak je McD ke KFC ke ( wifi free hehe)
 
3) LEBIH BERDISIPLIN
 
memang memerlukan disiplin diri yang tinggi... pembahagian masa antara tugas hakiki, belajar, tutorial, assignment, and for family...
memang kita perlu bijak... dan sentiasa patuhi jadual kita.. jangan main langgar je.. 
4) MOTIVASI DIRI YANG TINGGI 

tidak mudah nak disiplinkan diri tanpa ada motivasi diri yang tinggi... hari2 cakap pada diri.. YOU CAN DO IT.... da langkah dua2 kaki kena terus melangkah tanpa hentiiii!!!!
 
CABARAN

1) MASA
 
sehari kita diberi 24 jam sahaja untuk menguruskan urusan2 kita termasuk makan minum dan tidur.. jadi pengurusan masa memang penting sangattttt... JANGAN BAZIR MASA ITU AMALAN SYAITAN... nak atasinya... SILA BUAT JADUAL BESAR2 BINCANG DENGAN SUAMI/ ISTERI JUGA SUPAYA MEREKA FAHAM.. JANGAN LUPA PERUNTUKKAN MASA UNTUK KELUARGA JUGA.. JADI SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA AKAN FOLLOW JADUAL KITA HAHAHA 
 
 
2) KEWANGAN
 
yang ni memang masalah utama.. memang ada penyelesaian KWSP/ PTPTN atau nak lagi mudah ambil subjek mengikut kemampuan... biarkan apa orang nak kata . kita habis belajar lambat ke apa ke... yang sedang lalui ialah kita... anggap lah mereka2 sedang prihatin dengan anda.. haha.. lainlah kalau cakap pun mereka hulur duit bagi kita cepat habis haha... JIWA KENA KENTAL BRO!!!
 
3) PEMAHAMAN KELUARGA
 
HAH yang ni memang agak susah sebenarnya.. ni Nani akui sendiri sebab Nani tinggal dirumah sewa dengan kawan di Penang, kampung Nani di Taiping, manakala suami pula bekerja dan menetap di Teluk iNtan dengan keluarga mertua... hah korang nampak tak peta geografi di situ... kelas 2 minggu sekali.. minggu yang free tu je lah masa nk berjumpa suami... jadi pentingnya untuk kita faham kan orang2 yang kita sayangi....

bagi yang tinggal sekali pun bermasalah juga kan.. ye lah mana nak kenduri lah.. event family lah hehe... kang tak balik kampung mak kita ke keluatga mertua ke merajuk nanti jadi pentingnya kita fahamkan mereka... tak pun kerapkan buat panggilan bertanya khabar mereka hokey....


ok sekian, sampai ketemu lagi...

OUM ... I'M COMING....

Sunday, 9 February 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....
 
last week i was registered  with OUM seberang jaya to further my study in Bachelor of Nursing with honours... huhu nervous... da lama tak buka buku hehe...
 
last saturday just started with orientation on how using their website to get all new information / articles for assignment n how to view lecture class where everything just ONLINE!!!...
 
quite weird you know .. i never dream i will get this opportunity further my study.. since actually i should further in post basic first... Alhamdulillah Allah make my way easy as i dont expected it be... hehe
 
ALHAMDULILLAH my first class was on last sunday.. 3 class since 8am till 515 pm with new lecturer, they r helpful.. easy going... so they make me feel more comfortable n more cool down hahahaha...
 
my classmate all r working people like me so for sure it benefits me  a lot right? we can share working experience together hehehe
 
i already got 3 assignments.. huhu nervous .. confuse hope i can do it.. i must try.. 
PLEASE GUYS PRAY FOR Me N ALL MY PEER OK... the journey for this 2 years just started... THANK YOU ALLAH!!
 
 
 
 

# Poem 1

Kau hina maruahnya
Kau caci sejarah silamnya
Kau pertikaikan kelemahannya
Kau lupa kau manusia juga seperti dia
Punya kelemahan
Punya sejarah silam
Punya angan2 masa depan yang kau sendiri belum pasti
Pintanya cuma secebis perlindungan
Tidak kurang lebih cukup setitik kasih sayang
Andai hadirnya dia hanya satu bebanan
Kau lepaskanlah
Andai hadir dia hanya satu kesusahan
Kau lepaskanlah
Andai hadir dia menenggelamkan masa depanmu kau lepaskanlah
Dia punya kelemaham
Dia punya kekurangan
Sekurang-kurangnya cukup kau hargai
Jika itu juga tidak mampu kak penuhi
Simpankan yang manis buangkan yang pahit
Tiada dendam dihatinya
Hanya kekal dengan redha ketentuan takdirnya
Tiada dendam dihatinya
Kerana dia telah lama terluka
Jika ingin membenci
Tidak mengapa
Dia mengerti
Hanya kucing kurap yang kau kutip kau jadikan tuan puteri
Jangan terus berteka teki bimbang kau gantung dia tidak bertali
Dia masih kekal begitu
Meniti hari hari
Tanpa kenal erti sepi
Kerana sepi itu terlalu sinonim
Tanpa kau hidupnya mungkin hilang seri duniawi
Tapi masih tetap bergantung pada Ilahi
Jangan dikhuatiri
Kerana dia tidak bodoh lagi
Biarkan dia tenang dengan ketentuan Ilahi

(Firdaus farhani.... syurga Firdaus kegembiraanku)

JURNAL 3 FEB PART 2: MENCARI HOMESTAY DI TAIPING

Thursday, 6 February 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.....
 
I promise this is my last entry for today hehe.. tamak giler.. kah2
 
Back from Gerik memang da letih sangat.. akak tak jadi nak balik penang terus then ikut ler umi n adik2 ke Taiping since my mother also at Taiping then i think y not i go n see her wishing her "HAPPY BELATED BIRTHDAY" supposed be on 1 feb... the same day with my sister in law's wedding.. sorry mum.. but i luv u more more n more...
 
so we have 3 couples in our group..
1) my husband n i
2) my sister in law with her husband 
3) my mother in law n my sis in law QILA
meaning if we have spend more money paying for three room only for 1 night ?!!! ..erkkk... cannot beeee...
 
then i got n idea while having my char keow teow y not we try to find homestay.. for sure more comfortable n more cheaper.. i guess...  hehe
 i called my mother then she gave me a phone no to contact....MAHYU HOMESTAY...
 
Seriously memang berbaloi2... selesa  sangatt...

boleh parking 2 kereta
pintu yang selamat ..

buaian di petang hari syokkkk

ni ruang tamunyeee
ruang tamu
dari ruang tamu ke ruang tengah

ruang tengah yang bercantum dengan dapur.. luasss

memang HOMESTAY LAHHH!!!

banyak pinggan mangkuk n dibenarkan masak tau hehe

boleh juga basuh baju n ade 2 bilik air yang selesa



 
ada toto dan tikar lebih


bantal lebih pun ada


alatan solat seperti sejadah dan telekung di setiap bilik




iron pun ada elok lagi tak payah susah2 nak usung iron ok
hah nampak tak ayat hujung tu...




ok kawan2 disebabkan homestay ni bagus sebab tu i cerita dengan u olls...

MAHYU HOMESTAY 
NO 234 JALAN 20 TAMAN SAUJANA JAYA ASSAM KUMBANG 34000 TAIPING PERAK

-10 MINIT KE TESCO
-10 MINIT KE GIANT
- BERSEBELAHAN PADANG LAPANGAN TERBANG TEKKAH ( UNTUK JOGGING2 TENGOK POLIS KE ASKAR KE BUAT LATIHAN PAYUNG TERJUN
-10 MINIT KE HOSPITAL TAIPING
-10 MINIT KE PUSAT BANDAR
-20 MINIT KE ZOO TAIPING/TAMAN TASIK TAIPING
 
PENDEK KATA KALAU PENING MANA NAK STAY MAI LER HOMESTAY MAHYU KALAU HANGPA MAI TAIPING HOKEY...
 SEKIAN...